Hari ini saya telah dijemput untuk menyertai Perbincangan Modul Intervensi PPDa di KPM. Modul tersebut dijangka akan digunakan seawal tahun depan. Terima kasih atas peluang yang diberi untuk saya berkongsi pendapat dan pengalaman mewakili sekolah. Tahniah buat para personalia utama & JU PPDa yang telah bertungkus lumus menyiapkan modul yang sangat lengkap dan berguna ini. Semoga "buku oren" ini kelak dapat membantu GBK mengurus murid-murid berisiko rendah & tinggi dengan sebaik mungkin..
Wednesday, April 17, 2019
Tuesday, April 9, 2019
Mesyuarat Pembestarian Sekolah & Gerakan Tabiat Membaca Negeri Selangor
Hari ini saya berkesempatan menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Induk Pembestarian Sekolah & Gerakan Tabiat Membaca Negeri Selangor di BTPN Selangor. Saya mewakili Yang Dipertua Majlis Guru Besar (MGB) Selangor bersama GB Maznah Zaini. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri Selangor; Tn. Muhamad Radzi bin Abdullah. Pengalaman yang berharga, maklumat terkini dan jaringan yang luas muncul bersama keberadaan saya di mesyuarat ini. Alhamdulillah.. Terima kasih atas kepercayaan dan peluang yang diberi oleh MGB Selangor. Semoga bermanfaat...
Tuesday, April 2, 2019
Live @ SPM TV1 : Hari Autisme Sedunia
Bagai Duta Pendidikan Khas, terima kasih saya ucapkan kepada pihak RTM atas peluang bersiaran langsung dalam program Selamat Pagi Malaysia (SPM) di TV1 hari ini, 2 April 2019 sempena Hari Autisme Sedunia...
Video ke- 2 memaparkan murid, guru SKTPP bersama pengacara & jemputan rancangan SPM pagi itu bersama-sama memotong pulut kuning dan kek sempena Hari Autisme Sedunia dan Hari Ulangtahun RTM Ke-73 di akhir siaran..
Video ke- 2 memaparkan murid, guru SKTPP bersama pengacara & jemputan rancangan SPM pagi itu bersama-sama memotong pulut kuning dan kek sempena Hari Autisme Sedunia dan Hari Ulangtahun RTM Ke-73 di akhir siaran..
Subscribe to:
Posts (Atom)