Sunday, July 29, 2012

Blogku yang suram

Sejak wujud blog SKKW dan anak-anaknya iaitu blog SKKW, PIBG SKKW, PPDa SKKW, PSS SKKW dan Prasekolah SKKW (coming blog PPKI SKKW pula akan dibangunkan), blog peribadi saya ini agak terbiar. Sebab saya turut menyumbang posting ke blog-blog tersebut yang juga merupakan tugas hakiki saya. Ia menuntut masa dan bahan yang bertindih.
   Oleh yang demikian, blog peribadi saya ini sudah kurang meriah sebagaimana dulu-dulu kerana ia sering terbiar tanpa sebarang pengisian. Saya sibuk mengemaskini blog-blog yang lain tu dengan aktiviti-aktiviti saya bersama sekolah. Blog ini terus pudar dan kosong. Dan saya terpaksa mencari cerita peribadi sendiri untuk dititipkan. Masalahnya; aktiviti peribadi terlalu rutin sehingga tak menepati spesifikasi entri blog saya ini. Dalam diam, terselit sedikit rasa terkilan. Nak buat macam mana???
   Kesimpulannya, biar ajelah. Status terkini blog ini ialah : entri tak kerap tapi saya akan pastikan seminggu atau lebih pasti ada entri baru. Bukan untuk siapa - untuk kepuasan saya juga. Sekadar bermonolog...

Saturday, July 21, 2012

Thursday, July 19, 2012

Seminar MGB Selangor

Balik dari Johor, menyambung pula berseminar 3 hari 2 malam di Hotel Flamingo, Ampang bermula 16 - 18 Julai 2012. Seminar Pemantapan Kepimpinan Guru-Guru Besar Sekolah Kebangsaan seluruh Negeri Selangor ini adalah anjuran Majlis Guru Besar Selangor dan JPN Selangor. Selaku AJK Penginapan bersama beberapa orang Guru Besar Sepang agak mencabar juga tugasnya berbangkit dari masalah pengurusan pihak hotel. Namun atas kerjasama semua AJK dan peserta, segala kesulitan dapat diatasi dengan sebaik mungkin. Selain itu, MGB Sepang juga diberi tugas sebagai AJK Dokumentasi. Jom tengok aksi-aksi saya bersama rakan-rakan...
 

Saturday, July 14, 2012

Lawatan MGB Sepang ke Johor

Pada 11 - 13 Julai 2012, MGB Sepang telah berjaya mengadakan Program Peningkatan Profesionalisma dan Kepimpinan Guru Besar daerah Sepang serta lawatan penanda arasan ke negeri Johor. Peserta telah menginap di BTPN Johor.
     Tahniah buat semua ahli yang telah menyertai program tersebut. Terima kasih buat Tuan PPD Sepang; Tn. Hj. Mat Jah bin Roslan yang sudi meluangkan masa hadir pada hari kedua dan menyampaikan ceramah beliau bertajuk "Halatuju Kepimpinan Sekolah". Malahan Tuan PPD dan isteri turut sama dalam lawatan ke Ladang Herba Nasuha di Pagoh
   Aturcara program 3 hari 2 malam tersebut termasuklah;
1. Lawatan Penanda Arasan ke SK Ismail (1), Muar - fokus Pendidikan Khas dan prasekolah
 
 
2. Mesyuarat Agung MGB Sepang ke-19 - pemurnian AJK
3. Ceramah "Rasuah dan Integriti" oleh Pn. Hjh Fadzilah (SPRM Johor)
4. Lawatan Penanda Arasan ke Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) SK (P) Sultan Ibrahim, Johor Bahru
 
 
5. Ceramah "Halatuju Kepimpinan Sekolah" oleh Tuan PPD Sepang
 6. Lawatan ke Ladang Herba Nasuha, Pagoh
Lagi gambar-gambar menarik...
Menunggu bas di SK Taman Seroja sebelum bertolak ke Johor
Di depan asrama BTPN Johor
 Di depan pejabat BTPN Johor
Di kafetaria BTPN Johor
Di Bilik Muzik SK Ismail (1), Muar
 Di Johor Premium Outlet
 Tuan PPD, Pengerusi MGB Sepang dan Pn. Siti bersarapan bersama KPP BTPN Johor - Tn. Hj. Ishak
Terima kasih banyak buat BTPN Johor
Jom balik
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...