Monday, February 27, 2012

Anugerah PIBG 2012

Selepas selesai Karnival PIBG tempoh hari, satu lagi tugas menanti kami warga SKKW. Hari ini kami dipantau oleh pasukan pemantau pertandingan Anugerah PIBG Kebangsaan peringkat negeri Selangor. Memandangkan ini pengalaman kedua kami dipantau (tahun lepas kami mendapat tempat ke-3 peringkat negeri Selangor), maka persediaannya lebih mudah sebab kami pernah melaluinya dan banyak dokumen penting telah kami sediakan lebih awal.
   Alhamdulillah syukur, rasanya persembahan kali ini lebih baik. Beberapa teguran yang diberi oleh 3 orang pegawai tersebut akan kami jadikan landasan dan panduan untuk memantapkan pengurusan PIBG pada masa depan. Jom lihat beberapa gambar yang telah dirakam sepanjang pemantauan tersebut....
Bersama SU (Anikah) dan Bendahari (Nor Faezah) sebelum pemantauan
Mengalu-alukan kehadiran pemantau
Suasana semasa pemantauan
Mengabadi kenangan bersejarah
Laporan dan banyak lagi gambar dalam blog PIBG SKKW di sini.

2 comments:

  1. Salam
    Apa kabar?
    Moga cikgu terus berjuang dan berkhidmat dgn penuh semangat!

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam mama ju. Sya khabar baik dan sangat bersemangat ni hehe.. Semoga mama ju pun tetap ceria

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...