1) Memberi pengetahuan, kefahaman dan kesedaran tentang bahaya penyalahgunaan dadah
2) Menyemai dan menanam sikap untuk membenci dan menjauhkan diri daripada dadah
Sebagai persediaan, beberapa hari sebelum program berlangsung, peserta-peserta telah pun diminta untuk mencari maklumat berkaitan dadah. Antara aktiviti sepanjang program adalah Kad Permainan Keluarga Bahagia, kuiz Antidadah dan tayangan video.
Pihak sekolah mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada pihak AADK yang sudi memilih SKKW bagi mengadakan program ini. Setinggi-tinggi penghargaan juga diucapkan kepada pegawai-pegawai AADK yang telah turun padang mengendalikan program ini iaitu En. Fazer, En. Yassir, En. Shahrul Aizat, En. Zulhusni dan Cik Shahbana Azmie. Semoga kita akan bertemu lagi dalam program-program AADK pada masa depan.
Che Ruzana memulakan majlis
Murid-murid memberi perhatian
Pegawai-pegawai AADK yang turut hadir
En. Fazer menyampaikan taklimat program
Aktiviti Kad Permainan Keluarga Bahagia
Seterusnya kuiz antidadah
Murid dibahagi kepada 2 kumpulan
En. Aizat mencatat markah
Tayangan video
Ucapan penutup oleh GB
Penyampaian hadiah kepada pemenang
Sijil penghargaan dari AADK kepada sekolah
Sijil sekolah kepada AADK
Bergambar ramai
Sesi bersalam-salaman
Salam cikgu.
ReplyDeleteBaguslah usaha ini yg mendedahkan murid2 ttg bahaya dadah. Biar mereka membesar dgn perasaan jijik kepada dadah sebagaimana jijiknya kita dengan ba alif ba ya.
Salam En. al-lavendari.
ReplyDeleteMoga anak-anak kita akan terhindar daripada perangkap dadah ni.
Salam bertandang lagi..
ReplyDeletesemoga sihat orang disini.
kak memang hebat,sentiasa
aktif biarpun di bulan
ramadhan..
Alahai Zul pun apa kurangnya. Adik borek kakak rintik (betul ke tu?)
ReplyDeletesalam
ReplyDeleteaktif sekolah puan Aida. Semoga anak murid semua jadi insan berguna Insha Allah
Salam Ashrafi. Begitulah hasrat semua pendidik. Moga anak-anak didik akan menjadi insan berguna kepada agama, bangsa dan negara
ReplyDeleteSalam AA,
ReplyDeleteSemoga terus intim...
Salam mantan. Intim demi sebuah kejayaan :)
ReplyDeleteSelamat Menyambut Hari Raya buat mantan
Assalamualaikum,
ReplyDeleteKak aida, nak tau menda yang saya paling suka bila melawat blog akak ialah gambarnya yang banyak, cantik2 dan penuh makna...Tahniah kak..
Selamat menjalani ibadah puasa, Selamat membuat persiapan Raya, banyak buat kuih ke Kak?
Salam Kak,
ReplyDeleteSemoga generasi akan dtg bebas dr DADAH...
Salam Llady. Terima kasih suka lawat blog akak. Gambar-gambar ni nadi entri-entri akak. Nak bercerita mengenai perasaan, tak ada cerita sangat. Selain tu, boleh jadi rujukan guru-guru dan murid-murid akak. Kuih raya akak beli aje. Selamat menjalani ibadah puasa juga buat aok yek.
ReplyDeleteSalam Echam. Moga kita dapat sama-sama mengambil peranan dengan sebaik mungkin dalam mencegah penularan najis dadah di kalangan generasi muda kita
ReplyDelete