Monday, April 9, 2012

Orang Siam datang lagi

Minat betul orang Siam ni datang ke SKKW (lawatan yang lalu klik di sini). Kali ini dari Universiti Mahachulalongkorn Rajavidyalaya, Kampus Nakhon Sawn, Thailand. Seramai 78 orang mahasiswa sarjana perguruan termasuk 20 orang dari Buddhist College universiti berkenaan hadir membuat lawatan penandaarasan. Mereka tiba pada pukul 10.30 pagi dan berada di sekolah hampir 2 jam.
   Oleh kerana saya bersama semua Pengetua, GB dan GPK seluruh Selangor, Wilayah Kuala Lumpur dan Putrajaya berada di UKM menghadiri Program Dialog Nasional Pendidikan Kebangsaan, maka GPK Pn. Asnah, Mimi dan Nor Mi mengetuai tuan rumah menyambut tetamu istimewa. 
   Tahniah buat warga SKKW atas pemilihan sebagai sekolah benchmarking para pelawat dari Thailand. Layanan kepada para peserta lawatan bertambah bermakna dengan bantuan translator ustaz Riduan bin Ali; suami Ustazah Nurul yang pandai berbahasa Siam. Terima kasih daun keladi buat ustaz Riduan. Banyak soalan telah diajukan oleh mahasiswa perguruan dan pensyarah telah dijawab dengan baik oleh para GPK serta diterjemahkan dengan berkesan oleh ustaz. Swadikapp....
 Backdrop menyambut tetamu istimewa
 Rombongan datang dengan 2 buah bas
 
Murid-murid menyambut di pintu pagar sekolah
 Bergambar kenangan
 
 Pasukan choral speaking membuat persembahan
 Ucapan GPK HEM - Pn. Asnah
 Ustaz Riduan selaku pengacara dan penterjemah
 Ustaz meneruskan dengan persembahan multimedia
 Ucapan balas ketua rombongan
Peserta menunjukkan minat dengan mengajukan lebih 30 soalan
 Mujur ada penterjemah import
 Penyampaian cenderahati oleh pelawat kepada sekolah
 Ole-ole dari PPD Sepang dan sekolah
 Sijil untuk semua peserta
 Para pelajar jurusan agama Buddha ni turun makan dulu sebab kena puasa mulai pukul 12.00 tengah hari
 Yang lain jamuan di bilik KH
 Nurul dan Rosma bersama salah seorang tetamu
 Nurul dan suaminya - ustaz Riduan
 Salmi menerangkan tentang kelas Pendidikan Khas
 
Menandatangani buku pelawat kelas P.Khas
 Bergambar lagi
Berita ala-ala serupa dalam blog SKKW di sini.

Friday, April 6, 2012

Happy Birthday April

Pagi tadi telah diadakan Sambutan Hari Jadi murid-murid yang lahir dalam bulan April. Selamat Hari Lahir buat semua murid serta guru (Pn. Shikin, Ustaz Amir dan Cikgu Maz Azlee) yang turut menyambut hari ulang tahun dalam bulan Apri ini. Semoga panjang umur, murah rezeki, sihat selalu...
Kek sumbangan Pn. Shikin hasil kreativiti Pn. Maria
Menerangkan tentang program guru penyayang
Cikgu Che Ruzana memanggil nama-nama murid yang menyambut hari lahir dalam bulan April
Tampil ke depan
Tiga rakan baik
Menyanyikan lagu "Allah Selamatkan Kamu"
"Selamat Hari Jadi"
Acara memotong kek
Semoga berbahagia di samping keluarga

Thursday, April 5, 2012

Pengerusi Kajian Tempatan

Semalam Panitia Kajian Tempatan Daerah Sepang telah menjalankan bengkel subjek tersebut di SKKW. Sebagai Pengerusi Panitia Daerah, saya telah menyampaikan ucapan alu-aluan dan sekaligus merasmikan majlis penutupan apabila pegawai PPD tak dapat bersama. Terima kasih buat cikgu-cikgu saya yang komited yang telah mengurus bengkel tersebut dan menjadi fasilitator. 
Cenderahati buat orang kuat bengkel aka Guru Cemerlang KT - Azira
Zurina berkongsi ilmu kajian tindakan Matematiknya
Terima kasih buat fasi Cikgu Roslina dari SK Dengkil
Berita lanjut sila klik blog SKKW di sini.

Sunday, April 1, 2012

AGM PIBG & Pelancaran PPDa

Sejak wujud 5 blog berkaitan sekolah (blog SKKW, PIBG, PPDa, PSS dan Prasekolah), saya dah tak menang tangan + bercelaru. Selama ini, blog peribadi saya ini pun banyak memuatkan cerita-cerita sekolah termasuk sedikit cerita peribadi. Memandangkan saya juga adalah pembantu kepada admin blog-blog tersebut, jadi bila nak upload berita dan gambar tentang program sekolah, terpaksalah saya utamakan cawangan blog sekolah yang berkaitan. 
   Namun oleh kerana saya tetap nak post juga aktiviti yang sama dalam blog saya seperti dulu-dulu, maka saya linkkan aje dengan blog-blog itu. Semoga pembaca dan peminat saya tak bosan untuk merayap ke blog sekolah yang saya sambungkan tu ya.
   Contohnya semalam, sekolah saya mengadakan 2 program serentak iaitu Mesyuarat Agung PIBG kali ke-9 dan majlis Pelancaran Perasmian Sekolah PPDa 2012....
 Barisan AJK PIBG sesi 2012 / 2013 (klik di sini)
 Pelancaran Sekolah Bebas Dadah (klik di sini)

Friday, March 30, 2012

Bola sepak MSSD

Meskipun jemputan ke Majlis Perasmian Penutupan Kejohanan Bola Sepak MSSD Sepang di SK Methodist, Sg. Pelek ialah pada pukul 11.00 pagi, saya serta Mimi; GPK Koku telah bertolak lebih awal untuk memberikan sokongan kepada pasukan bola sepak SKKW. Kehadiran kami tidak mengecewakan kerana kami dapat sama menyaksi dan meraikan kejayaan anak-anak murid kami yang telah berjaya mendapat tempat ke-3 dalam kejohanan tersebut. 
   Tahniah buat semua pemain dan jurulatih yang telah bertungkus-lumus. Sesungguhnya kejayaan ini adalah pencapaian terbaik pasukan bola sepak SKKW sejak sekolah dibuka lebih 8 tahun yang lalu. Semoga kita akan mendapat kejayaan yang lebih baik lagi pada tahun depan, Insya Allah.
Gembira atas kemenangan
Laporan lanjut sila klik blog SKKW di sini

Sunday, March 25, 2012

Majlis Walimah Norihan

Tadi saya dan keluarga sempat menghadiri majlis perkahwinan seorang lagi anak teman UPSI - kak Norihan Mohd. Zain yang didakan di Dewan Rumpun Makmur, Jerantut, Pahang. Turut hadir ialah seorang lagi teman kami kak Siti Ruhana dan suaminya; Zaki. Dapatlah bertanya khabar setelah sekian lama tak bersua.
Seronok bersembang dengan penutur jati sekolah kak Ann
 Anak kak Ann - Dian Hana
 Bergambar dengan kak Ruhana dan 2 anaknya
Pengantin dengan adik-adiknya

Saturday, March 24, 2012

MTQ Daerah Sepang @ SKKW

Hujung minggu ini sekali lagi SKKW menganjurkan majlis keramaian. Kali ini ialah Majlis Tadarus Al-Quran dan Festival Nasyid Peringkat Daerah Sepang 2012 yang melibatkan sekolah-sekolah menengah dan rendah seluruh daerah Sepang. Majlis perasmian penutupan telah disempurnakan oleh Tuan Abu Hanipah @ Fauzi bin Zahari; Ketua Sektor Pendidikan Islam, JPN Selangor. 
   Ketua Sektor yang baru ini kebetulan tinggal di Kota Warisan, malahan mempunyai seorang anak yang bersekolah di Tahun 6 di SKKW. Selamat Datang ke SKKW dan semoga hubungan silaturrahim antara pihak sekolah dengan Tuan KS akan memberi impak positif selaras dengan perkembangan pesat sekolah ini. Insya Allah...
   Antara acara yang dipertandingkan dalam MTQ ini adalah :
1. Nasyid Rendah dan Menengah
2. Bercerita L & P Rendah
3. Syarahan spontan L & P Menengah
4. Hafazan L & P Rendah & Menengah
5. Tilawah L & P Rendah & Menengah
Persediaan sebelum majlis bermula
Melaram dengan GPK
Perbincangan pengacara majlis dengan Penyelia PPD - ustaz Fathony
Nasyid SR diadakan di surau
 Nasyid SKKW sedang menunggu giliran
Persembahan bertenaga nasyid SKKW
Nasyid SM di dewan
Pengacara Nasyid SM - Jat
Berlatih sebelum tiba giliran
Cantiknya baju
Bersama Emi - ustaz SK Taman Seroja
(blog Emi klik di sini)
Persembahan menarik dari kumpulan Nasyid SKTS
Merakam kenangan
Pertandingan bercerita
Hafazan Sekolah rendah
Hafazan sekolah menengah
Tilawah SR
Tilawah SM
Syarahan spontan
Pengacara dan penjaga masa syarahan - Rusnah & Zuana
Tuan Timbalan PPD, pegawai JPN & PPD di bilik operasi
Hakim-hakim sibuk
AJK Statistik
Milah hadir mewakili GB SKDABB
Din & Fairuz - pengacara mantap SKKW
Antara GB dan wakil GB yang hadir
Ketibaan Ketua Sektor
Majlis perasmian penutupan
Ucapan perasmian
Ulasan ketua hakim
Timbalan PPD menyampaikan hadiah SR
SKKW - Naib Johan Nasyid SR
Penyampaian hadiah SM
Johan Keseluruhan SR : SK KLIA
Johan Keseluruhan SM : SAM BBST
Cenderahati perasmi
Persembahan Johan Nasyid SR : SK DABB
Persembahan Johan Nasyid SM : SMK DABB
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...