Saturday, January 31, 2015

Mesyuarat Agung PIBG SKTPP

Sebagaimana rutin saban tahun, SKTPP telah mengadakan Mesyuarat Agung PIBG tahun ini pada 31 Januari 2015. Terima kasih kepada YB Shahrum bin. Mohd. Sharif ADUN Dengkil kerana telah hadir merasmikan majlis. Agak menarik semasa mesyuarat tersebut ialah baju saya selaku GB SKTPP senada dengan YB Shahrum. Orang kata, macam janji pula. Apa-apa ajelah. Semoga kebetulan ini menjadi lambang kejelekitan YB dengan sekolah dan semoga YB akan terus membantu serta menyokong usaha-usaha sekolah untuk memartabatkan pendidikan anak-anak. Laporan lanjut AGM PIBG tersebut menerusi blog SKTPP di sini.

 
Barisan AJK PIBG SKTPP sesi 2015 - 2016
Komited membanteras dadah!

Friday, January 30, 2015

Persaraan Pat Yoon

Meraikan persaraan Guru Besar SJK(C) Sin Ming; En. Pat Yoon sangat mengujakan kerana beliau akan diarak dengan kereta berprestij Ferari merah. Saya dan rakan-rakan tumpang posing pun jadilah. Selamat Bersara sahabat baik kami - Mr. Pat Yoon. Jasamu dikenang!

Bersama En. Pat Yoon yang awet muda
Bersama tetamu jemputan VIP
Banyak acara di dewan
3 sekawan
Ucapan wakil Pengarah JPS - YBhg. Dato' Jamaludin
Penghargaan dari JPS kepada Mr. Pat Yoon
Cenderahati dari PPD
Ole-ole kenangan buat sahabat baik
Nyanyian Selamat Hari Lahir
Sebelum balik, sempat posing lagi kat kereta merah ni

Thursday, January 29, 2015

Sesi penggambaran

Semua guru dan staf telah menjalani sesi penggambaran untuk penampilan yang baharu di tahun 2015 ini...

Tema tahun ni - biru

Wednesday, January 28, 2015

Tuesday, January 27, 2015

Kejohanan Ping Pong MSSD

Syabas kepada pasukan ping pong SKTPP terutama pasukan perempuan yang menjadi Johan kategori perempuan MSSD Sepang!!!


Team SKTPP yang hebat!
Syabas bapa Alin!
Tumpang bangga dengan pencapaian anak-anak muridku
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...