Monday, September 5, 2016

Masuk MHI Lagi

Tuah badan. Hari ini SKTPP masuk Malaysia Hari Ini (MHI) TV3 lagi. Kali ini berkaitan persediaan menghadapi UPSR. Bilik Sumber PPDa turut ikut menyelit. (Siaran MHI yang lalu sila klik di sini)
Jom tonton siarannya...




Monday, July 4, 2016

Salam Aidilfitri

Dari hati yang suci, saya ingin menyusun jari sepuluh mohon diampun segala dosa dan keterlanjuran sepanjang klita berkembara di dunia maya ini. Maaf zahir dan batin, Selamat Hari Raya Aidilfitri..


Thursday, May 26, 2016

Masuk TV - MHI

Hari tu masuk paper Sinar Harian (klik di sini), hari ni masuk tv pula. Semuanya gara-gara minat dan komitmen terhadap PPDa. Semoga dapat memberi impak dalam membina negara bangsa yang berkualiti pada masa depan. Jom tengok...




Untuk lebih jelas, bolehlah menonton siaran tersebut melalui Tonton MHI 2016 episod 105, minit ke-15 hingga 20.
Kami Benci DARVIH!

Sunday, May 1, 2016

Pertemuan rakan Form 6 SMC 1980 - 1981

Alhamdulillah sempena perkahwinan anak rakan; Sabri Kassim di 9Kedondong, Ampang Hilir dapatlah saya bertemu dengan rakan-rakan ketika bersekolah di Tingkatan 6 SM Clifford, Kuala Lipis, Pahang tahun 1980 - 1981 dulu. Saya dan Asnah bertolak sekereta berbantukan waze. Seronok dapat jumpa Rosjasmi, Johari, Nasir, Jamilah, Yati, Bakar, Suhaidi dan keluarga masing-masing. Semoga ikatan silaturrahim ini akan berpanjangan dengan doa agar kita sentiasa sihat dan dirahmati Allah sentiasa. Aamiinn...














Saturday, April 30, 2016

Majlis Prapelancaran Hari Guru Kebangsaan 2016

Kesempatan hadir ke Majlis Prapelancaran Hari Guru Kebangsaan Kali Ke-45 2016 di MAEPS, Mardi, Serdang telah memberi peluang buat saya dan rakan-rakan bergambar dengan mantan dan Pengarah Pendidikan Selangor. Selamat Hari Guru buat semua pemimpin dan guru di seluruh Malaysia. Semoga anak-anak yang kita didik akan menjadi pemimpin yang bertanggungjawab kepada negara bangsa kita....











Tuesday, April 26, 2016

Masuk Sinar Harian


Glamour jap..😆

Sunday, April 24, 2016

Bertemu semula kawan Lipis

Sempena majlis perkahwinan anak Manaf Amir, dapatlah saya, Angah Bakar dan Along Ana bertemu semula dengan kawan masa di Jalan Barry, Kuala Lipis, Pahang hampir 40 tahun yang lalu. Semoga ikatan ukhwah yang terjalin antara kami sekeluarga dengan adik-beradik Manaf iaitu kak Norain, Norsiah, Tishon, Usop tak lupa Makcik Wan akan berterusan meski jarak dan masa memisahkan kita..








Saturday, April 16, 2016

Posing Untuk Cikgu Bestari Sinar Harian

Minggu lepas wartawan Sinar Harian call saya nak minta maklumat saya untuk dimasukkan ke dalam ruangan 'Cikgu Bestari'. Katanya dia akan emelkan soalan untuk saya jawab. Alahai rasa macam tak layak jer. Tapi jawablah juga soalan-soalan yang diberi dan bagi beberapa keping gambar untuk dipilih.
   Lepas tu dia minta gambar saya berdiri. Selama ni saya memang seakan tiada gambar berdiri seorang sebab rasa macam kayu je tegaknya. So, mintalah tolong kerani Sara snapkan gambar saya kat pejabat ni. Untuk mengelakkan rasa tegak macam robot tu, saya pun peganglah piala PPDa baru-baru ini. Wartawan tu minta ambil gambar close up piala tu. Katanya nak buat caption. Siap saya bagi gambar-gambar sijil-sijil PPDa yang saya terima. Wah... glamor saya nanti. Perasan jap....









Sijil-sijil tanda penglibatan dalam PPDa




Ruangan Cikgu Bestari dalam akhbar Sinar Harian

Saturday, March 26, 2016

Anugerah Khas Pengetua

Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan atas rahmat dan kurniaan dari Allah SWT terhadap keluarga kami. Syukur Acik Rohisyam bin Roslan telah dipilih sebagai Penerima Anugerah Khas Pengetua dalam Majlis Anugerah Kecemerlangan SPM 2015 Sekolah Menengah Sains Muar (Samura).
   Terima kasih buat guru-guru Samura yang telah mendidik dan mengajar Acik sehingga dia berada di tahap ini. Terima kasih juga buat guru-guru SK Kota Warisan dan SMK Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang yang sangat berjasa mengajarnya mengenal huruf dan membaca selama ini.
   Tahniah dan syabas buat Acik atas usahanya yang gigih tanpa mengenal putus asa yang telah membolehkan Acik berjaya mendapat straight A's dalam SPMnya sehingga melayakkan Acik mendapat anugerah tersebut. Semoga  kegigihan dan kejayaannya ini memberi inspirasi kepada adiknya; Rozaidi yang akan menduduki PT3 tahun ini serta pelajar-pelajar lain.
  Sesungguhnya ibu, ayah, adik-beradik dan seluruh keluarga kita amat berbangga dengan kejayaan Acik ini. Semoga Acik akan terus cemerlang di dunia dan akhirat.. Tahniah! Tahnah! Tahniah!























Saat-saat Acik menerima keputusan SPM klik di sini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...