Tuesday, September 30, 2014

Malam penghakiman PPDa SKKW

Esok merupakan hari penghakiman Pertandingan PPDa Peringkat Kebangsaan SK Kota Warisan. Malam ini saya sempat hadir menemani guru-guru membuat persiapan terakhir. YDP dan Naib YDP PIBG SKKW pun hadir sama sampai tengah malam. Hebat mereka! Kolaborasi yang sangat mantop!

YDP PIBG SKKW - En. Nik hadir bersama anak-anak kecilnya
Pegawai PPDa PPD Sepang - En. Zulfikri pun turun padang
Tandatangan tertunggak
Di Bilik Sumber PPDa yang berkerlipan
Anak-anak turut memberi semangat
Berbincang dan bekerjasama
Kenangan bersama banner sendiri

Sumbangan banner untuk PPDa SKKW

Sebagai tanda penghargaan dan komitmen, dititipkan sebuah banner buat SK Kota Warisan bagi menokok keceriaan PPDa SKKW yang sedia meriah. Semoga dapat menambah markah dalam bahagian Sumbangan penghakiman kelak.
Terima kasih Shazwani dan afskyprint

Saturday, September 27, 2014

Singgah SKKW

Meninjau persiapan guru-guru dan warga SKKW bagi menghadapi Pertandingan PPDa Peringkat Kebangsaan pada hari Rabu nanti. Semoga berjaya!

 Taman PPDa SKKW berubah wajah + penuh maklumat

Tuesday, September 23, 2014

Mahrajan j-QAF

Selaku Pengerusi dan tuan rumah Mahrajan j-QAF (Dikir Barat) peringkat Daerah Sepang, kami berkampung di SMK Putra Perdana kerana pertandingan diadakan di Dewan Sri Putra sekolah tersebut. Terima kasih buat Pengetua dan guru-guru SMK Putra Perdana. Terima kasih juga buat PPD Sepang atas kepercayaan dan kerjasama baik sepanjang penganjuran mahrajan  tahun ini. Tahniah buat pasukan dikir barat SKTPP kerana berjaya mendapat Tempat Ke-2 dalam pertandingan tersebut!!


Buku program
Tengoklah gelagat anak-anak murid kami
AJK Pelaksana
Pasukan dikir barat SKTPP memberikan persembahan yang terbaik
Bergambar kenangan sementara menunggu keputusan
SK Sungai Merab Luar
SK Taman Seroja
Barisan hakim
Barisan urusetia
AJK PIBG; En. Shawal turut memberi sokongan
Perasmi - Ustaz Ghani; Pegawai Perhubungan PPD Sepang
Memberi ucapan selaku pengerusi program
Ucapan perasmian Ustaz Ghani
Ulasan Ketua Hakim
Penyampaian hadiah - tahniah SK Taman Seroja selaku Johan
SKTPP - Naib Johan
Budi baik dikenang jua - terima kasih ustaz!!

Sunday, September 14, 2014

Kenduri doa selamat di Bangi

Cuti sekolah yang baru bermula hadir bersama jemputan kenduri di sana-sini. Hari ini saya sekeluarga telah memenuhi undangan kenduri doa selamat Tn. Hj. Khairul - boss Syarikat Prolintas; tempat kerja suami. Saya amat teruja dengan kediaman beliau yang begitu menarik. Rumah teres corner lot di Seksyen 7, Bandar Baru Bangi itu kelihatan seperti hotel. Tambah menyejukkan pemandangan dan perasaan ialah kolam di bahagian luar rumah. Seni taman rumah ini juga sangat harmoni. Rumah ini tanpa pagar, hanya dipisahkan dengan tembok yang rendah yang ditanam pokok-pokok renek serta pokok bonsai.
   Hobi tuan rumah juga sangat menarik di mana keluarga ini memelihara seekor kucing hutan yang diberi nama Chunky. Chunky juga mempunyai rumah yang istimewa dengan pembinaan tangga mengelilingi dinding dari tingkat bawah ke atas, siap ada ruang tinjau ke luar lagi, layak seperti di atas pokok - merupai habitat sebenar seekor kucing hutan. Tahniah buat Tn. Hj. Khairul dan keluarga atas kreativiti dan inovasi yang sangat istimewa dan unik...

 Majlis khatam, tahlil dan bacaan yaasin di dalam rumah
Kolam di luar rumah tanpa pagar
Edy dan rakannya bersama Chunky yang berusia 3 tahun
 Kucing ini tidur siang berjaga malam
Wajah Chunky macam singa
Tumpang bermanja
Ruangan yang dibina tangga dari tingkat bawah ke atas
Sebelah kiri Edy tu : tempat makan dan mandi Chunky

Friday, September 5, 2014

Bengkel Pentaksiran GB

Syukur terpilih menjalani bengkel latihan pentaksiran Pengetua dan Guru Besar di bawah kriteria baharu di Hotel Carlton Holiday, Shah Alam pada 3 - 5.9.2014. Semoga saya dapat melaksanakan tugas yang diamanahkan ini dengan sebaik mungkin...

Bersama rakan-rakan seperjuangan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...