Friday, February 17, 2012

Pertandingan Sepanduk

Pagi tadi telah berlangsung Sambutan Maulidur Rasul peringkat Daerah Sepang anjuran Pejabat Agama Islam Daerah Sepang serta Pejabat Daerah Sepang. Acara bermula dengan perarakan dari Masjid Sultan Hishamuddin dengan membawa sepanduk. Perarakan sejauh lebih 2 km itu berakhir di Dewan Serbaguna Bandar Baru Salak Tinggi. Selepas ketibaan Pegawai Daerah Sepang, para hadirin mendengar ceramah dari Pensyarah KUIS seterusnya ceramah oleh Pegawai Kadhi PAID Sepang - Ustaz Abd. Halim.
   Akhir sekali ialah acara yang ditunggu-tunggu iaitu pengumuman dan penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang Pertandingan Sepanduk dan Masjid Terbaik. Pertandingan sepanduk dibahagi kepada 2 kategori iaitu Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah. Bagi Sekolah Rendah, sebanyak 28 buah Sekolah Kebangsaan, SRA Integrasi dan KAFA Integrasi telah mengambil bahagian.
   Alhamdulillah, kontingen SKKW telah diumumkan sebagai pemenang tempat ke-6 bagi kategori sekolah rendah bersaing dengan sekolah-sekolah agama yang pastinya hebat dalam mencipta sepanduk berunsur khat ini. Hadiah yang diterima berupa piala iringan, sijil penyertaan dan wang tunai RM50.00. Syabas dan tahniah kepada para ustaz dan ustazah SKKW yang tak pernah menghampakan serta murid-murid yang terlibat dalam perarakan tadi.
Bergambar dengan sepanduk yang akan dipertandingkan
Di dewan selepas selesai perarakan
Ceramah agama
Ucapan pegawai kadhi
Edy mewakili sekolah menerima hadiah

3 comments:

  1. salam..tahniah..skali tgok spanduk skkw tu mmg saya akur la...cantik spanduk tu..hihi...tahniah, ada jugak nombor.

    ReplyDelete
  2. wah.. lama tak tengok sepanduk tulis dalam jawi. teringat masa IM kecil dulu, berarak satu kampung!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...