Monday, February 27, 2012

Anugerah PIBG 2012

Selepas selesai Karnival PIBG tempoh hari, satu lagi tugas menanti kami warga SKKW. Hari ini kami dipantau oleh pasukan pemantau pertandingan Anugerah PIBG Kebangsaan peringkat negeri Selangor. Memandangkan ini pengalaman kedua kami dipantau (tahun lepas kami mendapat tempat ke-3 peringkat negeri Selangor), maka persediaannya lebih mudah sebab kami pernah melaluinya dan banyak dokumen penting telah kami sediakan lebih awal.
   Alhamdulillah syukur, rasanya persembahan kali ini lebih baik. Beberapa teguran yang diberi oleh 3 orang pegawai tersebut akan kami jadikan landasan dan panduan untuk memantapkan pengurusan PIBG pada masa depan. Jom lihat beberapa gambar yang telah dirakam sepanjang pemantauan tersebut....
Bersama SU (Anikah) dan Bendahari (Nor Faezah) sebelum pemantauan
Mengalu-alukan kehadiran pemantau
Suasana semasa pemantauan
Mengabadi kenangan bersejarah
Laporan dan banyak lagi gambar dalam blog PIBG SKKW di sini.

Saturday, February 25, 2012

Kemeriahan Karnival PIBG

Meriah! Itulah kata-kata yang dapat digambarkan merujuk kepada suasana Karnival PIBG 2012 SKKW hari ini. Majlis berjalan lancar dalam cuaca yang sangat baik. Terima kasih kepada En. Shahrul Nizam bin Rohani - Tuan Timbalan PPD Sepang yang sudi merasmikan majlis tersebut. Tahniah kepada YDP, AJK PIBG, guru-guru, kakitangan, ibu bapa / penjaga, murid-murid dan bekas-bekas murid serta semua yang terlibat menjayakan program ini. Pihak sekolah memohon ampun dan maaf atas segala kelemahan dan kekurangan di sepanjang karnival. Semoga kerjasama ini akan berterusan demi kemajuan pendidikan anak-anak murid. Laporan lanjut sila klik blog PIBG SKKW di sini dan blog SKKW di sini.
   Jom layan beberapa rakaman wajah-wajah kegembiraan seorang Guru Besar....
 Susun jangan tak susun
 Ucapan aluan GB
 Ucapan YDP PIBG
Ucapan perasmian Timbalan PPDS
Gimik pelancaran
Terima kasih, tuan
Suka tengok kipas disaluti kertas-kertas warna
Membawa TPPD melawat tapak pameran
Di kaunter Wakaf Al Quran
Tulis nama pada sticker untuk ditampal dalam Al Quran
Di kaunter Wakaf Pembinaan Surau Al-Hijrah KW
Di kaunter Tabung Haji
Boss check kesihatan
Melawat aktiviti di padang
Gerai air yang popular
Menjamu selera sambil berbincang
Thank you so much, sir
Bersama Ayuna
 Farizul
 Bersama bekas anak murid - Anis dan Amalina
 Kaunter jualan kupon
Edy ambil hadiah cabutan bertuah ibunya 
- rezeki jangan ditolak!
Tahniah kepada Setiausaha Kehormat PIBG SKKW - Anikah serta kawan-kawan. Tanpa kalian, siapalah saya

Jom pi Karnival PIBG

Siang nanti akan berlangsunglah acara yang ditunggu-tunggu iaitu Karnival PIBG 2012. Jom layan gambar-gambar menarik semasa acara pra-karnival...
Gimik Cabutan Bertuah
Hadiah utama Cabutan Bertuah 
(setakat malam ni, dah ada 4 buah basikal)
Sumbangan hari Isnin
Sumbangan hari Selasa
Sumbangan hari Rabu
Sumbangan hari Khamis
Sumbangan hari Jumaat
   Terima kasih kepada ibu bapa / penjaga serta para penyumbang yang baik hati. Jasa baik kalian takkan dilupa. Banyak aktiviti menarik yang telah dirancang. Antara yang paling mendapat sambutan ialah rumah hantu....
Beranilah konon
Cabut...
Cikgu menenangkan anak muridnya
Kenal tak siapa?
Marilah sama-sama kita memeriahkan Karnival tersebut dengan datang beramai-ramai, membeli sambil menderma. Lagi laporan program pra-Karnival dalam blog PIBG di sini.

Friday, February 24, 2012

Susunatur baru bilik mesyuarat

Memandangkan bilangan guru dah bertambah, pihak pengurusan telah mengambil keputusan untuk menyusun semula bilik mesyuarat dengan memesan tambahan meja. Saksikanlah kedudukan terkini bilik mesyuarat kami. Sebenarnya hanya 60 buah meja saya yang muat. Selebihnya terpaksalah duduk tanpa meja. Apa nak kata, dah biliknya segi-segi dan kecil begitu...
 
 
Susunan ala-ala bilik darjah

Semasa Mesyuarat Kajian Tempatan Daerah, kami susun begini - nampak semak dan susah nak masuk
 
 
Mesyuarat Guru SKKW Bil. 2
 
 
 
Mesyuarat MTQ Daerah Sepang selaku Pengerusi dan tuan rumah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...