Sunday, December 13, 2009

Kenduri perkahwinan anak Pah

Tadi saya dan keluarga sempat menghadiri kenduri perkahwinan anak member kamceng masa kat UPSI; Sharifah bt. Yusof GB SK Taman Ehsan. Wow besarnya majlis. Khemah serba hijau 10 buah, semua kerusinya berbalut kain putih beriben hijau lagi. Disediakan juga 4 buah khemah di padang awam depan rumahnya untuk ahli keluarga dan jemputan duduk-duduk selepas makan. Bagus idea tu - tak adalah tetamu cepat nak balik sebab kena bangun nak bagi kerusi kat tetamu lain. Saya dan keluarga yang dah kekenyangan sebab baru makan kenduri kat rumah En. Zainudin Basuni cc PPD Sepang di Olak Lempit hanya menjamah bubur kacang dan kuih-kuih yang disediakan. Panas-panas dan sedap juga.

Bergambar dengan emak pengantin yang ceria

Sempat lagi bergambar dengan kedua mempelai. Selamat Pengantin Baru buat Aizad dan isteri

9 comments:

  1. salam...
    bestnyer makan kenduri...
    Tahun ni terima menantu..
    tahun depan timang cucu...
    moga terus berkekalan..

    ReplyDelete
  2. cikgu Aida dah bermenantu ke? hehe....

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum, menkala ada modal baguslah buat gitu, tetamu pon rasa selesa, tak adalah berambat nok balik lepas makan..

    ReplyDelete
  4. Musim cuti musim kenduri kawin dan bersunat..dapat menantu lah Pah kita ni yek..

    ReplyDelete
  5. salam kak aida... kalau bab kenduri kahwin ni.. abeli memang teruja.. maklum la juru gambar org kahwin... apa pun pegi kenduri tu ada salam kaut tak....?

    ReplyDelete
  6. Pak Long; Didoakan semoga berkekalan buat selama-lamanya.

    ybs; Saya masih belum bermenantu. Kalau nak bermenantu nanti, jemputlah datang ya.

    Lipislady; Ye juga kan. Kalau tak ada modal, susah juga. Itu kira aksesori je. Banyak lagi benda penting lain yang nak dimodalkan. Tapi ia boleh dipertimbangkan.

    Relevan; Betul tu. Cuti-cuti ni berebut-rebut orang buat kenduri kahwin, bersunat, bertunang dll. Kita tumpang makan freelah nampaknya.

    Wan; Hijau itu environment. Selalu pandang hijau, otak jadi mesra alam.

    Abeli; Tentu seronok ambil gambar hari bersejarah orang, kan. Salam kaut dah semestinya. Tanda kita meraikan tuan rumah.

    ReplyDelete
  7. Ngapa tak jumpa. Sebenarnya saya pun ke rumah Zainuddin dengan anak lelaki saya. Sampai sana dalam jam 12.00 tgh gitu. Ingat tau kalau menantu nanti jangan lupa saya....

    ReplyDelete
  8. Mail, saya sampai rumah cik Din dalam pukul 1.00 gitu. Insya Allah kalau saya bermenantu nanti, saya akan jemput semua kengkawan. Mail jangan tak datang pulak.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...