Kenangan manis bersama YDP PIBG semasa pengumuman keputusan UPSR 2009 yang begitu bersejarah
Dalam mesyuarat tersebut, beberapa persetujuan telah dicapai. Antara lain;
1. Mengadakan program motivasi Tahun 6 (cadangan tarikh : 5 - 6 Mac 2010 @ 12 - 14 Mac 2010)
2. Majlis Makan Malam + Golf Tournament di Nilai Springs (cadangan tarikh : 3 April 2010)
3. Hari Keluarga anjuran bersama Surau Al-Hijrah (cadangan tarikh : 24 April 2010)
4. Inspiration Talk oleh ibu bapa terpilih kepada murid-murid kelas tambahan Tahun 6 (cadangan : sebulan sekali pada hari Sabtu minggu pertama jam 10.00 - 10.30 pagi)
5. Membeli p.a system (termasuk speaker dan mikrofon) baru untuk Dewan Tebuka sekolah
6. Memberi bayaran insentif yang akan ditetapkan kepada guru-guru kelas tambahan Tahun 6
7. Sesi Ramah Mesra + makan tengah hari AJK PIBG bersama guru SKKW di tingkat atas kedai Randau (taukenya En. Munir salah seorang daripada AJK PIBG) (cadangan tarikh : 28 Januari 2010)
Banyak tu program yang dirancang, semuanya sangat baik dan proaktif. Bagi pihak sekolah, saya mengalu-alukan semua cadangan tersebut. Kami guru-guru akan cuba memberi kerjasama yang sebaik mungkin dalam melaksanakan program yang telah dirancang itu. Berkat permuafakatan dan persefahaman ibu bapa dan guru-guru ini, saya yakin SKKW akan bertambah maju. Impaknya anak-anak murid juga yang akan menuai hasilnya.
Salam ziarah cikgu,
ReplyDeleteYa cikgu, setiap individu kita mempunyai peranan masing-masing.
Moga segala usaha cikgu diberkati Allah hendaknya...
Salam Aida. Isteri saya Cikgu juga. Mengajar di Sek. Ren. ABIM, Sg. Ramal. Sibuk memanjang. Hujung minggu pun ke sekolah. Di rumah, tidurkan dengan buku di dada-dada. Tanda buku tak habis-habis. Nasib baik, seorang yang undestanding..Cewah..Selamat bertugas cikgu. Jika ikhlas, pahalanya tak terhitung...
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletewoi..dah mula kelas tahun 6. tak boleh jadi nih. dengki,dengki,dengki.. kena hantar sms kat Pengarah ni. he he he
ReplyDeleteSalam cikgu Rash. Terima kasih sudi berkunjung. Nanti saya follow cikgu. Kita kongsi cerita-cerita untuk diambil iktibar. Semoga sudi singgah lagi.
ReplyDeleteSalam mybabah. Sek. Ren. ABIM agaknya lagilah sibuk drp sekolah biasa kot. Semoga usaha keras guru-guru dihargai murid-murid dan ibu bapa. Kejayaan mereka kejayaan kita. Begitu juga sebaliknya.
ReplyDeleteWan, lawan jangan tak lawan! SK Dengkil vs dengki = macam sama aje hehe jangan marah...
ReplyDeletePn Aida
ReplyDeleteSalam & mohon izin singgah.Belum sempat lihat posting Pn yg dulu-dulu. Dari komen-komen yg ada, saya agak Pn ni Guru Besar, kan? Semoga semua pelan dlm Mesy PIBG tu dapat dilaksanakan. Lama dah tak kisah sangat pasal sekolah sbb dah tak ada anak-anak di sekolah. Ni, cucu dah masuk sekolah. Maka, jadi amat sukalah saya lihat blog-blog sekolah & para cikgu. Selamat maju jaya.
Haha cikgu..saya AJK PIBG sekolah tempat anak saya..tahun lalu adalah sekali mesyuarat AJK PIBG..tak tau knape hanya sekali sahaja sekolah itu bermesyuarat..
ReplyDeleteSalam tn. Temuk. Betullah tu guru besar yang tak berapa besar tapi kena jadi besar biar semua guru dan anak murid hormat dan dengar cakap kita. Kalau tidak, susah juga nak buat kerja. Harapan mak bapak tinggi sekarang ni. Terima kasih sudi menjenguk blog saya yang biasa-biasa ni.
ReplyDeleteHi en. Relevan. Kenapa pulak sekali ya? Tapi sebenarnya, ikut perlembagaan sekurang-kurangnya mesyuarat AJK PIBG perlu diadakan 3 kali setahun. Kurang mesyuarat ni memang best sebab tak perlu datang lebih masa tapi susah sebab tak dapat minta peruntukan.
ReplyDeletebyk jgk aktiviti untuk murid tahun 6 tahun ini.
ReplyDeleteX pe,nnti akn mbuahkan hasil...
Program thn 6 memang lebih kurang je tiap tahun. Kelas tambahan yang paling penting dalam memangkin kesediaan murid sebab masa tulah cikgu-cikgu bagi banyak latihan dan bimbingan
ReplyDelete