Saturday, January 29, 2011

Pentaksiran Sekolah


Semua sekolah akan menjalankan Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan terhadap murid KSSR Tahun 1 mulai tahun 2011. Dari segi tujuannya, ia bagi mengurangkan bebanan peperiksaan awam terhadap murid-murid dan memberi penilaian yang menyeluruh kepada mereka bagi melahirkan modal insan yang bukan tertumpu kepada pencapaian akademik semata-mata tetapi cemerlang secara holistik yang merangkumi segala aspek kehidupan manusia.
   Penilaian ini akan berterusan sehinggalah murid-murid ini tamat pelajaran mereka di Tingkatan 5. Dijangkakan pada tahun 2016, peperiksaan UPSR hanya membawa markah 30% daripada markah keseluruhan yang akan dikira untuk murid-murid ini memasuki sekolah menengah. Kalau dahulu, penilaian berdasarkan gred A, B, C, D dan E, namun kini akan digantikan dengan sistem Band seperti MUET;
Band 1 - Tahu
Band 2 - Tahu, faham
Band 3 - Tahu, faham, boleh buat
Band 4 - Tahu, faham, boleh buat dengan beradab
Band 5 - Tahu, faham, boleh buat dengan adab terpuji
Band 6 - Tahu, faham, boleh buat dengan adab mithali

Band 1-3: Asas
Band 4   : Cemerlang
Band 5   : Gemilang
Band 6   : Terbilang
(ihsan blog MGB Sepang. Terima kasih Min)

2 comments:

  1. Salam,
    Saya dah lama tinggalkan alam persekolahan. Dulu saya terlibat dengan KBSR KBSM. Buku-buku dan nota kursus masih disimpan. Ini maklumat terbaru untuk saya. Terima kasih Aida.

    ReplyDelete
  2. Sama-sama kak Nora. Sebenarnya kami pun tak berapa jelas dengan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) KSSR ni. Pelaksanaannya bergantung kepada sekolah masing-masing. Namun, garis panduan dari Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) melalui Jurulatih Utama (JU) PPD dan JPS akan membantu setiap sekolah.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...