Monday, April 12, 2010

Perhimpunan Isnin

Hari Isnin datang lagi. Sebagaimana biasa, guru-guru dan murid-murid berhimpun di tapak perhimpunan menyanyikan lagu kebangsaan, mendengar amanat serta laporan dan bermacam-macam lagi agenda rutin yang disusun. Kali ini lama sikit sebab ada penyampaian hadiah aktiviti bulan Sains dan Matematik yang telah berlalu. Dua subjek; banyaklah hadiahnya. Murid nampak seronok sebab ramai dapat hadiah. Juga diadakan acara ceramah bulanan dari pegawai AADK Sepang. Terima kasih diucapkan atas kehadiran En. Mohd. Rashidi dan En. Yassir. Semoga murid-murid dapat mengambil iktibar dari ceramah tersebut dan semakin jelas tentang bahaya penyalahgunaan dadah.
Pengacara majlis mengacarakan aktiviti perhimpunan
Pengawas bertugas selesai mengetuai bacaan ikrar
Bukan main bersemangat Acik memimpin nyanyian lagu kebangsaan
Ceramah bulanan dari pegawai AADK - En. Mohd. Rashidi Abd. Rauf
Banyak input dan data yang telah disampaikan oleh En. Mohd. Rashidi. Antara lain punca-punca pelajar terlibat dengan penagihan dadah ialah:
1. Ponteng sekolah
2. Hidu gam
3. Hisap rokok
4. Menonton video lucah
5. Minum arak
GB menyampaikan piala kepada pemenang aktiviti bulan Sains dan Matematik
Murid Pendidikan Khas menerima hadiah daripada GPK1; Pn. Sa'diah
Persembahan kelas 6 Rasional - Ali Baba dengan 40 Penyamun
 
Ali Baba (Aiman) konon-konon menyorok belakang pokok
"Hoi hoi yahoi kita semua gembira...."
 Penyamun seronok membawa harta yang banyak
Ali Baba menunjukkan harta yang dijumpainya kepada Kasim Baba (Acik)
 Kasim Baba dibunuh oleh penyamun
Moral of the story : Jangan bersifat tamak
Bergambar bersama pegawai-pegawai AADK - En. Mohd Rashidi dan En. Yassir
Semua guru yang hadir bergambar kenangan
 Pokok-pokok yang baru dibeli oleh Shikin

8 comments:

  1. nostalgianya perhimpunan isnin.. tapi yang ni ada banyak segmen pula ya...

    ReplyDelete
  2. Begitulah En. Ashrafi. Macam-macam segmen ada...

    ReplyDelete
  3. salam Kak Aida..
    wahh..hebat! byk juga acaranya..
    suka tengok gambar pelajar conduct
    lagu kebangsaan tu..special lah..

    ReplyDelete
  4. Salam Zul. Perhimpunan Isnin memang banyak acara tetap. Kalau tambah penympaian hadiah, tu yang lambat habis. Tapi jarang-jaranglah. Pengawas digilir-gilirkan mengacara, conduct lagu etc. Alahai macam report kat wartawan asing pulak rasanya. Tentu Zul dah biasa kan..

    ReplyDelete
  5. Assalamu'alaikum,
    Seronoknya ya cikgu bila dapat melihat perkembangan anak pelajar yg kreatif & berinovatif hasil didikan bersama guru-guru. Hanya Allah shj yg Maha Mengetahui...

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum cikgu!
    skang nih dah ade deme yg pandai minum ayo ketum plak. kalo ayo ketum yang asli xpe gak ni idak, ayo ketum + macam2.....

    ReplyDelete
  7. Salam cikgu rash. Betul tu. Mengikuti perkembangan anak-anak murid adalah kebahagiaan abadi seorang guru.

    ReplyDelete
  8. Wsalam amalhaj. Bimbang bila memikirkan pengaruh-pengaruh negatif di sekeliling kita. Moga anak-anak kita pandai memilih jalan mereka nanti.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...