Friday, July 1, 2011

Suara Lemas

Sebagaimana yang saya kata, tak ada mana emasnya suara saya ni. Suara lemas adalah hehe. Dalam Pertandingan Suara Emas Konvensyen MGB Malaysia tu, saya mendapat tempat ke-4. Yang bestnya, saya telah dijemput naik ke pentas bagi menerima hadiah daripada YDP GMGBM - Tn. Hj. Ruslan bin Madon. 
   Pada mulanya saya ingatkan peserta dari WP K.Lumpur - Rosita yang akan menjadi juara sebab suara dia memang best giler. Tapi dia cuma dapat tempat ke-2. Tahniah buat cikgu Imson dari Kedah atas kejayaannya menjadi Johan. Suara dia tak kurang lunak dan sangat gemersik.
   Jangan tak tau gambar saya menyanyi keluar dalam Buletin Konvensyen hari pertama. Buletin hari ke-3 pun keluar lagi gambar saya ketika saya duduk bersama kak Ana dan kak Fauziah - member baik semasa di UPSI dulu. Glamor tu! 
   Sesungguhnya banyak sungguh kenangan manis di Kuantan terutama dapat reunion dengan teman-teman UPSI di rumah kak Ana dan Zaki. Esok-esok saya update berita dan gambar-gambarnya ya.

6 comments:

  1. No 4 pun dapat hadiah, ok la tu. Aida pandai menyanyi ya? Kakcik kalau menyanyi, bukan setakat pitching lari, habis semua terjun ke laut. :)

    ReplyDelete
  2. sib baik usia dah masuk five series, kalau awal dua puluhan mahu kalah siti nurhaliza....hehe

    tahniah tahniah!!

    ReplyDelete
  3. sayang tak dapat menyaksikan kehebatan GB disana...yalah..siapalah aku aidah

    ReplyDelete
  4. Salam kakcik. Saya pun bukan pandai menyanyi tapi sukalah menyanyi sikit-sikit. Yang pasti kakcik pandai bersajak. Terkesima saya membaca bait-bait sajak akak. Mantop!!

    Salam ybs. Siti Nurhaliza tu orang tempat kelahiran saya tau tapi dia tak kenal saya pun..

    Salam KK. Janganlah gitu. Saya pun bukannya siapa-siapapun. Nasib baik je tersenarai join konvensyen tu. Tak pe, next time orang lain pulak pergi

    ReplyDelete
  5. hmm suara lemas pun ok jugak, tetap dapat tempat kan? tahniah la.

    ReplyDelete
  6. Wah...ade bakat upenyer Kak Aida ni..
    No-4 tu kira ok la tuuu...
    X sabo nk tgk gambo.. :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...