Thursday, March 31, 2011

Malisha Nur Hanani - Olahragawati MSSD

Petang tadi saya berkesempatan menghadiri Majlis Perasmian Penutup Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Daerah (MSSD) Sepang buat kali ke-30 tahun 2011. Kejohanan ini berlangsung selama 3 hari mulai 29 hingga 31 Mac 2011 di Kompleks Sukan Majlis Perbandaran Sepang, Bandar Baru Salak Tinggi.
   Apa yang membanggakan ialah salah seorang murid SK Kota Warisan yang mengambil bahagian dalam kejohanan tersebut telah dinobatkan sebagai Olahragawati Kelas 4 bawah 12 tahun. Beliau telah mendapat pingat emas dalam acara 200 meter dan Lompat Tinggi.  Lebih menarik lagi, murid ini merupakan adik kepada murid kebanggaan kami yang telah mengharumkan nama SKKW sehingga ke peringkat MSSM tahun lepas. Beliau adalah Malisha Nur Hanani binti Mustafa Kamal murid Tahun 6 Ikhlas; adik kepada Malisha Nur Kamaliah. (Kisah kakaknya baca di sini dan di sini). Kamaliah sekarang sedang meneruskan pelajarannya di Sekolah Sukan Bukit Jalil selepas memperolehi 4A 1B dalam UPSR tahun lepas.
   Memang hebat betul keluarga Malisha ni. Syabas buat Hanani, guru-guru yang melatih, ibu bapa dan keluarganya yang telah sekali lagi membanggakan sekolah. Kami doakan semoga Hanani akan menjulang kejayaan dalam kejohanan MSSS dan MSSM yang akan datang. 
Malisha Nur Hanani menerima hadiah Olahragawati kategori P4
Bersama Hanani dan trofi yang dimenangi
Syabas buat Pn. Noraishah - ibu dan pendorong utama kejayaan Malisha

Wednesday, March 30, 2011

MTQ

Hari ini banyak betul program yang berlangsung melibatkan ramai murid dan guru keluar sekolah. Pening juga Pn. Shikin buat 'relief'  bagi memastikan p&p murid-murid yang tinggal tidak terjejas. Mana taknya - 18 orang guru tak ada termasuk yang mc dan CRK..... 
Pasukan nasyid, bercerita, hafazan dan tilawah nak ke SMK DABB - Majlis Tilawah Al Quran (MTQ) peringkat daerah Sepang
Semoga berjaya!
Pasukan olahraga nak ke Stadium BBST - Kejohanan Olahraga peringkat daerah Sepang
Guru-guru dan PPM Pend. Khas sedang menyediakan sandwic untuk bekal murid-murid Pend. Khas yang nak ke stadium - Kempen Sihat
Murid-murid peserta lawatan ke Agro UK Farm, Johor bersarapan di kantin sementara menunggu bas
Salah sebuah daripada 2 bas
Edy dan Harez dalam bas
Menyampaikan hadiah Kelab Guru dan Kakitangan kepada pengantin baru - Linda
Aksi-aksi Linda disakat teman-teman
Latihan pemilihan pasukan badminton sekolah

Friday, March 25, 2011

SPM Alang

Rabu lepas (23 Mac 2011), keputusan SPM diumumkan. Saya dan Ayu menemani Alang ke sekolahnya; Sekolah Menengah Teknik Sepang untuk mengambil result.
Guru Media - Pn. Normi Yahya dengan laptopnya semasa pelancaran sistem pinjaman buku PSS menggunakan program 'S-Lib'
(Ucapan ribuan terima kasih buat En. Prem dan Pn. Siti Khadijah atas sumbangan 2 kotak buku cerita untuk PSS. Moga tuan sekeluarga dimurahkan rezeki. Amin....)
Alang nak pergi ambil result
Suasana dalam dewan
Jumpa cikgu Yunus Yusak GB di Klang - sama-sama nak ambil result anak
Alang beratur
Ayu bagi semangat
Suspens
Wow!
Bergambar dengan budak 6A
Tahniah Alang!
   Petang tu juga, saya berangkat ke Permaisuri Resort, Port Dickson untuk menghadiri Taklimat Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) bersama guru-guru besar 5 daerah di Selangor. Saya menumpang kereta Sa'diah - GB SK Cyberjaya. Taklimat diadakan selama 3 hari sehingga hari ini (Jumaat - 25 Mac 2011). Mesyuarat berkisar kepada pengurusan PBS melibatkan UPSR. 
Dengan Sa'diah dan Pn. Radziah - GB SK USJ20
Serumah dengan member karib - Simah dan Akmal
Ucaptama Pengarah JPS - Tn. Sulaiman b. Wak
   Sekembali dari PD, semua Guru Besar perlu mencari masa untuk menyampaikan maklumat tersebut kepada guru-guru pula. Seterusnya guru-guru dan pentadbir sekolah akan melaksana dan menjalankan pentaksiran PBS ini dengan sebaik mungkin. Komitmen dan muafakat asas kecemerlangan tugas kita. 

Thursday, March 17, 2011

Parti Bujang Linda

Petang tadi, staf pejabat SKKW telah dijamu oleh Linda (PPM prasekolah) makan pizza. Depa panggil jamuan ni sebagai "Parti Bujang Linda" sebab Linda akan berkahwin pada 26 Mac 2011 ini. Esok last Linda kerja sebelum dia mula bercuti minggu depan. Tahniah buat Linda. Semoga berbahagia dan kekal hingga ke akhir hayat. 
   Tahniah juga buat Farah yang menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke-31 hari ini. Semoga panjang umur, murah rezeki, sihat selalu. Didoakan Farah dan baby selamat dalam pembedahan hujung bulan ni - Aminnn.... Sedap kek red velvet Farah. 
   Jom layan gambar-gambar kitorang tadi..... 
Jemput duduk tuan / puan
 Kondusif - imej KPM
Penyeri pejabat - Zanie
Odie sentiasa tersenyum
Model iklan ubat gigi
Tahan nafas...
Orang-orang kuat pejabat SKKW
Pizza sumbangan Linda
Nyum nyum
Parti Bujang buat Linda - Selamat Pengantin Baru!
Ina bersama yang diraikan
Syg Fara Hepi
Selamat Hari Jadi, Farah
Ala tak nampaklah muka kitorang...
Cheese.........cake
Posing lagi
Jemput makan

Wednesday, March 16, 2011

Rawatan Lilin

Petang tadi saya sekali lagi ke Unit Fisioterapi Hospital Putrajaya sebagaimana temujanji. Kali ini, sekejap je. Saya menjalani rawatan lilin ke atas kaki yang belum berapa baik ni. Harap akan beransur pulihlah rasa ngilu dan pedih yang masih saya rasa bila berjalan....
Basuh kaki kat bilik air
Yang tinggi tu untuk celup tangan, yang rendah tu untuk celup kaki
Dah celup 7 kali dalam takungan lilin, balut dengan plastik dan bungkus dengan kain
Biar 20 minit
...Oppss dapat appointment lagi. Bulan depan kena datang lagi.....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...