Wednesday, December 30, 2009

Hitea MGB

Sibuk-sibuk dengan kerja di sekolah, sempat lagi saya melarikan diri ke Majlis Hitea Majlis Guru Besar (MGB)  Daerah Sepang di Hotel Nilai Springs sempena persaraan rakan-rakan Guru Besar. Ada 3 orang GB yang bersara tahun ini iaitu;
1.  Tn. Hj. Harun bin Zainul (GB SK Taman Putra Perdana)
2.  Pn. Hjh. Saubiah bt. Jaafar (GB SK Jenderam Hilir)
3.  Tn. Hj. Ashari bin Ahmad Zaini (GB SK Jenderam)
Tn. Hj. Harun dan Hj. Shaari telah sudi menghadiri majlis tersebut. Nampaknya kak Saubiah tak dapat hadir kerana ada urusan yang lebih penting. Terima kasih kepada Penolong PPD Pengurusan Sekolah; Tn. Hj. Mutalib bin Tomran yang sudi hadir meluangkan masa bersama kami pada petang tadi. Selamat Bersara kepada mereka bertiga. Semoga dikurniakan kesihatan dan kebahagiaan di samping keluarga. Jumpa lagi!

Sampai-sampai, bergambar dulu kat rusa krismas ni
Backdrop yang simple





Gambar-gambar sebelum majlis bermula




Gambar-gambar semasa majlis berlangsung
 
Hj. Mutalib, Hj. Shaari dan Hj. Harun. Kerusi kosong tu sepatutnya tempat Hjh. Saubiah. Panjang rajuknya...

En. Razak dan cik Ng melakukan tugas sebagai pengacara 
YDP MGB Sepang; En. Yahaya Om memberi ucapan
  
Penolong PPD Sepang; Tn. Hj. Mutalib Tomran menyampaikan ucapan
  
Yang diraikan; Tn. Hj. Harun sekarang dah jadi usahawan
  
Menarik cerita Hj. Shaari. Pernah kena tahan ISA setahun rupanya pada tahun 70an
  
Penyampaian hadiah dari MGB dan PPD kepada Hj. Shaari (Maaf tak sempat ambil gambar penyampaian hadiah kepada Hj. Harun. Leka bersembang dengan kak Zan o..o..) 
Sebelum balik, sempat lagi bergambar kat lobi hotel

8 comments:

  1. cikgu Aida,
    biase ler org pompuan, rajuknya panjang lbh2 lg jika takde yg memujuknya, hehe.... tp org lelaki pun kuat merajuk jugak!

    ReplyDelete
  2. Salam Cikgu Aida..tak ajak saya pun minum tea ni?..

    ReplyDelete
  3. selamat menyambut tahun 2010, semoga skkw akan bertambah maju....

    ReplyDelete
  4. Salam cikgu Usop,
    Lepas pencen ni hilanglah rajuknya tu. Takut terindu-rindulah pulak.

    ReplyDelete
  5. Salam en. Relevan. Sorry lupa pulak yang tuan suka mengetea. Tahun depan ya.

    ReplyDelete
  6. Selamat Menyambut Tahun 2010 juga untuk en. Haire. Insya Allah SKKW akan terus maju dan maju

    ReplyDelete
  7. Harap-harap bila kita dekat-dekat bersara nanti, tak buat mcm kakak kita tu. Seronok dapat kumpul dgn kawan-kawan sekali sekala macam ni. Tahniah kepada MGB Sepang!

    ReplyDelete
  8. Saya pun harap macam tu. Moga kita kekal sabar dan rasional sampai saat kita bersara. Syabas juga dari saya buat MGB Sepang....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...