Monday, November 2, 2015

Selamat Berjuang Acik

Didoakan semoga Acik Rohisyam Roslan dapat menjawab dengan tenang dalam peperiksaan SPM. Semoga dipermudahkan segala urusannya. Sesungguhnya Acik anak yang baik...


Friday, October 16, 2015

Majlis Apresiasi Kecemerlangan Pendidikan Sepang

Syukur alhamdulillah atas penghargaan ini. Semoga niat murni kami diberkati Allah hendaknya...


Tuesday, October 13, 2015

Sunday, October 4, 2015

Di majlis perkahwinan Nadia

Selamat Pengantin Baharu buat Nadia dan Fuad. Semoga kekal hingga ke jannah. Dapat jumpa Fira yang lama tak ketemu....

Raja sehari bersemayam - semoga kekal hingga ke syurga

Cucu Wan - Fira nan comey

Fira bersama atuknya

Posing di photo booth

Thursday, October 1, 2015

Al Fatihah buat arwah Razman

Semoga roh allahyarham adik ipar; Razman dicucuri rahmatNYA serta ditempatkan bersama golongan mereka yang  soleh dan beriman. Amiin ya Rabbal Alamin. Al Fatihah...
Semoga Aishah dan anak-anak tabah dengan ujian Allah ini.
Semoga mak mertua yang warded di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan cepat sembuh.


Saturday, September 26, 2015

Hari Raya Aidil Adha 1436H / 2015

Saya sekeluarga solat sunat Aidil Adha di Surau Al Hijrah Kota Warisan sebelum balik kampung di Kuala Krau, Temerloh. Tahun ini semua balik. Meriah betul suasana..

Acik dan Edy

Di Kota Warisan

Gotong-royong siang ikan patin

7 beradik suami setelah sekian lama tak bergambar bersama

Keluarga besar Mak mertua

Tuesday, September 15, 2015

Jom hafal visi misi PPDa

Menghafal visi dan misi PPDa di celah-celah jerebu yang melanda

Wednesday, September 2, 2015

Majlis Sekalung Budi MGB Sepang

Majlis meraikan persaraan En. Pat Yoon (mantan Guru Besar SJKC Sin Ming) dan Pn. Hjh. Kamaliah Binti Osman Palil (GB SK Bukit Bangkong (A) telah diadakan di Restoran Nyonya Valley, Cyberjaya. Majlis anjuran Majlis Guru Besar Daerah Sepang ini berlangsung sederhana namun penuh bermakna. Majlis telah diserikan dengan kehadiran wakil dari PPD Sepang iaitu En. Ismail bin Hussin dan En. Rosli bin Badri. Semoga En. Pat Yoon dan Pn. Hjh. Kamaliah berbahagia bersama keluarga tersayang.

Ucapan En. Ismail - wakil PPD Sepang
 
En. Pat Yoon
 Pn. Hjh. Kamaliah
Kenangan Guru-Guru Besar Daerah Sepang bersama Kak Lia

Saturday, August 29, 2015

Reunion MPK @ Walimah anak YDP Azman

Tahniah buat Cikgu Azman; mantan Yang Dipertua (dulu kami panggil beliau YDPong) Maktab Perguruan Kuantan 1982 - 1984 yang telah menerima menantu di Ayer Keroh d'Village, Melaka. Ramai teman-teman lama semasa belajar di MPK telah hadir memeriahkan majlis perkahwinan anak beliau. Sungguh meriah pertemuan tersebut. Seronok dapat jumpa member kamceng saya; Rosila Mokri yang lebih 30 tahun tak jumpa.

Bersama Alias dan Shida
 
Shida, Bajuri, Rosselan, Alias dan Noi serta suami / isteri
 
Rindu Ros
 
Hisham dan Ton pun ada
 
Muhaimin, Dollah dan Dr. Ramlan
 
Bersama Pouziah (teman UPSI); isteri Dollah
 
Milah tak berubah - comel macam dulu
 
Bersama bapa pengantin; Man - tahniah!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...