Friday, August 26, 2011

Hari terakhir menjelang raya

Hari ini hari terakhir penggal persekolahan. Minggu depan cuti penggal selama seminggu. Tapi entah kenapa bila saya semak Buku Rekod Mengajar guru-guru tadi, ramai yang tulis minggu depan Cuti Hari Raya Aidilfitri. Rasanya ramai cikgu tak perasan yang minggu depan sebenarnya adalah Cuti Pertengahan Penggal Persekolahan. Tolak cuti kelepasan am selama 3 hari (Hari Raya dan Hari Kemerdekaan), tahun ni cuti penggal persekolahan tinggal 2 hari aje. Kalau boleh dicarry forward macam public holiday hari Ahad tu kan ke bagus. Tapi tulah dia - cuti sekolah tahun ni dah ditenggelami oleh cuti raya dan Merdeka...
   Pagi tadi telah berlangsung beberapa program iaitu;
1. Majlis Bacaan Yaasin dan Solat Hajat 1
2. Majlis Khatam Al-Quran
3. Majlis Penyampaian Sumbangan Anak Yatim dan Murid Miskin
4. Sesi bersalaman
   Selamat Hari Raya diucapkan kepada semua murid dan guru. Mohon maaf zahir dan batin. 
Bacaan yaasin di tapak perhimpunan - 
Sikit je kehadiran hari ini
Pengawas bertugas mencatat murid-murid datang lewat turut membaca yaasin
Madam Kathleen berbaju merah
Di surau bacaan yaasin dan solat hajat UPSR 1 dipimpin oleh Ustaz Amir
Ustaz Fazli menyampaikan ceramah motivasi kepada calon UPSR
Ceramah ustaz sangat menarik lagi berkesan
Terima kasih banyak yaa ustaz
Madam Kathleen sudah bersedia di dewan bersama guru-guru dan murid-murid lain
Backdrop semalam ditopup lagi
GPK Koku berbaju hijau diapit oleh GPK HEM dan GPK P.Khas berbaju oren
GB dan GPK 1 di sebelah sini
Ucapan aluan GB
Keberangkatan masuk pasukan khatam Al-Quran
Segak berbaju melayu purple
Majlis Khatam Al-Quran oleh peserta tadarus Al-Quran Tahun 6
Peserta tadarus menerima sumbangan daripada Pn. Shikin
Penyampaian sumbangan hari raya kepada murid Pendidikan Khas
Penyampaian sumbangan kepada murid miskin dan anak yatim
Cenderahati buat ustaz praktikum - Shafiqdeen
Ustaz praktikum - Mumtaz
Ole-ole untuk sekolah
Cenderahati dari panitia Pendidikan Islam kepada GB
Tanda mata buat guru pembimbing - ustazah Noor Azian
Ustaz Shafiq menyampaikan ucapan terakhir dengan mendendangkan lagu "Kenangan Terindah"
Sesi bersalaman dimulakan dengan murid Pendidikan Khas, prasekolah, Tahun 1 - 6

Maaf zahir batin semua
Sesi bersalaman sesama guru

8 comments:

  1. Dalam banyak2 gambar, kakcik sangat tertarik dengan jubah yang Aida pakai. Cantik. :)

    ReplyDelete
  2. Ye ke kakcik? Baju buruk + murah je tu... Apapun terima kasih, baju kakcik pun banyak yang cantik2.

    ReplyDelete
  3. Ukhwah yang dibina bagai seutas tasbih
    Ada awal tiada penghujungnya
    Dicipta untuk mengingati Yang Maha Esa
    Diratib demi mencari redhaNYA
    Salam Aidilfitri Maaf Zahir & Batin

    ReplyDelete
  4. Selamat Hari Raya En. Zul. Maaf zahir batin

    ReplyDelete
  5. Salam aidil fitri puan....

    تقبل الله منا ومنكم صالح الأعمال

    ReplyDelete
  6. Selamat Hari Raya jua buat ckLah sekeluarga

    ReplyDelete
  7. Selamat bercuti Cikgu Aida. Selamat menyambut hari raya. Semoga gembira di samping keluarga. Maaf zahir batin.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...