Monday, December 31, 2012

Selamat Tahun Baru 2013

Selamat tinggal tahun 2012 - tahun yang sangat bermakna penuh suka dan duka. Aku masih di sini, meneruskan perjuangan menghadapi cabaran yang bakal mendatang. Aku bersyukur padaMu ya Allah, atas segala kenikmatan yang kau limpahkan buat diri ini - nikmat kejayaan, nikmat kesihatan dan nikmat-nikmat yang lain. Semoga kau pelihara diri ini serta keluargaku dan teman-temanku di bawah teduhan payung Mu ya Allah.
  Selamat datang tahun 2013 - semoga lebih sukses dan bahagia Amiiinnn...

Saturday, December 22, 2012

Majlis Perkahwinan Siti Farhana

Kenduri kahwin lagi! Kali ini majis perkahwinan Siti Farhana bt. Jalaludin - anak sepupu suami di Kuala Krau, Temerloh, Pahang. Ramainya jemputan menunjukkan kemeriahan kenduri kahwin anak sulung ustaz ini. Makanannya istimewa terutama kari kerbau, masak lemak labu dan gulai tempoyak pucuk ubi daun kaduk - sedap sangat! 
   Tahniah buat ustaz Jalal dan Naimah sekeluarga. Semoga pengantin berbahagia hingga ke akhir hayat.

Tuesday, December 18, 2012

Big Bad Wolf Book

Enggan ketinggalan menikmati diskaun dan mendapatkan buku yang diwar-warkan sebagai pesta buku terbesar di dunia, hari ini saya bersama Acik dan Edy telah pergi ke Mines Convention Centre sempena The  Big Bad Wolf Book Sale 2012.Tahun ini, Big Bad Wolf menjual kesemua 3 juta buku dengan harga potongan diskaun menarik antara 75% - 95%. Kebanyakan range harga antara RM5.00 - RM20.00. Berbaloi!!
 Ramainya orang (kredit untuk Cerita Ita di sini)
Acik & Edy memilih buku
Setiap buku ada diskaun 5% lagi
Berminat majalah Ratu Sehari
 Menarik susunan buku ini
 Tertarik buku Ripleys Believe It or Not ini
Tu diaaa - murah giler!

Sobaya

Sebagai mengisi cuti yang dipohon, hari ini saya bersama Acik dan Edy singgah meraikan pembukaan kedai Sobaya di Dengkil milik teman - Ruslina Khairudin. Tahniah! Semoga terus maju pada masa depan..
 Bersama usahawan muda yang cantik ceria
 Acik & Edy menikmati jamuan yang disediakan
 Jemputlah datang ramai-ramai ke Sobaya di bangunan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Dengkil berdekatan Balai Polis Dengkil

Saturday, December 15, 2012

JU Sarana berkongsi cerita

Hari ini dalam sejarah - selaku Jurulatih Utama (JU), saya menjalankan tugas menyampaikan taklimat kepada peserta yang terdiri daripada Pengetua, Guru Besar, YDP PIBG / wakil sekolah-sekolah seluruh daerah Sepang semasa Taklimat Sarana Ibu Bapa dan Sarana Sekolah Daerah Sepang. (Laporan lanjut sila klik blog PIBG SKKW di sini.)
   Sesungguhnya pengalaman ini sangat manis dan berharga buat diri saya yang kerdil ini. Terima kasih kepada pihak yang telah memberi kepercayaan kepada saya dan juga Setiausaha PIBG SKKW; Pn. Nor Anikah menjalankan tugas nasional ini. Mujurlah topik PIBG ini memang sangat saya minati kerana sejarah saya jatuh-bangun dalam arena PIBG ini tak terjangkau dek mana-mana pengurus sekolah. Saya gembira dapat berkongsi dengan teman-teman pentadbir yang lain perjalanan kerjaya saya dalam mengurus PIBG ini seterusnya berkongsi dapatan / tips / teguran semasa pemantauan Anugerah PIBG Cemerlang peringkat negeri dan kebangsaan tempoh hari. 
   Harapan saya agar semua sekolah akan memantapkan lagi pengurusan PIBG masing-masing seterusnya bakal meraih kejayaan yang lebih baik daripada sekolah kami dalam pertandingan yang akan datang.
Bersedia untuk menyampaikan slot
Aksi-aksi JU semasa berceramah
 Peserta taklimat
 Bersama hadiah dari PPD Sepang
Sewaktu peserta berbengkel
Bersama barisan JU
Terharu namun puas
 Mentor PIBG SKKW

Wednesday, December 12, 2012

Persediaan Sarana

Hari ini 12.12.12 - cantik kan tarikhmya. Kalau nak dianggap sebagai sejarah, hari ini saya dan 3 orang lagi Jurulatih Utama (JU) Sarana daerah Sepang iaitu Nor Anikah, Hj. Shaharudin Ajam (YDP PIBG SMK Putra Perdana) dan Hj. Mohd. Amin Sulaiman (Pengetua SMK Putra Perdana) telah berjumpa dan berbincang bersama Ustaz Ghani; Pegawai Perhubungan PPD Sepang di PPD berkaitan sarana (ikuti kisah taklimat sebagai JU di sini)
   Tujuan perjumpaan tersebut adalah sebagai persiapan dan persediaan bagi mengadakan program Sarana Ibu Bapa dan Sarana Sekolah untuk semua Pengetua / Guru Besar dan YDP PIBG sekolah-sekolah daerah Sepang esok. Perbincangan berjalan lancar. Ingatkan sekejap, lama juga jadinya. Terima kasih diucapkan kepada Ustaz Ghani yang dapat menyelaraskan tugas-tugas kami dengan sangat baik dan sistematik. Semoga saya dapat menjalankan tanggungjawab yang telah diamanahkan ini dengan sebaik mungkin. JU lain nampak konfiden, harap saya pun dapat menghayati semangat tersebut.
Bincang sambil makan
 Ustaz Ghani
Hj. Mohd. Amin & Hj. Shaharuddin
Anikah Setiausaha PIBG SKKW yang berketrampilan

Sunday, December 9, 2012

Jumpa Dato' Jalaludin Hassan

Hujung minggu cuti-cuti sekolah ni apa lagi, sibuk memenuhi jemputan majlis perkahwinan di sana-sini. Tadi (Ahad - 9.12.2012), saya sekeluarga sempat menghadiri 2 kenduri yang berjauhan antara satu sama lain. Pertama; majlis perkahwinan anak guru SKKW - Pn. Siti Zubaidah Masod di Taman Pantai Sepang Putra. Tahniah buat keluarga dan kedua mempelai. Sedap bangat jamuannya terutama rendang lokan tu.. 
   Usai menghadiri majlis di Sepang, kami bergegas ke Bukit Kemuning, Shah Alam pula. Meski hujan turun agak lebat juga, kami sempat sampai di Dewan ADTEC ketika pekerja katering sudah mula menyusun peralatan di dewan. Terima kasih banyak diucapkan kepada Tn. Hj. Isa bin Tan Sri Dato' Hassan atas jemputan ke majlis perkahwinan anakanda tuan. 
   Kami sekeluarga sangat teruja kerana dapat bertentang mata dengan bapa saudara pengantin; Dato' Jalaluddin Hassan, artis yang tersohor itu. Dato' amat sporting bila diajak bergambar. Tengoklah betapa mesranya hero Malaya yang tak lokek dengan senyuman manis di bibirnya ini...
 Bersama anak dan menantu Hj. Ahmad Isa
Jumpa Hj. Nor Azmi dan Hjh. Abidah GB Klang
Ambil kesempatan bergambar dengan Dato' Jalaludin
Thank you Dato'.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...