Monday, April 5, 2010

Perasmian Bulan B.Inggeris

Hari ini semasa perhimpunan, panitia Bahasa Inggeris pula mengambil giliran mengadakan perasmian bulan BI. Menarik dan tertarik juga gimiknya. Tetapi sebelum itu, seperti biasa selepas bacaan ikrar, doa dan nyanyian lagu-lagu kebangsaan, berlangsung beberapa acara persembahan kelas serta penyampaian hadiah.
Persembahan deklamasi sajak dari murid-murid Tahun 6 Amanah
Penyampaian hadiah program Sayangi Diri Sayangi Sekolah
Penyampaian hadiah Pembaca Terbanyak program NILAM Mac 2010
Syabas kepada 2 beradik yang membawa pulang hadiah semasa Kejohanan MSSD Sepang minggu lepas. Malisha Norkamalia Tahun 6 menggondol emas bagi acara lompat jauh dan lari 200 meter. Adiknya; Malisha Norhanani Tahun 5 mendapat perak acara lari 200 meter dan gangsa acara lari 100  meter
3 orang murid berbasikal membawa perutusan dari panitia BI
Zulfikri menyerahkan perutusan kepada GB
..... Now it is my pleasure to launch the English Month 2010. "No Trouble In English. English is For All" ......
 One... two...three...
Booommmm....
Oooppss.. apasal GB punya tak nak meletup?
Dipanggil untuk join koir. Spek hitam tak adalah pulak
Sorry le sorang je berbaju biru. Penyanyi importlah katakan
 Cewah... siap gelek lagi
Ini bukan sampah. This is colourful rubbish
Hari ini juga sekolah menerima 2 orang warga baru: seorang guru dan seorang staf sokongan. Selamat Datang ke SK Kota Warisan! Semoga sekolah semakin mantap dengan kehadiran tuan dan puan yang sangat berpengalaman lagi komited.
 En. Mohd. Rosli bin Ahmad; mantan Penyelaras PKG Salak. Ditempatkan sebagai guru di SKKW setelah mendapat DG41
Pn. Sabariah bt. Suramin; Ketua Pembantu Tadbir (KPT / cc) baru. Dulu bertugas di SK Taman Putra Perdana 2

Thursday, April 1, 2010

Orang Bangkok datang lagi

Hari ini SKKW sekali lagi menerima tetamu dari Thailand iaitu penuntut-penuntut Sarjana Pendidikan dari Universiti Bangkok ThonBuri. Kali ini seramai 130 orang dengan 4 buah bas. Agen yang mengurus lawatan ini memaklumkan kepada kami yang mereka akan sampai pada jam 11.00 pagi. Tapi mereka hanya tiba di sekolah pada pukul 12.45 tengah hari. Banyak sangat halangan di airport. Ramailah, katakan....
   Disebabkan ahli rombongan ramai, mereka dipecahkan kepada 2 kumpulan. Satu kumpulan mendengar taklimat dan melihat persembahan multimedia di bilik mesyuarat manakala satu kumpulan lagi menikmati jamuan di bilik Kemahiran Hidup. Kemudian mereka bertukar tempat. Sambil-sambil itu, mereka mengambil gambar kenangan dengan guru-guru dan murid-murid di sekitar sekolah. Bukan main seronok lagi murid-murid tu. Sampai ada yang berkata, "Saya ambil gambar 27 kali, cikgu!" Glamour tu.
Pengawas-pengawas telah menunggu sejak pukul 10.30 pagi
Pasukan kompang dengan aksi tersendiri
Pasukan tarian sedang disiapkan oleh cikgu mereka; Pn. Najihah
AJK Jamuan
Rehearsal tarian jap sementara menunggu tetamu
Terima kasih daun keladi Puan Najihah
Gadis bunga manggar - Dayanah dan Nur Irdina
Sabar menanti....
Pasukan kompang bersama ustaz Firdaus
Manalah orang-orang Bangkok ni tak sampai-sampai lagi? Penat dah menunggu
Murid-murid Tahap 1 pun dah balik...
Agen Annie Tour sampai dulu dengan van
Pengawas beratur
Pasukan kompang stand-by
 Haa... tu dia yang ditunggu dah tiba
Ahli rombongan turun dari bas
Ramainya...
Swadikappp....
Dah macam rupa abang Indalah pulak
Persembahan tarian zapin untuk tetamu luar negara
Siap bersila lagi menyaksikan persembahan tarian
 Bergambar dengan cikgu Siam
Cutenya murid-murid SKKW ni
Mendengar taklimat di bilik mesyuarat
Ucapan aluan dari GB. Skrip dalam B.Inggeris tapi mereka tak faham. Wakil mereka translate dalam bahasa Thailand
Cenderahati kek dalam bakul dari pihak sekolah
Bunga telur lagi buat tetamu
Ole-ole daripada pelawat untuk sekolah. Thank you
Jamuan di bilik Kemahiran Hidup
Melawat-lawat sekolah
Bas bersedia meninggalkan sekolah untuk ke Putrajaya pula
Bye....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...