Saturday, July 15, 2017

Ikon Kepimpinan Daerah Sepang 2017

Alhamdulillah syukur atas pengiktirafan oleh PPD Sepang selaku Ikon Kepimpinan Daerah Sepang 2017 semasa Majlis Sambutan Hari Guru dan Hari Raya Aidilfitri PPD Sepang di SMK Dato Abu Bakar Baginda. Terima kasih buat semua guru, warga sekolah, rakan-rakan dan para pegawai pendidikan yang banyak menyokong dan memudahkan kerja saya selama ini. Kalian memang terbaik. Semoga saya akan terus istiqamah untuk lebih cemerlang pada masa depan..


















Lagi laporan dalam blog sekolah di sini

Tuesday, June 20, 2017

Anugerah Kepimpinan Pengurusan PPDa Terbaik Negeri Selangor 2016 / 2017

Alhamdulilah syukur ke hadrat Illahi atas kurniaanNya yang tak terkira buat diri ini. Hari ini saya telah naik ke pentas MSU menerima Anugerah Kepimpinan Pengurusan PPDa Terbaik Negeri Selangor. Terima kasih buat pihak JPN Selangor atas penghargaan ini. Terima kasih juga buat para guru, staf dan murid-murid serta PIBG, ibu bapa, komuniti setempat dan pihak-pihak yang banyak membantu saya dan sekolah dalam melaksanakan pengurusan pembangunan PPDa khususnya pihak AADK Daerah Sepang dan Negeri Selangor.
   Semoga perjuangan membanteras dadah dan DARVIH akan memberikan impak yang mendalam buat anak-anak kita selaku pewaris kepimpinan negara masa depan. Semoga setiakawan kita akan berlanjutan demi sebuah Generasi Bebas DARVIH yang kita hasratkan..

















Lagi laporan dalam blog sekolah di sini.

Thursday, May 4, 2017

Konvensyen MGB Selangor

Konvensyen MGB Negeri Selangor kali ke-6 dan Mesyuarat Agung Perwakilan MGB Selangor ke-22 tahun 2017 telah diadakan pada 2 - 4 Mei 2017 di Hotel New York, Johor Bahru. Ramailah kawan-kawan lama dan baru bertemu semula. Tahniah buat MGB Selangor atas penganjuran majlis yang yang sangat gemilang....














Wednesday, April 12, 2017

Terima APC

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurniaNya maka tahun ini saya telah tersenarai sebagai salah seorang daripada penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2016 yang diadakan di JPN Selangor. Sesungguhnya anugerah ini amat besar maknanya buat seorang penjawat awam seperti saya.
   Terima kasih banyak buat Tuan PPD Sepang; Tn. Hj. Khairi b. Bidin serta pegawai-pegawai PPD yang telah memberi kepercayaan kepada saya untuk menerima penghargaan ini. Semoga anugerah ini akan dapat menyuntik semangat dan motivasi buat saya untuk mencurahkan khidmat bakti yang lebih cemerlang pada masa depan.
  Tidak lupa sedalam-dalam terima kasih juga buat guru-guru serta staf yang saya sayangi. Saya beruntung kerana mendapat anak buah yang rajin, tekun dan sangat berpotensi dalam pelbagai bidang sehingga melonjakkan diri saya dan sekolah ke kedudukan yang cemerlang. Semoga kita akan terus bersatu hati tanpa jemu, saling hormat menghormati dan berusaha dengan gigih bagi melaksanakan segala tugasan dan tanggungjawab yang diberi agar mencapai matlamat dan KPI yang telah ditetapkan.
   Buat anak-anak murid cikgu, teruskan mencipta kejayaan demi masa depan diri dan sekolah yang kita sayangi. APC ini cikgu dedikasikan buat anak-anak murid SKTPP yang cikgu kasihi sekalian. Semoga kita akan bersama-sama mendaki kegemilangan yang kita impikan..
Terima kasih semua..










Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...