Saturday, May 21, 2011

Mesyuarat Agung MGB Selangor 2011

Pagi tadi berlangsung Mesyuarat Agung Majlis Guru Besar (MGB) Negeri Selangor kali ke-16 di Dewan Melawati, TAHA D'Kelana @ TH Kelana Jaya. Majlis telah dirasmikan oleh Tn. Mohd. Salleh bin Mohd Kassim - Ketua Sektor Pengurusan Sekolah JPN Selangor. Antara tetamu kehormat yang turut hadir ialah Tn. Hj. Md. Razak bin Hamjar; Ketua Unit Sekolah Rendah JPN Selangor (semalam baru jumpa beliau di SK Jenderam Hilir) dan Pn. Hjh. Nafsiah binti Jaafar; Pegawai Pelajaran Daerah Petaling Utama.
   Tahniah diucapkan kepada MGB Daerah Petaling Utama yang dipengerusikan oleh Pn. Latipah bt. Abd. Latif atas perjalanan majlis yang sangat lancar dan terbaik ini. Sepatah kata Setiausaha Kehormat; En. Hasim Salleh - penganjuran kali ini akan menjadi benchmarking  kepada MGB-MGB lain yang akan menjadi tuan rumah pada masa depan.
   Majlis telah mengadakan satu kejutan di mana hadirin telah menyaksikan acara memotong kek hari jadi oleh Pn. PPD Petaling Utama - Pn Hjh Nafsiah yang telah menyambut hari ulangtahunnya semalam. Diucapkan semoga panjang umur murah rezeki sihat selalu buat puan hajah. 
   Saya selaku Setiausaha MGB Daerah Sepang telah hadir bersama 7 orang lagi perwakilan MGB Daerah Sepang iaitu En. Misnon (Bendahari Kehormat MGB Negeri Selangor), En. Yahaya Om (YDP MGB Sepang), Pn. Noredzan (Timbalan YDP MGB Sepang), Pn. Asmah (Penolong Setiausaha MGB Sepang), Pn. Siti Amarah, (AJK), Pn. Raja Maimunah dan En. Mohd. Zohri. 
   Sebagaimana perlembagaan MGB Kebangsaan, tahun ini akan diadakan proses pemilihan jawatan-jawatan pegawai MGB Negeri Selangor iaitu 3 tahun sekali. Namun ahli-ahli mesyuarat telah sebulat suara menerima cadangan En. Mohd. Alwan bin Ginen; Pengerusi MGB Daerah Gombak agar menerimapakai klausa di dalam perlembagaan agar pemilihan berdasarkan kepada kekananan dan pengalaman di dalam Gabungan MGB Malaysia. 
   Dengan ini tempat kosong yang ditinggalkan oleh penyandang yang bersara akan diambilalih oleh pegawai lain dan EXCO yang ada. Ini bagi meneruskan legasi yang wujud di samping memperkasakan kepemimpinan MGB Negeri Selangor. Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua perwakilan yang telah menunjukkan kerjasama dan kematangan dalam berorganisasi. Sepakat membawa berkat!!
   Berikut adalah senarai pegawai-pegawai perwakilan MGB Negeri Selangor sesi 2011/2012:
Yang Dipertua     : En. Abd. Aziz bin Mohamed
Timbalan YDP    : Tn. Hj. Zaid bin Hj. Ahmad
Naib YDP            : Tn. Hj. Zulkifli bin Hj. Hainin
Setiausaha         : En. Hasim bin Saleh
Pen Setiausaha : Tn. Hj. Nor Azmi bin Rahmat
Bendahari           : Tn. Hj. Abdull Razak bin Hj. Mustofah  
Perwakilan Sepang - Zohri, Siti Amarah, Asmah, Noredzan, Raja Maimunah, saya. Tiada dalam gambar : Yahaya Om
Bersama kak Hasimah Bohari - member kamceng dari Petaling Perdana
Jumpa En. Ishak mantan pegawai PPD Sepang yang kini dah jadi GB SK Methodist, Petaling Jaya
Pemangku YDP MGB Selangor - En. Aziz menyampaikan ucapan aluan
Perwakilin dan para hadirin
Pn. Hjh. Nafsiah - PPD Petaling Utama memotong kek hari jadinya
Happy Birthday to you!
Cenderamata buat Tn. Hj. Razak Hamjar
Cenderakenangan buat Pn. Hjh. Nafsiah
Cenderahati buat Tn. Mohd. Salleh
Pengacara majlis - Pn. Dasimah
EXCO MGB Selangor bergambar kenangan dengan tetamu kehormat
EXCO dan Jawatankuasa Pelaksana
Mesyuarat Agung bermula.
Barisan belakang - pegawai, barisan depan - EXCO
En. Misnon memberi ucapan terakhir selaku Bendahari Kehormat MGB Negeri Selangor

2 comments:

  1. tahniah!!!

    p/s; Saya ada letakkan blog MGB Sepang dlm blog MGB Muar di http://mgbmuar.blogspot.com/

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...