Thursday, September 16, 2010

Raya 2010

Diam tak diam, hari ini dah 7 Syawal 1431H. Alhamdulillah kami dah sampai rumah setelah beraya sakan di kampung. Jom tengok gambar-gambar pilihan Raya saya tahun ini.
Fasa 1 : Saya sekeluarga.......
Raya pertama di kampung K.Krau, Pahang
Di luar rumah
Dalam rumah
Raya ke-2 masih di K.Krau
Raya ke-3 di rumah nenek Kesang Tua, Jasin, Melaka
Raya ke-4 di Kesang Tua
Beratur ikut tinggi

Fasa 2 : Saya dan sedara-mara......
Di tangga kampung K.Krau
Dengan keluarga perempuan kak Nisa
Dengan Leha di rumahnya di Jerantut
Ramai-ramai depan rumah Leha
Dengan Makwe di Kampung Gempu, Temerloh
Dengan Paknjang dan Maknjang di Jengka 2
Dengan Makngah di Bukit Senggih, Jasin
Dengan Maklang di Semabok, Melaka
Dengan Cu
Kembar tak seiras
Masuk frame lagi

Fasa 3 : Sepanjang jalan beraya.....
Bersama ayam-ayam yang akan disembelih
Ayu : Minta maaf Wan
Edy dan Shafiq di kampung Gempu
Upin dan Ipin
Makan pizza di Alamanda, Putrajaya
Tahlil arwah ayah anak-beranak
Seronok main bunga api
Corak fantastik Jurie
Main bowling di Ayer Keroh
Makan aiskerim jap
Di pantai Tanjung Kling - engineer nak buat survey
Lunch tepi laut
Makan ikan bakar di Umbai
Sedapnya
Selamat Hari Raya

Wednesday, September 8, 2010

Salam Aidilfitri

Diucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, mohon maaf zahir dan batin buat semua teman, adik-beradik, saudara mara, warga sekolah serta anak-anak murid yang disayangi.

Friday, September 3, 2010

Khatam Al Quran

Esok start cuti penggal diikuti cuti hari raya (tapi GB kena kerja tau!). Hari ini sekolah telah menganjurkan pelbagai program. Awal-awal pagi, semasa murid-murid lain membaca Yaasiin di tapak perhimpunan, murid-murid Tahun 6 pula membaca Yaasiin, solat hajat berjemaah dan mendengar tazkirah di surau sekolah. Penceramah yang diundang khas kali ini ialah GPK 1 SK Sg. Melut - ustaz Fazli. Hanya 18 hari saja lagi UPSR akan menjelma. Diharap murid-murid Tahun 6 akan bijak mengurus masa bagi memastikan mereka tidak terleka menyambut Hari Raya sehingga terlupa bahawa mereka akan menghadapi peperiksaan besar tidak lama lagi.
   Selepas Rehat, semua murid berkumpul di dewan. Program dimulakan dengan Majlis Khatam Al Quran, penyampaian sumbangan kepada murid-murid miskin dan anak yatim serta diakhiri sesi bersalam-salaman sambil lagu Raya berkumandang di dewan terbuka. 
   Terima kasih banyak kepada semua ibu bapa dan seluruh warga sekolah yang telah menyumbang kewangan untuk disampaikan kepada 67 orang murid miskin dan anak yatim tersebut. Masing-masing mendapat RM73.00 seorang. Manakala baki telah diagihkan kepada murid-murid Pendidikan Khas. Semoga mereka dapat menyambut hari raya tahun ini dengan gembira.
Selepas baca Yaasin bersedia nak solat hajat
 Amiiinnn...
Ceramah bertenaga dari ustaz Fazli mengandungi tips-tips menghadapi peperiksaan
Terima kasih daun ketupat buat ustaz
Ustazah Azian mengacara Majlis Khatam Al Quran
Bersama Mimi
Murid-murid memberi tumpuan
GB menyampaikan ucapan
Ustaz Amir mengetuai Majlis Khatam Al Quran
Merdu bacaan masing-masing
Cenderamata buat peserta tadarrus
Seterusnya penyampaian ole-ole buat guru-guru yang menyampaikan tazkirah semasa Rehat bulan Ramadan - didahului dengan ustaz Amir
Fairuz
Fiza
 
Yati dan ramai lagi
Cenderamata KPanitia Pend Islam ; Asiah kepada GB
 Penyampaian sumbangan kepada murid-murid miskin dan anak yatim
Apa yang melucukan tu?
Senyuman manis, jelingan manja
Sesi bersalaman dimulakan dengan murid Tahun 1
Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin
Hujung barisan dapat cokelat seorang satu
Amir 'jual ubat'
Guru-guru pula bersalam-salaman
Hati-hati di jalanraya ye
Kenangan terakhir bersama guru-guru praktikum IPGM Kampus Tuanku Bainun, P.Pinang - Safina dan Asyilah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...