Sunday, July 11, 2010

Mini PIBG

Pagi tadi berlangsung perjumpaan AJK Mini PIBG di Tingkat 3, atas kedai Randau Cafe buat kali pertama. AJK terdiri daripada ibu bapa murid setiap kelas yang telah menawarkan diri secara sukarela. Idea ini telah dilontarkan dalam Mesyuarat AJK PIBG. Surat telah dikeluarkan kepada semua ibu bapa dan mereka yang berminat telah memberi nama kepada Setiausaha PIBG.
   Kehadiran hanya seramai 17 orang termasuk AJK PIBG. Saya tidak dapat turut serta kerana mempunyai komitmen lain di IAB Genting. Namun saya mengucapkan syabas kepada ibu bapa yang telah sudi meluangkan masa hadir pada hari minggu begini untuk bersama-sama AJK Induk PIBG membantu anak-anak serta sekolah. Mereka yang hadir akan cuba berkempen untuk mengaktifkan ibu bapa yang telah memberi nama sebelum ini untuk terlibat dalam Mini PIBG ini.
   Sesungguhnya kerjasama sebegini akan dapat merapatkan lagi hubungan silaturrahim antara ibu bapa dan pihak sekolah. Setinggi-tinggi tahniah kepada YDP PIBG; Dr. Mohd Rushdan dan barisan AJKnya. Bak kata "Melodi" - Tingkatkan prestasi, kurangkan kontroversi!
 
Ini mini BMW....

8 comments:

  1. Salam Kak Aida...

    pergghhh...mantap mini bmw tuh...
    apsal mini pibg wat pjumpaan kat tmpt lain?
    Randau Cafe menu sarawak tu kan..
    lama x menyinggah sana...

    ReplyDelete
  2. Salam cik Shinju. Kenapa lak tak boleh buat perjumpaan kat tempat lain? Nak berbincang pasal sekolah tak semestinya kena buat kat sekolah. Cuma mesyuarat rasmi AJK PIBG je yang biasanya dibuat di sekolah sebab guru terlibat. Saya difahamkan AJK PIBG selalu buat perjumpaan tak rasmi di restoran dan surau.

    Betullah tu Randau Cafe menu Sarawak. Tuanpunya cafe tu - En. Munir merupakan AJK PIBG SKKW. Terima kasih kerana membenarkan cafenya sebagai tempat mesyuarat tu.

    Hai banyak pulak cerita saya ni. Jom cik shinju kita pekena laksa Sarawak Randau tu...

    ReplyDelete
  3. PIBG tulang belakang kejayaan sekolah. Hidup PIBG!


    :)

    ReplyDelete
  4. Cg
    PIBG Induk ada, PIBG Mini pun ada...bagusnya sokongan dan kerjasama ibubapa SKKW ingin melihat anak-anak berjaya.Semangat inilah yang kita mahu.

    ReplyDelete
  5. Salam ckLah. Benar tu, PIBG merupakan tulang belakang kejayaan sekolah. Tapi kalau sekolah tak berjaya, harap sama-samalah kita membangunkannya semula.

    Salam Kak Nora. Begitulah proaktif dan inovatifnya PIBG kami ni. Semoga akan bersemangat murid dan guru belajar dan mengajar.

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum, Mini PIBG, baru dengar tu,
    pertama kali diwujudkan ke?

    ReplyDelete
  7. Salam!!! Bagus sekali idea cikgu ni.. didoakan sekolah akan dapat kejayaan cemerlang, kerana terdapat muafakat ibu bapa, pibg dan guru2 di sekolah.Selamat berjaya dalam kerjaya cikgu.

    ReplyDelete
  8. Salam LLady. Mini PIBG ni adalah projek baru PIBG kami. Tujuannya supaya wakil ibu bapa setiap kelas dapat berbincang dan memikirkan cara-cara untuk membantu meningkatkan prestasi anak-anak di samping menyelesaikan apa jua masalah berkaitan murid-murid kelas tu. Ada pro and kon tu. Tapi, yang penting kita berusaha...

    Salam cikgu Yang. Lama tak tinggal komen kat blog cikgu. Saya lalu-lalang aje. Cikgu idola saya, harap saya dapat membawa sekolah saya secemerlang sekolah cikgu...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...