Friday, February 28, 2014

Bacaan Yaasin pagi Jumaat

Sebagai meneruskan tradisi membaca yaasin semasa perhimpunan pagi Jumaat yang diamalkan di SKKW, pagi ini murid-murid SK Taman Putra Perdana mula membaca yaasin dengan dipimpin oleh Ustaz Zuinaidi. Terima kasih kepada penyumbang-penyumbang surah yasin yang budiman. Semoga tuan / puan dimurahkan rezeki. Aminnnn....
 Guru-guru mengagihkan surah yaasin kepada murid-murid
Ustaz Zunaidi memimpin bacaan yaasin
Semoga amalan membaca yaasin di sekolah dipraktikkan di rumah juga

Thursday, February 27, 2014

Singgah SKKW join Ladap

Singgah SKKW jumpa GB, GPK dan guru-guru, sempat lagi menghadiri Latihan Dalam Perkhidmatan (Ladap) yang disampaikan oleh pegawai YAPEIM yang bertajuk "Pengurusan Stres". Sambil menghilangkan rindu, dapat juga ilmu yang sangat berguna dalam era tugas masakini yang sangat rencam. Semoga para guru akan dapat mengurus tekanan masing-masing dengan baik..

Sunday, February 23, 2014

Majlis perpisahan anjuran Surau

Pihak surau telah menganjurkan majlis 2 in 1 di Surau Al-Hijrah Kota Warisan sempena perpisahan dengan saya selaku GB SK Kota Warisan dan mengalu-alukan kehadiran Pn. Ana Liza GB baharu SKKW. Terima kasih buat seluruh Jawatankuasa Surau atas inisiatif ini. Sesungguhnya majlis ini sangat bermakna buat kami berdua. Semoga ikatan ukhwah ini akan berpanjangan dan saya pasti akan cuba melibatkan diri dengan program-program surau demi kelangsungan hubungan silaturrahim yang terjalin rapat selama ini.
Ucapan Setiausaha Surau - Ustaz Zairul
Ucapan Pengerusi Surau - Hj. Hasbullah
Sepatah dua kata dari saya
GB baru SKKW - Pn. Ana Liza
Terima kasih ole-ole dari surau
Antara muslimat yang hadir
Bersama AJK Surau Al-Hijrah Kota Warisan
Kenangan bersama sahabat-sahabat yang disayangi
Sayang nak makan cokelat special ni

Wednesday, February 19, 2014

Lawatan penandaarasan PPDa ke SKKW & SKJH

Bagai orang mengantuk disorongkan bantal, tiba-tiba teringat En. Ishak bin Noh; GB SK Methodist Sg. Pelek (SKMSP) yang ada menerlefon saya minggu lepas ingin membuat lawatan ke SKKW hari ini. Setelah saya mendapat kepastian daripada En. Ishak bahawa lawatan mereka jadi, tanpa berlengah saya terus menghubungi GB SKKW mohon untuk turut sama. Alhamdulillah perancangan adhoc ini disambut baik oleh keempat-empat guru Bimbingan & Kaunseling SKTPP.
   Pada sebelah tengah hari, saya bergerak ke SKKW bersama 9 orang guru SKTPP. Manakala rombongan SK Methodist adalah seramai 9 orang. Terima kasih Pn. Ana Liza bt. Zainuddin yang sudi menerima kehadiran kami. Tak dapat dinafikan sayu hati bila mendengar lagu tema PPDa SKKW ciptaan bapa murid; En. Hafitz semasa tayangan multimedia. Saya doakan SKKW akan berjaya dengan cemerlang dalam pertandingan Bilik Sumber PPDa peringkat kebangsaan 2014 nanti.
   Selesai melawat SKKW, rombongan SKTPP menurut rombongan SKMSP meneruskan lawatan ke SK Jenderam Hilir yang telah memenangi Tempat Ketiga Pertandingan Laluan PPDa peringkat Negeri Selangor tahun 2013 yang lepas. Terima kasih Ustaz Azami atas layanan yang sangat baik yang diberi. 
   Dengan lawatan benchmarking ini, adalah diharapkan agar guru-guru SKTPP beroleh gambaran dan maklumat yang lebih jelas tentang program PPDa ini. Insya Allah balik nanti, kita akan memulakan langkah yang seterusnya dalam memantapkan program PPDa SKTPP yang sudah bertapak sejak tahun lepas lagi. Persediaan termasuklah untuk memberi persaingan dalam pertandingan yang akan diadakan oleh PPD dan JPN Selangor nanti. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Semoga misi kita ini berjaya....

Ucapan GB baharu SKKW - Pn. Ana Liza
 En. Ishak Noh
Terima kasih dan Selamat Berjaya buat SKKW
Pengacara yang mantap
Bersama Skuad PPDa SKKW
Bersama GB SKKW dan SKMSP
Bersama rombongan SKTPP
Mengabadi sejarah
Di Bilik Mesyuarat SKJH
 Ucapan GB SKJH - Ustaz Mohd. Azami
Tahniah dan terima kasih semua

Tuesday, February 18, 2014

Mesyuarat AJK PIBG SKTPP

Atas nama komitmen, saya hadir selaku Penasihat ke Mesyuarat AJK PIBG SKTPP pada sebelah malam hari kedua bertugas. Tujuan utama mesyuarat adalah untuk membincangkan persiapan Mesyuarat Agung PIBG yang akan diadakan pada 15 Mac 2014. Alhamdulillah mesyuarat berjalan lancar dengan penuh semangat kekeluargaan. Saya turut berkongsi pengalaman mengurus PIBG Cemerlang Negeri Selangor (SKKW) dengan YDP dan semua AJK sekolah baru saya. Insya Allah iltizam membara untuk menjulang PIBG SKTPP yang sudah sedia cemerlang ke puncak kegemilangan.
   Terima kasih atas sumbangan sebelum ini oleh PIBG yang melibatkan kelas PPKI dan lain-lain. Terima kasih jua kepada PIBG kerana sudi menyerahkan Bilik PIBG yang telah dilengkapkan dengan aircond dan kerusi kepada pihak sekolah untuk dijadikan Bilik Sumber PPDa. Terubat rasa di hati ini atas ruang yang diberi kepada saya untuk meneruskan perjuangan dan minat saya terhadap PPDa ini. Ayuh SKTPP - kita meriahkan sekolah kita dengan info dan aktiviti Benci Dadah demi keutuhan jati diri anak-anak didik kita agar sentiasa kebal daripada ancaman DARIH!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...