Wednesday, October 24, 2012

Penilaian PPDa 2012

Mengemudi persediaan sehingga ke detik penilaian pertandingan Bilik Sumber PPDa 2012 peringkat negeri Selangor pada 24.10.2012 merupakan kenangan dan sejarah manis yang takkan dilupakan. Meskipun sebelum ini, beberapa kejayaan telah dicapai oleh sekolah, penilaian kali ini agak istimewa dalam kalendar pengurusan sekolah. Buat guru-guru dan murid-murid yang menjadi sasaran para penilai, tahniah dan setingg-tinggi penghargaan buat kalian. Tak lupa tenaga penyokong di luar baik ibu bapa, PIBG dan masyarakat setempat. Syabas!
   Di akhir penilaian, semua tersenyum puas, ceria dan amat berpuas hati. Semoga ada rezeki kita untuk ke pusingan seterusnya.
   Jom ikuti persediaan terakhir dan aksi-aksi sebelum penilaian...
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 Bersama cikgu Farizul yang hadir serah tugas buat hari terakhir
 Dia datang....
Panel penilai serba oren
(Laporan penilaian selanjutnya boleh diikuti melalui blog PPDa SKKW di sini)

Tuesday, October 23, 2012

Cuti-cuti Bandung

Ternyata keputusan bersama teman-teman GB untuk bercuti di Bandung pada 19 - 22.10.2012 sangat berbaloi di tengah-tengah kesibukan melayan kerja yang tak pernah habis. Walaupun orang lain dah lama memijak bumi Bandung dan ada yang sampai berkali-kali, sekurang-kurangnya saya dapat juga berlibur di syurga shopping tersebut. Jom tengok ole-ole Bandung yang ada dalam kamera saya ni. 
 
  
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 
 
 
 
  
 

Monday, October 8, 2012

Anugerah PPDa 2011

Tahniah kepada guru-guru dan warga SK Kota Warisan kerana telah berjaya mendapat Tempat Ketiga dalam pertandingan Bilik Sumber PPDa 2011. Keringat kalian telah terbalas, semoga kita akan membaiki kedudukan tersebut dalam pertandingan tahun ini, Insya Allah.
Sebelum bertolak ke Kolej Matrikulasi Banting
Bersama piala dan sijil pencapaian yang dimenangi
Barisan penerima anugerah
 Exco MGB Selangor mendapat tempat Pertama, Kedua dan Ketiga Bilik Sumber
 Guru Besar yang ceria - syabas warga SKKW
Tahniah kak Milah - semoga berjaya di peringkat kebangsaan
(Laporan pemantauan 2011 klik di sini)

Wednesday, October 3, 2012

Pameran Pengantin

Sejak melihat Pameran Pengantin di PWTC Ahad lepas, fikiran mula merencana dengan serius persiapan perkahwinan Along Izzad. Kesibukan kerja kadang-kala menyebabkan hilang fokus, perbincangan berlangsung hangat hingga ketegangan mencuit rasa. Apapun, at least ada permulaan bagi sebuah senarai yang lebih panjang...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...