Monday, March 14, 2011

Cuti Sekolah Penggal I

Cuti persekolahan penggal pertama 2011 berlangsung selama seminggu. Semalam En. Zamri sehari suntuk telah memasang 6 buah kipas di bilik guru. Dah bertahun saya memikirkan untuk memasang kipas-kipas tersebut. Bila aircond di bilik guru rosak, kesian cikgu-cikgu berpanas. Mana tak rosak, dah 8 tahun umurnya sama macam usia sekolah. Penggunaan pula tahap maksimum sebab designnya tanpa kipas. Banyak dah duit keluar untuk membaiki dan menyelenggara aircond-aircond tersebut. Diharap kipas-kipas tersebut dapat menyejukkan udara dalam keadaan bilik guru yang kini semakin padat akibat pertambahan guru.
Kipas baru di bilik guru
   Minta maaf kepada guru-guru baru kerana terpaksa mencari ruang yang ada dalam bilik guru untuk tempat masing-masing. Tak taulah tahun-tahun depan, kat mana lagi guru-guru nak duduk? Guru kian ramai, bilik dah tak muat....
Meja disusun menghadap dinding di belakang bilik guru
Guru-guru praktikum terpaksa duduk di ruang makan b/guru
  Walaupun cuti sekolah, kelas tambahan berjalan seperti biasa...
Kelas tambahan Tahun 4
Tahun 5
Tahun 6 Amanah
Tahun 6 Ikhlas
8 orang pengarang jantung 6 Rasional
Wajah bakal pengantin - Linda

10 comments:

  1. samalah cikgu...kelas tambahan diadakan juga untuk murid2 T3 % T5...kalau boleh nak semaksima nak manfaatkan masa ni...

    ReplyDelete
  2. Selamat bercuti-cuti juga buat guru dan pelajar semua :)

    ReplyDelete
  3. Eh, tdi masuk bilik guru xperasan lah dh ada kipas. Tq bos :D

    ReplyDelete
  4. Dah ramai para pendidik pun masih tidak mencukupi untuk mengajar anak2 yang juga kian bertambah bilangannya, kan?

    ReplyDelete
  5. salam..
    selamat bercuti Kak
    moga terisi masa lapang nanti..
    :)

    ReplyDelete
  6. Rasanya bilik guru ni masih ok berbanding dengan bilik guru sekolah saya..sampai saya kena duduk di bilik stor...tahap maksimum sesaknya ditambah dengan guru-guru pelatih yang datang....sesak nafas dibuatnya.....

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum Puan GB...

    mesti sunyi kan bile time sekolah cuti..tapi, dapat buat kerja dengan tenang

    ReplyDelete
  8. Salam cikgu Sonata : Cikgu-cikgu semangat buat kelas tambahan masa cuti, tapi sedih juga bila ada murid dan ibu bapa yg tak menghargainya huhu...

    Salam Anak Pahang : Selamat bercuti juga buat emak ayah anak-anak murid. Cuti-cuti Malaysia!!

    Salam Shazwani : Harap kipas2 tu dapat mewujudkan suasana kondusif kepada guru-guru. Tak adalah stres nak mengajar.

    Salam kakcik : Makin ramai pendidik, makin bertambah pulak murid nak dididik. Bangunan macam tu je.

    Salam kak Nora : Work hard work smart!!

    Salam Zul : Cuti-cuti ni adalah sikit masa lapang. Bolehlah buat kerja pelan-pelan.

    Salam Zino : Selamat bercuti juga buat en. Zino dan keluarga.

    Salam Cikgu Roslaini : Semua stor sekarang dah dinaiktaraf sebagai bilik-bilik khas. Buat wiring baru, pasang kipas, cat, bubuh tikar getah dll. Dapatlah menampung guru-guru yang tak muat duduk kat bilik guru tu.

    Salam Sahrom : Pagi-pagi taklah sunyi sangat sebab bebudak ada kelas tambahan. Orang pejabat pun ramai yang ambil cuti tahun. Tapi memang legalah sikit, boleh buat kerja dengan aman.

    ReplyDelete