Friday, July 31, 2015

Raya bersama Azimah di rumah Shidah

Seronok bereunion raya bersama sahabat MPK 1982 - 1984 Wan Azimah dan Rashidah di Bandar Baru Bangi. Terima kasih Shida atas layanan yang sungguh istimewa dengan juadah yang sangat lazat. Buah-buahan tempatan yang dihidangkan sungguh superb - durian musang king lagi, pulasan, manggis dan longan. Siap ada pulut dan santan pekat. Mee rebus yang menjilat jari. Air nanasnya perghhh....

Tuan rumah yang ceria


Favourite saya ni

Mah pun suka



3 sekawan lama bertemu mesra



Terima kasih banyak Shida. Selamat Hari Raya

Jumpa Ramlee

Dulu penghujung tahun 2013, saya bersama guru-guru SK Kota Warisan (SKKW) melawat sekolah Ramlee - SK Datuk Wan Kemara, Changlun yang baru dinobatkan sebagai Johan Bilik Sumber PPDa Kebangsaan 2013. Bila Ramlee datang melawat SKKW - Johan Bilik Sumber PPDa Kebangsaan 2014, bersama delegasi Unit PPDa JPN Kedah hari ini, saya pergilah berjumpa beliau sebentar di hujung lawatan tersebut sebab saya pun sibuk dengan Jamuan Hari Raya di sekolah.
   Tahniah JPN Kedah kerana dapat menganjurkan lawatan ini! Semoga ilmu PPDa dapat dikongsi lebih banyak sekolah seterusnya memantapkan pengurusan PPDa di sekolah seluruh negara...

Pertemuan rakan sepengajian di IABU dan UPSI

Ramlee dah kurus

Bersama sifu PPDa JPN Selangor - Tn. Hj. Ghazali

Kami Benci Dadah!

Tuesday, July 28, 2015

Friday, July 17, 2015

Tuesday, July 14, 2015

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...