Thursday, August 26, 2010

Program INTIM AADK

Hari ini seramai 30 orang murid Tahun 5 telah dipilih untuk menyertai Program Kem Intelek Kecemerlangan (INTIM) anjuran Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Daerah Sepang dengan kerjasama Unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah. Program ini telah diadakan di Bilik Seminar Pusat Sumber SKKW. Tujuan program sebagaimana yang digariskan dalam surat AADK adalah:
1) Memberi pengetahuan, kefahaman dan kesedaran tentang bahaya penyalahgunaan dadah
2) Menyemai dan menanam sikap untuk membenci dan menjauhkan diri daripada dadah
   Sebagai persediaan, beberapa hari sebelum program berlangsung, peserta-peserta telah pun diminta untuk mencari maklumat berkaitan dadah. Antara aktiviti sepanjang program adalah Kad Permainan Keluarga Bahagia, kuiz Antidadah dan tayangan video. 
  Pihak sekolah mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada pihak AADK yang sudi memilih SKKW bagi mengadakan program ini. Setinggi-tinggi penghargaan juga diucapkan kepada pegawai-pegawai AADK yang telah turun padang mengendalikan program ini iaitu En. Fazer, En. Yassir, En. Shahrul Aizat, En. Zulhusni dan Cik Shahbana Azmie. Semoga kita akan bertemu lagi dalam program-program AADK pada masa depan. 
Che Ruzana memulakan majlis
Murid-murid memberi perhatian
Pegawai-pegawai AADK yang turut hadir
En. Fazer menyampaikan taklimat program
Aktiviti Kad Permainan Keluarga Bahagia
Seterusnya kuiz antidadah
Murid dibahagi kepada 2 kumpulan
En. Aizat mencatat markah
Tayangan video
Ucapan penutup oleh GB
Penyampaian hadiah kepada pemenang
Sijil penghargaan dari AADK kepada sekolah
Sijil sekolah kepada AADK
Bergambar ramai
Sesi bersalam-salaman

12 comments:

  1. Salam cikgu.

    Baguslah usaha ini yg mendedahkan murid2 ttg bahaya dadah. Biar mereka membesar dgn perasaan jijik kepada dadah sebagaimana jijiknya kita dengan ba alif ba ya.

    ReplyDelete
  2. Salam En. al-lavendari.
    Moga anak-anak kita akan terhindar daripada perangkap dadah ni.

    ReplyDelete
  3. Salam bertandang lagi..
    semoga sihat orang disini.
    kak memang hebat,sentiasa
    aktif biarpun di bulan
    ramadhan..

    ReplyDelete
  4. Alahai Zul pun apa kurangnya. Adik borek kakak rintik (betul ke tu?)

    ReplyDelete
  5. salam

    aktif sekolah puan Aida. Semoga anak murid semua jadi insan berguna Insha Allah

    ReplyDelete
  6. Salam Ashrafi. Begitulah hasrat semua pendidik. Moga anak-anak didik akan menjadi insan berguna kepada agama, bangsa dan negara

    ReplyDelete
  7. Salam mantan. Intim demi sebuah kejayaan :)
    Selamat Menyambut Hari Raya buat mantan

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum,

    Kak aida, nak tau menda yang saya paling suka bila melawat blog akak ialah gambarnya yang banyak, cantik2 dan penuh makna...Tahniah kak..
    Selamat menjalani ibadah puasa, Selamat membuat persiapan Raya, banyak buat kuih ke Kak?

    ReplyDelete
  9. Salam Kak,
    Semoga generasi akan dtg bebas dr DADAH...

    ReplyDelete
  10. Salam Llady. Terima kasih suka lawat blog akak. Gambar-gambar ni nadi entri-entri akak. Nak bercerita mengenai perasaan, tak ada cerita sangat. Selain tu, boleh jadi rujukan guru-guru dan murid-murid akak. Kuih raya akak beli aje. Selamat menjalani ibadah puasa juga buat aok yek.

    ReplyDelete
  11. Salam Echam. Moga kita dapat sama-sama mengambil peranan dengan sebaik mungkin dalam mencegah penularan najis dadah di kalangan generasi muda kita

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...