Thursday, August 5, 2010
Pecutan Akhir UPSR
Pada hari Rabu (4 Ogos 2010) yang lepas, Unit Bimbingan dan Kaunseling telah menganjurkan satu lagi program motivasi untuk murid-murid Tahun 6. Program ini dinamakan "Seminar Pecutan Akhir UPSR" dan telah diadakan di dewan seminar Pusat Sumber Sekolah (PSS). Ceramah motivasi ini telah disampaikan oleh En. Ahmad Badrul Sani dari Ampac Academy, Bandar Baru Bangi. Semoga semangat yang membuak-buak hasil motivasi tersebut dapat membantu calon-calon UPSR ini agar lebih bersedia dalam menghadapi peperiksaan yang semakin hampir. Biarlah gambar-gambar di bawah yang hanya berkata-kata.......
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Salam cikgu ..
ReplyDeleteAnak saya baru sahaja
habis sesi motivasi ini
Moga mereka tabah dan tahu
menjawab soalan .
Salam Linda. Saya doakan anak Linda akan beroleh keputusan cemerlang nanti. Insya ALLAH
ReplyDeletesalam kak..
ReplyDeletepecut tak pe
jangan sampai kecut perut
he he...tahniah usaha pihak
sekolah yang berusaha demi
kejayaan anak bangsa
semoga anak anak ini berjaya mendapat keputusan yang cemerlang..
ReplyDeleteSalam Zul. Macam-macam nama depa bagi sekarang ni. Semata-mata nak bagi semangat dan motivasi kat bebudak. Semoga sedikit sebanyak akan meninggalkan kesan.
ReplyDeleteSalam ssibu. Kita sama-sama doakan. Amiiinnnn...
Salam Cg Aida,
ReplyDeleteDengan persediaan yang ada, InsyaAllah calon-calon UPSR sekolah cikgu akan berjaya dengan cemerlang.
Thank you kak Nora. Insya Allah. Harap senario UPSR tahun ni yang jatuh selepas puasa dan raya sakan tu, anak-anak ni boleh maintain cemerlang.
ReplyDeleteTry the best. Good luck. Saya pun memantau juga perkembangan UPSR sekolah lama. Harap2 target tu dapat dicapai.
ReplyDeleteTempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat berkhidmat. Tak gitu Faris? Selamat Berpuasa
ReplyDeletesemuga mereka semua berjaya..
ReplyDeletemuger berjaya sumernyerr..
ReplyDeleteSalam zino n en. me. Semoga berjaya (ulang suara)
ReplyDelete