Monday, July 28, 2014

Salam Aidilfitri

Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua rakan dan taulan serta sanak saudara. Mohon ampun dan maaf atas segala kesilapan dan keterlanjuran yang telah saya lakukan selama ini. Moga ikatan silaturrahim yang terjalin kian erat di bulan yang mulia ini...


Sunday, July 20, 2014

Al Fatihah buat mak

Setelah keluar-masuk hospital hampir setahun, pada jam 4.20 petang hari Ahad 15 Ramadan 1435 H bersamaan 13 Julai 2014, emak tersayang telah menghembuskan nafasnya yang terakhir. Tiada perkataan dapat kulafazkan atas kehilangan bonda kesayangan. Kami redha atas ketentuan Illahi ini. Moga mak tenang di alam sana dan ditempatkan bersama golongan mereka yang beriman. Ameennnn....
Mak meninggal di rumah nenek yang kami gelar "Encik" di Kesang Tua, Jasin, Melaka
Pusara arwah emak di sebelah pusara arwah ayah
Bacaan yasin dan tahlil ringkas kami sebelum balik KL
 Kenangan bersama mak aka nenek ketika mengerjakan umrah pada 8 Mac 2013 lalu
Di rumah Cu Semabok hujung tahun lepas
Kami pasti merindui saat-saat sebegini :(

Tuesday, July 1, 2014

Majlis Berbuka Puasa anjuran YB Shahrum

Terima kasih diucapkan kepada YB Tuan Shahrum bin Mohd. Sharif ADUN Dengkil kerana sudi menjemput warga pendidikan Daerah Sepang termasuk Pengetua dan Guru Besar serta YDP PIBG sekolah-sekolah daerah Sepang ke Majlis Berbuka Puasa, solat maghrib, solat isyak dan solat tarawih di Aston Hotel, Nilai. Saya dan YDP PIBG SKTPP; Tn. Hj. Khairul Azhar telah hadir memenuhi undangan tersebut. Semoga ikatan silaturrahim yang sedia wujud antara YB Shahrum dengan warga pendidikan daerah Sepang akan bertambah akrab dan berpanjangan. Ameenn...

Bersama YDP PIBG SKTPP - Tn. Hj. Khairul Azhar
Pengetua dan Guru Besar yang turut sama
Terima kasih banyak YB Tuan Shahrum

Laporan yang sama mengenai majlis tersebut juga dimuatkan dalam blog MGB Sepang di sini
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...