Saturday, May 28, 2011

Jom Olahraga

Pihak sekolah ingin memohon maaf kerana lambat mengeluarkan makluman tentang program Jom Olahraga anjuran PIBG ni. Perbincangannya dah lama tapi brosur tak dapat diedarkan kepada murid lebih awal atas masalah teknikal. Semalam, GPK Koku - Pn. Mimi hanya dapat memaklumkan secara lisan kepada murid semasa Majlis Perpisahan Pn. Reinna dan Nora di dewan. Iklan juga ada diletakkan di pos pengawal dan beberapa tempat strategik di sekitar Kota Warisan. So, menggunakan ruang blog saya yang popular dan banyak peminat ini, saya ingin memaparkan iklan program tersebut:
                 "JOM OLAHRAGA"
   SKKW akan mengadakan Sukan Tahunan pada Julai ini. Mahukah anak-anak anda, pelajar SKKW mendapat pingat pada kejohanan itu?
   Kami sukarelawan terdiri daripada bekas pelajar SKKW juga merupakan atlet-atlet yang pernah mewakili sukan olahraga peringkat daerah, negeri dan kebangsaan ingin memberi tunjuk ajar, teknik dan khidmat nasihat kepada anak anda, supaya mereka juga boleh mewakili rumah sukan, sekolah, daerah, negeri dan juga peringkat kebangsaan.
Tarikh   : 31 Mei, 1, 2, dan 3 Jun 2011 
Hari       : Selasa - Jumaat
Jam       : 8.00 pagi
Tempat: SK Kota Warisan
Syarat-syarat :
1. Pelajar Tahun 2 hingga 5
2. Berpakaian sukan
3. Membawa bekalan air mencukupi
4. Telah bersarapan
5. Kehadiran ibu bapa pada hari pertama amat dialu-alukan
   Untuk pertanyaan, sila hubungi Pn. Noraishah Aris 012-6075353 (AJK PIBG SKKW)
  Untuk rekod, Pn. Noraishah merupakan ibu kepada Malisha - atlet cemerlang SKKW. Baca kisahnya di sini. Pihak sekolah dan PIBG ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas usaha Pn. Noraishah sekeluarga. 
   Kepada murid-murid yang berminat, jom kita berolahraga sambil mengisi masa lapang cuti sekolah ni. 1 Murid 1 Sukan - Majulah Sukan untuk Negara!

Bengkel UPSR Matematik

Hari ini bermulalah Cuti Persekolahan Pertengahan Tahun. Namun murid-murid Tahun 6 tetap bersemangat hadir ke sekolah mengikuti Bengkel Teknik Menjawab Soalan UPSR Matematik. Bengkel yang diadakan di Makmal Sains ini telah menampilkan penceramah jemputan yang sangat berpengalaman iaitu En. Shamsuddin bin Shahadan dari Sekinchan. 
   Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada tuan penceramah. Tahniah kepada calon-calon UPSR SKKW 2011 atas kehadiran hari ini yang memberangsangkan. Minggu depan kelas tambahan seminggu, diharap jangan ada yang tak hadir tanpa sebab. Semoga ibu bapa dapat memastikan anak-anak tidak ponteng kelas tambahan tersebut. Usaha tangga kejayaan!
Murid-murid memberi perhatian
Banyak teknik menjawab Matematik disampaikan oleh penceramah
Terima kasih Tuan Shamsuddin
Menikmati jamuan ringan
Berkongsi pengalaman dan tips Matematik
Terima kasih cikgu Rohaizat, Normi, Zana dan Emi.

Seminar Mawaddah

Semalam saya telah dijemput menghadiri Seminar Mawaddah anjuran Agensi Anti Dadah Kebangsaan di Pejabat Daerah Sepang. Turut hadir ialah cikgu Che Ruzana dan Nor Anikah. Kami dan ramai lagi guru wanita SKKW merupakan ahli Mawaddah iaitu gerakan membabitkan wanita untuk memerangi dadah. Dalam seminar tersebut, kami diberi taklimat tentang peranan wanita dalam menangani masalah penyalahgunaan dadah yang semakin kritikal masakini serta perkongsian pintar dengan 'wanita besi' yang mempunyai ahli keluarga penagih dadah. Tahniah kepada pihak penganjur atas usaha murni ini. 
   Majlis telah dirasmikan oleh isteri Tuan Pegawai Daerah Sepang; Pn. Hjh. Habbulmatain binti Maliki yang juga Pengerusi Puspanita Daerah Sepang. Minggu lepas, saya telah dijemput ke Mesyuarat Puspanita Daerah Sepang. Saya adalah AJK Biro Pendidikan Puspanita Daerah. Alahai join sikit-sikit dengan komuniti untuk memanjangkan networking. Kat sekolah pun kita memerlukan agensi-agensi ni. Semoga memudahkan urusan. Harap-harap begitulah hendaknya...
Ahli-ahli Mawaddah yang hadir
Majlis perasmian
Untuk mengetahui lebih lanjut apa itu Mawaddah, baca di sini.

Friday, May 27, 2011

Selamat Berpisah Reinna & Nora!

Hari ini merupakan hari terakhir buat Reinna Ramli dan Norafiza Rais. Permohonan pertukaran mereka telah diluluskan. Reinna akan bertukar ke Kelantan sementara Nora akan ke Kuala Lumpur. Selamat Berpisah diucapkan kepada mereka berdua, semoga berbahagia di samping keluarga tercinta. Jangan lupakan kami di SKKW. Kenang kami dalam doamu. Ada masa, singgah-singgahlah ke sini. Budi baik kalian berdua takkan kami lupakan dan diucapkan berbanyak-banyak terima kasih. 
Pentas SKKW berwajah baru. Terima kasih cikgu Jamilah!
Reinna bersama anak-anak Pendidikan Khas
Reinna besama GB, guru-guru dan PPM Pendidikan Khas
Reinna bersama Sal
Manjanya Anikah
Nor Mi
Roslina
Aksi jurugambar khas
Bersama Nora di bilik guru
Kenangan abadi Nora bersama teman-teman
Mc Amir - hurry up!
Ucapan GB
Ucapan perpisahan Nora
Cenderamata KGK buat Reinna
Nora jua
Guru-guru panitia Bahasa Inggeris
Hadiah untuk teacher tersayang
Tanda mata dari guru-guru Pendidikan Khas
Hadiah Reinna buat SKKW
Reinna dan Nora bergambar kenangan dengan pentadbir
Sesi bersalaman
Selamat Hari Lahir buat Nisa dan Zurina
Sedondon dengan Suzi
Jamuan ringan sempena perpisahan Reinna dan Nora

Monday, May 23, 2011

Hari Guru Negeri Selangor 2011

Seawal 5.00 pagi, saya, kak Samilah dan kak Noredzan telah bertolak ke Sabak Bernam untuk menghadiri Majlis Sambutan Hari Guru peringkat Negeri Selangor 2011. Majlis telah diadakan di Politeknik Sultan Idris Shah dan dirasmikan oleh YB Dr. Hj. Mohd Puad Zarkashi Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia. 
   Majlis yang berlatarkan kebiruan ini jelas sekali sangat gilang-gemilang. Tahniah kepada PPD, MPSM dan MGB Sabak Bernam kerana berjaya menganjurkan majlis ini dengan sangat baik. Berbaloi kami datang dari jauh. Tahniah juga kepada penerima-penerima anugerah hari ini.
Belum pukul 8.00 kami dah sampai Politeknik Sabak Bernam
Ambil kesempatan bergambar dengan Setiausaha KPPPK Selangor - Sdri Pek Choon Moy sambil mendengar cerita-cerita terkini mengenai perjuangan guru
Rupa-rupanya En. Yahaya sampai lagi awal - 6.30 pagi
Bersama En. Adam Sukarno - mantan pegawai JPS
Antara perwakilan MGB Selangor
Bersama kak Azimah - kini GB SK Bandar Tun Hussein Onn - member lama masa sama-sama GPK tahun 1990an di Gombak dulu
YB Dr. Puad diiring masuk ke dalam dewan
Ucapan perasmian
Gimik pelancaran Hari Guru - roket dan parachute
Belon pun dilepaskan
Bacaan ikrar
Bersama kak Rabiyah - YDP MGB Petaling Perdana
Bersama mantan PPD Sepang - Tn. Hj. A. Rahman Hj. Ngit
VIP melawat pameran
Melawat hasil inovasi yang dipamerkan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...