Sunday, July 31, 2011

Marhaban ya Ramadhan

Esok 1 Ramadhan 1432H. Nostalgiknya, entri sulung saya lahir pada Awal Ramadan 1430H / 2009M. Bermakna sudah 2 tahun hijrah usia blog kesayangan saya ini. Kesimpulan daripada perjalanan merentas alam blogging ini, memang banyak faedah dan kepuasan yang saya rasai dan lalui. Yang pahit tu adalah sedikit tetapi ianya umpama buih-buih di lautan. Dalam kehidupan seharian pun, kita dewasa bersama pelbagai ranjau dan duri. Take positive and enjoy your life. Everything in the garden is rosy...
    Bila canda membuat tertawa
    Hati bahagia wajah ceria
    Maaf dipinta segala dosa
    Sambut gembira puasa mulia    
           Embun suci di pagi hari
           Hati yg bersih kan lahir kembali
           Bulan Ramadhan telah menanti
           Bersihkan diri menghadap Ilahi
   Mohon maaf atas segala khilaf yang ada, selamat menunaikan ibadah puasa, semoga ibadah kita diterima Allah Ta’ala.

Saturday, July 30, 2011

Program Juara Rakyat

Bertempat di SJK(C) Dengkil, pagi tadi berlangsung Program Juara Rakyat UMNO / BN Bahagian Sepang yang disempurnakan oleh YB Dato Sri Ir. Mohd. Zin bin Mohamed - Ketua UMNO Bahagian Sepang / Pengerusi Barisan Nasional Sepang Merangkap Ahli Parlimen Sepang. Saya bersama Pengetua-Pengetua dan Guru-Guru Besar Parlimen Sepang telah hadir sebagai jemputan. Memandangkan YDP PIBG SKKW tidak dapat hadir, maka saya juga mewakili beliau untuk menerima sumbangan cek untuk PIBG sekolah kami.
   Majlis ini sebenarnya adalah majlis "3 in 1" yakni;
1)  Penyampaian input pertanian oleh MPPP berjumlah RM210,000.00 untuk DUN Tg. Sepat, Dengkil dan Sg. Pelek
2)  Penyampaian sumbangan cek kepada PIBG sekolah-sekolah Parlimen Sepang berjumlah RM83,000.00 untuk 66 buah sekolah di tiga DUN tersebut
3)  Penyampaian sumbangan komputer riba 1 Malaysia (Fasa 2) Parlimen Sepang sebanyak 1000 buah notebook untuk 1000 orang pelajar Sekolah Menengah
   Berbanding dengan tahun-tahun sudah, sumbangan kepada PIBG kali ini berdasarkan enrolmen murid. SKKW yang mempunyai bilangan murid lebih 1,100 orang menerima sumbangan sebanyak RM1,500.00. Nampaknya kali ini semua PIBG perlu mengembalikan penyata akaun perbelanjaan program yang dilampirkan berserta gambar aktiviti / program dalam tempoh 14 hari dari tarikh penerimaan cek (macam suntuk je masa yang diberi). Apapun terima kasih banyak atas sumbangan tersebut.
Pentas utama di dewan terbuka SJK(C) Dengkil
Bersama rakan-rakan Pengetua / GB dan wakil
Barisan JKKP Parlimen Sepang
Hadirin hadirat
YB Dato' Sri Ir. Mohd Zin dan para VIP mengambil tempat di atas pentas
En. Ariffin - pengacara majlis yang mantop
Ucapan YB Dato' Marsum Paing - ADUN Kawasan Dengkil
YB Dato' Sri Ir. Mohd Zin menyampaikan ucapan
JKKP Tanjung Sepat bersama mock cheque sumbangan pembangunan pertanian berjumlah RM65,000.00
Input pertanian untuk DUN Sg. Pelek berjumlah RM40,000.00
Sebahagian pelajar bersama notebook yang diterima
YB Dato' Sri Ir. Mohd. Zin bersama isteri - Datin Sri Azlina Ahmad,  PPD Sepang - Tn. Hj. Mat Jah Roslan, PPD K. Langat - Tn. Hj. Abdul Talib Hamid, Noredzan dan Asmah
Serius membincangkan isu-isu pendidikan

Mesyuarat Pendidikan Khas

Pada hari Rabu (27 Julai 2011) yang lalu saya telah menghadiri Mesyuarat Pengurusan Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) Pengetua / Guru Besar  Negeri Selangor yang diadakan di Hotel Rosa Pasadena, Cameron Highlands selama 3 hari. Saya pergi bertiga bersama En. Yahaya; GB SK BBST dan En. Kamsani; GB SK Pulau Indah 2, Klang.
   Pening juga kepala dibuatnya masa pergi. Singgah sebentar minum teh dan melihat pemandangan indah kebun teh di lereng bukit agak melegakan sikit kepala yang kebengongan.
   Mesyuarat ini merupakan julung-julung kali diadakan buat Pengetua dan Guru Besar sekolah-sekolah PPKI di negeri Selangor ini. Banyak sungguh input telah kami perolehi. Ahli-ahli mesyuarat telah meluahkan pelbagai kemusykilan dan persoalan yang telah dijawab dengan baik oleh para fasilitator dan pegawai Unit Pendidikan Khas JPS serta KPM. 
   Masa turun dari Cameron, sekali lagi saya rasa berpinar-pinar dek jalan yang bengkang-bengkok. Di pertengahan jalan, kami singgah di sebuah kedai Orang Asli dan menikmati durian yang sungguh murah lagi sedap. Hilang terus mabuk saya. Kat RnR Tapah, makan pulak lemang dengan rendang tok. Memang kaw!! 
   Semoga ada lagi pertemuan seumpama ini bagi memantapkan lagi pengurusan PPKI di sekolah kami. Terima kasih urusetia!
Sebelum pergi Cameron, tengok Milah mengecat pos pengawal
Singgah minum teh
Ladang teh saujana mata memandang
Mengabadi keharmonian
Perasmian / ucaptama
En. Yahaya mempengerusi slot pertama
En. Jalaludin - Pengetua SM Pend. Khas Vok, Shah Alam
Tuanpunya blog
Pn. Juariah - Tokoh Guru Cemerlang Pend. Khas Kebangsaan 2010
Sesi soal jawab
Ucapan Penghulu a.k.a Presiden - En. Abd. Hamid semasa majlis penutup 
Ketua Sektor Pend. Khas JPS - Tn. HJ. Abd. Latif
Penghuluwati a.k.a Naib Presiden - Dr. Rosnah Selamat
Cenderahati peserta buat Pen. Pengarah Kanan Unit Pen. Khas JPS - Tn. Hj. Jamaludin Hj. Haron
Ketua Sektor menerima cenderamata dari urusetia

Tuesday, July 26, 2011

APC 2010

Saya sangat tertarik dengan beberapa ungkapan dari Tuan PPD; Tn. Hj. Mat Jah bin Roslan semasa Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2010 Pejabat Pelajaran Daerah Sepang yang diadakan di Auditorium Akademi Audit Negara, Bandar Enstek, Negeri Sembilan tadi. Beliau melahirkan ungkapan-ungkapan tersebut semasa menyampaikan ucapan alu-aluan dalam majlis yang meraikan 199 orang pegawai termasuk guru dan staf sokongan sekolah-sekolah rendah dan menengah seluruh daerah Sepang yang menerima APC kali ini. Beliau merujuk kepada peranan yang perlu digalas oleh pegawai-pegawai cemerlang yang hadir. Antaranya;
1.  "Semoga menjadi contoh teladan..."
2.  "Sebagai pembakar semangat..."
3.  "Anda sedang ditanda aras..."
4.  "Semoga menjadi ikon..."
   Walaupun majlis APC merupakan majlis yang tidak asing dan rutin bagi kebanyakan organisasi, namun pengalaman melaluinya apatah lagi sebagai penerima merupakan sejarah manis yang takkan dilupakan. Bahkan sijil APC merupakan eviden berharga bagi perkembangan kerjaya setiap kakitangan. 
   Justeru, seruan PPD agar semua pentadbir memberikan penilaian yang tepat tanpa prejudis terhadap kakitangannya perlu diberi perhatian. Ini bagi memastikan kegigihan setiap guru dan staf dihargai dalam konteks bidang tugas masing-masing. Bagi yang belum cemerlang perlu dibimbing agar seiring dengan rakan-rakan yang lain. Disarankan juga agar kita sentiasa berfikir di luar kotak, mencetuskan idea-idea di luar kelaziman dan menyelesaikan masalah secara kreatif dan kritis.
   Namun, Tuan PPD mengingatkan bahawa ganjaran daripada Allah tidak ternilai. Rebutlah rezeki yang bertebaran di bumiNYA ini, Insya Allah kebahagiaan akan datang dalam berbagai-bagai bentuk.
   Ucapan yang sungguh memberangsangkan dari Tuan PPD itu disusuli dengan ucapan perasmian oleh YB. Dato' Dr. Hj. Karim bin Hj. Mansor ADUN Kawasan Tanjung Sepat. YB Dato' merupakan rakan sepersekolahan Tuan PPD; Tn. Hj. Mat Jah. Semoga gandingan kedua pemimpin ini akan membantu melonjakkan lagi kegemilangan pendidikan di daerah Sepang.
   Apapun setinggi-tinggi tahniah buat penerima-penerima APC SKKW kali ini iaitu:
1)  Mohd. Fakhruddin bin Yusoff
2)  Norizan binti Dahalan
3)  Siti Aminah binti Abdullah
4)  Siti Zawiyah binti Md Akhir
5)  Farizul Karimi bin Ibrahim
6)  Azira binti Ibrahim
Pentas yang gah
Persembahan tarian murid-murid SK Pulau Meranti
Merakam detik bersejarah bersama GB
Enam sekawan pemangkin kecemerlangan
   Memetik kata alu-aluan PPD Sepang dalam buku program yang disediakan;
"Kita memerlukan ramai warga pendidik dan kakitangan sokongan yang mempunyai budaya kerja cemerlang yang mengutamakan pelanggan dalam setiap nafas, minda, sikap, tingkah laku, tutur kata dan bahasa badannya bagi memastikan kecemerlangan organisasi"

Monday, July 25, 2011

Hari yang kelabu

Sebagaimana yang dipersetujui setiap hari Isnin guru-guru akan memakai baju bertema. Kali ini tema kelabu....
   Acara perhimpunan mingguan kali ini menyaksikan penyampaian hadiah beberapa pertandingan yang telah dijalankan pada minggu lepas. Antaranya;
Tempat ke-3 Karnival Futsal Pendidikan Khas Daerah Sepang
Johan Mini Futsal Prasekolah Daerah Sepang
Cikgu Abu menerima hadiah penghargaan
Bersama guru-guru pra dan jurulatih futsal
Johan Pertandingan Kreativiti Lestari anjuran guru-guru praktikum
Cikgu Mimi menerima saguhati juri
Kejohanan Futsal Tertutup anjuran guru-guru praktikum
Pemenang tempat I, II dan III
   Jam 9.00 pagi, diadakan Majlis Penyerahan Cek Murid Pendidikan Khas Fasa 1
Majlis diadakan di bilik mesyuarat
Bacaan doa oleh ustaz Syakir
Pn. Nor Mi - GPK P.Khas selaku pengacara
Ucapan aluan oleh GB
Ibu bapa yang hadir
Roslina mencatat dan membuat laporan
Penyerahan cek
   Pada jam 1.30 tengah hari, diadakan Majlis Sambutan Ramadan Al-Mubarak anjuran Kelab Guru dan Kakitangan SKKW
Majlis diadakan di bilik Kemahiran Hidup
Menu pot luck guru-guru dan kakitangan
Serba kelabu
Din selaku pengacara
Ucapan Pengerusi Kelab Guru dan Kakitangan - Cikgu Roszila
Terima kasih dan Selamat Berpuasa buat semua guru dan staf

Semoga kerjasama bertambah intim
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...