Tanpa perancangan rapi, saya bersama beberapa orang Guru-Guru Besar daerah Sepang telah bertemu di SK BBST bagi membincangkan beberapa program daerah dan negeri serta bersembang tentang isu-isu semasa. Antaranya; 1. Sambutan Hari Guru Daerah 2. Konvensyen MGB Negeri 3. Mesyuarat Agung MGB Negeri 4. Mesyuarat AJK Daerah 5. Pertukaran Guru-Guru Besar 6. Program MGB Daerah 7. Jamuan 8. Lawatan Terima kasih atas kehadiran semua yang berkelapangan....
Sesungguhnya saya dah bersedia untuk bertukar - mental dan fizikal. Tak tahulah kenapa, Isnin lepas saya dimaklumkan oleh Tuan PPD Sepang,"hold" dulu pertukaran saya. Saya menurut perintah. Dalam hati tertanya-tanya : - Mengapa? - Sampai bila? - Jadi ke tidak bertukar ni? - Batal terus ke? - Atau tukar sekolah lain? - Atau tunggu lepas pilihan raya? - Atau tunggu tahun depan? - Ada kena-mengena dengan prestasi saya ke? - Ada unsur-unsur politik ke? - Atau ada tindakan saya yang tidak memuaskan hati ketua-ketua saya ke? - Atau rayuan pihak sebelah sana dilayan ke? - Kalau dilayan, di mana kredibiliti pihak yang menandatangani surat? - Takkan saya tukar, dia tak tukar? - Janganlah saya dihantar jauh.. - Berapa lama saya nak hold? - Kalau boleh janganlah tukarkan saya huhu....
Di tengah-tengah kesibukan membuat persiapan majlis perkahwinan Along, saya mendapat arahan pertukaran ke SK Salak, Sepang. Dah namanya penjawat awam, saya akur dan sentiasa menurut perintah. In syaa Allah selepas selesai penyerahan tugas, saya akan melapor diri di sekolah baharu awal Mei 2013 nanti. Sedih memanglah sedih, namun saya percaya penghijrahan saya ini mengandungi rahmat dan kebaikan tersendiri. Selamat Tinggal SK Kota Warisan - sekolah tempat saya berkhdmat hampir 10 tahun. Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermanja..
Semasa majlis resepsi perkahwinan Along & Mawar telah diadakan sesi penggambaran dari stesen tv Turki yang berhajat mengambil gambar untuk dokumentari warisan kebudayaan masyarakat di Malaysia untuk ditayangkan di negara mereka.