Saturday, May 31, 2014

Kenduri kahwin di Serkam

Tahniah buat Kak Long Rosidah & suami kerana menerima menantu pertama. Semoga pasangan pengantin berbahagia hingga ke jannah

Jumpa sepupu yang dah lama tak jumpa; Leman
Perbincangan para biras
Acik dan Edy
Seri pengantin berbaju kuning hijau

Thursday, May 29, 2014

Taklimat AJK Festival Nasyid PPKI peringkat negeri Selangor

Tempat : PPD Sepang
Tugas : AJK Makanan
Ucaptama Tuan Timbalan PPD Sepang; Tn. Hj. Mutalib Tomran
Pengerusi : Pegawai PPKI PPD Sepang; Pn. Zalifah
Bersama GB SKDABB; Wan
Bersama Penyelaras PPKI SKTPP; Roslina

Tuesday, May 27, 2014

Ziarah Pn. Asnah

Destinasi seterus kami ialah ke Desa Bestari, Salak menziarahi GPK Hal Ehwal Murid (HEM) SK Kota Warisan; Pn. Asnah yang masih bercuti sakit akibat kanser pangkal rahim. Pn. Asnah adalah GPK saya ketika saya bertugas sebagai GB di SKKW dan juga merupakan mantan GPK Pn. Hjh. Siti Amarah ketika Kak Ti menjadi GB di SK Pulau Meranti. Di sana, Pn. Norina; GPK Kokurikulum SK Datuk Abu Bakar Baginda telah sedia menunggu.
   Pn. Asnah jelas sihat, ceria dan sangat tabah. Beliau tak henti-henti bercerita dan bersembang tentang pengalaman beliau menjalani rawatan kimoterapi, radioterapi dan berbagai istilah pembedahan yang dilaluinya. Semoga beliau akan cepat sembuh dan pulih sepenuhnya berkat doa dan kesabaran beliau serta rakan-rakan dan saudara-mara...

Tekun mendengar pengalaman Pn. Asnah
 Ketabahan Pn. Asnah menginsafkan kami

Dating bersama Kak Ti

Selepas jumpa Pn. Hjh. Norlia, seterusnya kami berdating pula dengan seorang lagi teman yang sudah bersara iaitu Pn. Hjh. Siti Amarah yang lebih dikenali sebagai Kak Ti. Kak Ti seronok bercerita tentang kehidupan cerianya selepas bersara...
 
 Kak Zan ada hadiah untuk kak Ti
Beraksi di perkarangan masjid
Kak Ti bawa biskut sedap untuk kami

Hari Puteri Daerah Sepang

Menghadiri program Hari Puteri Daerah Sepang menemukan saya dan rakan-rakan GB dengan Pn. Hjh. Norlia bt. Daya; Pengerusi Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM) Daerah Sepang. Walaupun telah 5 tahun bersara sebagai GB, beliau sangat bersemangat dengan program NGO tersebut. Syabas buat Pn. Hjh!!

Pn. Hjh. Norlia baru balik daripada mengerjakan umrah
Bersama Sa'diah - Pengerusi Bersama PPIM Daerah Sepang
Kak Noredzan pun hadir
Wan pun ada
Tahniah pasukan PPIM SKTPP - Naib Johan Nasyid
Bersama hadiah yang dimenangi
Tahniah buat peserta dan jurulatih

Israk Mikraj SKTPP

Pagi tadi berlangsung Sambutan Israk Mikraj untuk murid pagi dan pada sebelah petang untuk murid sesi petang. Ceramah yang disampaikan sangat meninggalkan kesan kepada murid dan guru..

Komputer gergasi

Monday, May 26, 2014

Dialog Prestasi Sarana

Bersama 5 sekolah lain (3 SR dan 3 SM), saya telah menghadap Tuan PPD serta 8 lagi pegawai PPD Sepang untuk sesi Dialog Prestasi Pembugaran Sarana Ibu Bapa dan Sarana Sekolah. Kesemua pemimpin sekolah tersebut telah membentangkan laporan Sarana yang menjurus kepada melonjakkan prestasi akademik sekolah masing-masing. Semoga dialog ini dapat mencetuskan idea-idea yang bernas di samping berkongsi apa yang dilaksanakan oleh sekolah bersama pegawai atasan...


Tn. PPD Sepang - Tn. Hj. Mat Jah b. Roslan

Sunday, May 25, 2014

Mengabadi kenangan dalam setem

Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermanja. Terima kasih buat teman yang memberi idea mengabadikan kenangan dalam setem. Walaupun boleh digunakan untuk pos, namun saya hanya menempah untuk dijadikan memori terindah...


Setem berharga 60 sen saya bersama GPK-GPK SK Kota Warisan

Friday, May 23, 2014

Susun atur baharu bilik GB

Jom tengok kedudukan baharu bilik saya...

 
Menghadap pintu
Lebih pencahayaan

Thursday, May 22, 2014

Festival Nasyid PPKI Daerah Sepang

Sebagai sekolah yang mempunyai murid-murid Pendidikan Khas, anak-anak murid sekolah saya turut menyertai Festival Nasyid peringkat Daerah Sepang pada 22 Mei 2014 bertempat di SK Kota Warisan. Tidak melepaskan peluang ini, saya menghadiri majlis ini sambil memberi sokongan kepada peserta-peserta nasyid serta jurulatih. Tahniah kepada pasukan nasyid PPKI SKKW kerana dinobat sebagai Naib Johan. Tahniah juga kepada pasukan nasyid PPKI SKTPP atas penyertaan. Semoga berjaya pada masa depan...

 Pasukan nasyid SKKW
Pasukan SKTPP
Bersama Pegawai PPKI PPD Sepang - Pn. Zalifah
Bersama bekas anak-anak buah SKKW, Pn. Zalifah dan Penyelaras PPKI SKTPP - Pn. Roslina
Jurulatih pasukan nasyid PPKI SKTPP
Tahniah kepada para pemenang
Terima kasih atas cenderahati
Persembahan dari Johan sekolah menengah
Team SKTPP mengabadi kenangan
Singgah jap rumah GB
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...