Tuesday, April 12, 2011

Bulan Sains dan Matematik

Semalam saya telah melancarkan Bulan Sains dan Matematik 2011 peringkat sekolah. Majlis tersebut telah dilakukan semasa perhimpunan. Kreatif betul idea gimik cikgu-cikgu Sains dan Matematik yang diketuai oleh Cikgu Din dan Hanisah. Come on murid-murid, kita rebut peluang belajar dan mencari ilmu berkaitan Sains dan Matematik ini dengan bersungguh-sungguh.
 Mula-mula disuruh tiup belon
Kemudian diminta lepaskan ke arah cawan-cawan kertas
"Balloon oh balloon - stated that the force applied to an object like the wind can move a stationary object and change the motion of the object"
Seimbangkan 6 batang penyangkut baju
"Hanger oh hanger - stated that stability is important to ensure that structures do not fall over easily"
Roket nak 'terbang'....

Thursday, April 7, 2011

Yang ditunggu pun tiba

Sepertimana yang dijanjikan, petang tadi 2 orang nazir yang datang ke sekolah Isnin lepas telah datang lagi. Masa tu, saya baru lepas bermesyuarat "post mortem" PKSR 1 dengan guru-guru.
   Terlebih dahulu saya ingin meminta maaf kepada tuan-tuan nazir berdua kerana memasukkan juga kisah pertemuan kita dalam blog saya ini walaupun tuan minta tidak berbuat demikian. Apa nak buat, peminat-peminat saya sedang menanti ending kisah saya ini. Dah famouslah katakan. Tapi Insya Allah tuan, saya berjanji takkan memaparkan cerita-cerita yang menyentuh hal-hal yang berkaitan sensitiviti masyarakat setempat (kecik hati simpanlah sendiri). 
   Memanglah sebak juga bercerita tentang blog ni. Tujuan asal untuk santai-santai telah dianggap serius oleh pihak-pihak yang tak berpuas hati. Rasa nak quit aje mengenangkannya. Tapi bak kata pepatah,"Kalau tak sanggup dilanda badai, jangan berumah di tepi pantai". Akur dengan nasihat nazir tu, saya pun harap rakan-rakan maya saya jadikan peristiwa yang menimpa saya ini sebagai iktibar. 
   Apapun saya seronok bila dengar salah seorang nazir tu memuji sebahagian kandungan blog saya. Bahkan semasa beliau sampai di sekolah tadi, salah seorang guru saya terkejut bila beliau menegurnya. Bila cikgu saya tanya, "Mana tuan kenal saya?", nazir tu jawab, "Daripada blog Guru Besar". Wow, blog saya dah ada peminat VIP (kalau ada orang marah saya sebab saya perasan, minta maaflah...).
   Namun apa yang membuat saya bersemangat dan tak jadi berhenti berblog adalah kerana dalam masa 3 hari ini, sekolah saya telah menerima beberapa berita gembira. Berita apa ya? Apa lagi kalau tidak kejayaan-kejayaan dalam pertandingan peringkat daerah. Sebelum ini minggu lepas, kontingen olahraga dan pasukan choral speaking kami telah membawa pulang kejayaan. Sila baca di sini. 
   2 hari lepas pada 5 April 2011, dalam pertandingan Spelling Competition peringkat daerah Sepang yang diadakan di SKKW, 2 orang wakil SKKW telah mendapat tempat ke-2 (Tsara Irdina binti Himily Hairul) dan ke-5 (Mohd Hadi Hafizuddin bin Abdul Hakim). Kedua-dua mereka akan mewakili Sepang ke peringkat negeri Selangor. Tahniah dan syabas! Kita doakan mereka berdua akan membawa pulang piala kemenangan.
   Dan lebih manis lagi, hari ini pasukan action song SKKW telah dinobatkan sebagai Juara pertandingan peringkat daerah. Congratulations and good luck. Semoga berjaya di peringkat negeri nanti. Buat guru-guru Panitia Bahasa Inggeris khususnya tahniah3. Kami warga SKKW tumpang gembira atas kejayaan tersebut. Semoga kejayaan-kejayaan ini akan merangsang guru-guru dan murid-murid lain untuk mengikut jejak langkah kalian. Dan sesungguhnya mood saya berbunga-bunga hari ini :) 
   Jom tengok gambar-gambar pertandingan Spelling tempoh hari dan Action Song tadi....
Penyelaras pertandingan - Maria sibuk mengurus persiapan
Manisnya senyuman Fatimah Bibi
Pendaftaran dan undian
Peserta mengambil tempat di dewan
Judges
Tatra sebagai mc
Bersedia tunggu giliran
Peserta mengeja perkataan yang disebut oleh master speller
Kerusi dah banyak kosong sebab peserta yang gagal menjawab dah turun
Tsara Irdina yang bijak
Hadi konfiden
Majlis penyampaian hadiah dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku
Ulasan Ketua Hakim
Cenderamata untuk hakim, thank you
Penyampaian sijil penyertaan kepada semua sekolah
Hadiah saguhati
Tahniah Hadi SKKW dapat no. 5
Tsara no. 2, congrats
Juara Spelling Competition Sepang District Level
Lima-lima akan mewakili Sepang ke peringkat negeri Selangor
Urusetia pertandingan - sorrylah tak tau dah pakat pakai baju merah
Kenangan bersama pemenang
Pasukan Action Song SKKW johan daerah. Syabas!
   Laporan penuh pertandingan Action Song and Story Telling Peringkat Daerah Sepang 2011 yang diadakan di SK Taman Putra Perdana boleh lihat di sini.

Monday, April 4, 2011

Harga sebuah blog

Hari ini saya dan Guru-Guru Besar seluruh negeri Selangor berada di Kompleks Belia dan Kebudayaan, Seksyen 7, Shah Alam menghadiri Majlis Penubuhan Jawatankuasa Pendidikan Pencegahan Dadah JPN Selangor. Di sana, saya telah menerima sms daripada GPK 1 saya menyatakan bahawa 2 orang pegawai nazir JPNS baru balik dari sekolah. Bila saya tanya kenapa nazir tu datang, jawapan Pn. Shikin; "About ur blog, pn."
   Alamak!! Apa halnya, risau juga saya. Kemudian saya pun menghubungi Pn. Shikin semula untuk mendapatkan penerangan lanjut. Rupa-rupanya mereka merujuk aduan berkait beberapa post saya yang lepas termasuk post ini. Lama dah tu! Dah terlupa dah saya...
   Kata Pn. Shikin nazir tersebut akan datang lagi pada hari Khamis ini untuk berjumpa saya. Pegawai-pegawai tersebut sempat menemubual guru-guru tentang dasar-dasar kerajaan, melihat buku-buku rampaian murid, meneliti buku tunai sekolah dll. Mengikut pengamatan Pn. Shikin, mereka berpuas hati dengan semua penjelasan dari pihak sekolah. 
   Cuma saya masih berteka-teki siapa yang buat aduan tersebut dan tahap keseriusan aduan tersebut. Sebagai guru dan Guru Besar, dilawati pelawat termasuk nazir adalah sebahagian daripada tugas kami. Memang persediaan ke arah itu sentiasa diberi keutamaan. Tapi ini lain sikit sebab blog saya dijadikan eviden pihak yang membuat aduan dan juga nazir....
   Sesungguhnya saya sentiasa bertanggungjawab terhadap semua entri saya sebagaimana saya bertangggungjawab terhadap semua tugas saya yang lain. Bagi saya, blog ini adalah blog peribadi saya. Walaupun hampir 80% entri adalah berkisar kepada peristiwa-peristiwa di sekolah, sesekali saya masukkan juga cerita-cerita tentang keluarga saya, kawan-kawan saya, hal-ehwal semasa dan tentu sekali 1, 2 luahan perasaan saya. Sewaktu meluahkan perasaan, selain saya berharap pembaca saya tahu apa yang saya rasa, saya nak maklumkan apa yang saya dan cikgu-cikgu saya hadapi dan buat selama ini.
   Apa lagi yang mampu saya kata. Hanya maaf yang saya pinta. Blog peribadi saya ini boleh diakses oleh sesiapa sahaja dan saya tak sepatutnya meluahkan perasaan....
   Blog ini telah saya bangunkan sejak 21 Ogos 2009 yang lalu dengan entri pertamanya di sini. Selama ini bukan sedikit penat saya melayan blog kesayangan saya ini. Tapi dek kerana hobi yang seakan ketagih, saya sentiasa ada masa untuk update. Sampaikan akaun photobucket saya pun dah warning dah nak penuh, punyalah banyak gambar yang saya upload. 
   Namun hari ini saya terasa frust sangat. Tengoklah apa cerita hari Khamis ini. Kalau hasilnya mengecewakan, mungkin saya akan tamatkan saja blog ini.....
  

Saturday, April 2, 2011

Penyampaian Hadiah

Semalam selepas bacaan yaasin, telah diadakan penyampaian hadiah (semula) kepada pemenang-pemenang Olahraga MSSD dan pertandingan choral speaking di tapak perhimpunan. Dalam Kejohanan Olahraga MSSD Sepang kelmarin, kontingen SKKW telah menggondol 2 pingat emas (200m dan lompat tinggi) 1 pingat perak (lontar peluru) dan 2 pingat gangsa (100m dan 100m Pendidikan Khas) serta Olahragawati. 
   Manakala pasukan choral speaking sekolah pula telah meraih Naib Johan dalam pertandingan peringkat daerah Sepang. Tahniah dan syabas kepada semua murid dan guru yang terlibat. Kalian adalah sumber inspirasi kepada pasukan-pasukan lain yang akan bertanding dalam banyak acara lagi selepas ini.
Penyampaian hadiah kepada pemenang Olahraga MSSD
Tahniah buat semua peserta dan guru yang melatih - cikgu Farizul dan Abu
Penyampaian hadiah kepada pasukan choral speaking
Bersama guru-guru yang melatih choral speaking - Maria, Hafidah & Nor Faezah Talib

   Selesai menyampaikan hadiah tersebut, saya bergegas ke SK BBST untuk menghadiri Mesyuarat AJK MGB Daerah Sepang....
Mesyuarat AJK MGB Sepang kali ke-7
YDP (En. Yahaya) dan Bendahari (En. Pat Yoon) bersemangat dan khusyuk
 Saya (Setiausaha) di sebelah kak Zan (Timbalan YDP)
Barisan AJK MGB Sepang tekun bermesyuarat
   Antara perkara-perkara yang telah dirancang adalah;
1) Mesyuarat Agung MGB Sepang kali ke-18 di Concorde Inn, KLIA pada hujung bulan Mei 2011. Perasmi; mantan PPD Sepang - Tn. A. Rahman Hj. Ngit
2) Majlis "Sepetang Bersama PPD" apabila PPD baru dilantik nanti
3) Membeli baju batik (uniform MGB). Setiausaha akan mengeluarkan surat mohon semua Guru Besar membayar secara ansuran sebanyak 2 kali (April dan Mei 2011)
4) Lawatan pada bulan November 2011. Tempat akan diputuskan kemudian
5) Pertandingan boling tenpin di Alamanda, Putrajaya pada 4 Mei 2011. Bayaran RM40.00 setiap peserta
6) Semua ahli diminta menjelaskan yuran sebanyak RM50.00 kepada Bendahari selewat-lewatnya hujung bulan April 2011
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...