Wednesday, April 12, 2017

Terima APC

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurniaNya maka tahun ini saya telah tersenarai sebagai salah seorang daripada penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2016 yang diadakan di JPN Selangor. Sesungguhnya anugerah ini amat besar maknanya buat seorang penjawat awam seperti saya.
   Terima kasih banyak buat Tuan PPD Sepang; Tn. Hj. Khairi b. Bidin serta pegawai-pegawai PPD yang telah memberi kepercayaan kepada saya untuk menerima penghargaan ini. Semoga anugerah ini akan dapat menyuntik semangat dan motivasi buat saya untuk mencurahkan khidmat bakti yang lebih cemerlang pada masa depan.
  Tidak lupa sedalam-dalam terima kasih juga buat guru-guru serta staf yang saya sayangi. Saya beruntung kerana mendapat anak buah yang rajin, tekun dan sangat berpotensi dalam pelbagai bidang sehingga melonjakkan diri saya dan sekolah ke kedudukan yang cemerlang. Semoga kita akan terus bersatu hati tanpa jemu, saling hormat menghormati dan berusaha dengan gigih bagi melaksanakan segala tugasan dan tanggungjawab yang diberi agar mencapai matlamat dan KPI yang telah ditetapkan.
   Buat anak-anak murid cikgu, teruskan mencipta kejayaan demi masa depan diri dan sekolah yang kita sayangi. APC ini cikgu dedikasikan buat anak-anak murid SKTPP yang cikgu kasihi sekalian. Semoga kita akan bersama-sama mendaki kegemilangan yang kita impikan..
Terima kasih semua..










Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...