Friday, November 9, 2012

Hadiah dari Maha

Hari ini hari terakhir sekolah. Juga hari terakhir buat cikgu Mahalecthumy bersama guru-guru dan murid-murid SKKW. Sebagai tanda ingatan, Pn. Maha telah menghadiahkan saya sebuah beg berisi sesuatu. Sampai rumah, saya pun buka. Sama seperti hadiah-hadiah lain yang saya terima, hadiah yang ini sangat bernilai. Cuma ia agak menarik sedikit. Jom tengok...
 
 
 
 Amacam? Terima kasih, Maha
Pagi tadi serah cenderamata KGK buat Maha

Sunday, November 4, 2012

Program PIBG hujung tahun 2012

Memandangkan tinggal seminggu lagi nak cuti sekolah, program tak putus-putus. Semalam (3.11.2012 - Sabtu) ada program Ceramah Keibubapaan, hari ini pula (4.11.2012 - Ahad) Kejohanan Futsal dan Bola jaring . Kedua-duanya adalah anjuran PIBG SKKW dan Rukun Tetangga Megah Villa Apartment, Kota Warisan.
   Terima kasih kepada pihak penganjur terutama dalam menampung kos penganjuran melibatkan bayaran penceramah, jamuan dan hadiah pemenang. Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada peserta-peserta program serta para pemenang. Semoga bertemu lagi tahun depan untuk program-program kecemerlangan dan kemasyarakatan yang lebih berkesan.
Bersama banner dua program utama PIBG
Laporan lanjut kedua-dua program sila klik blog PIBG di sini dan blog SKKW di sini.

Saturday, November 3, 2012

Dinner SKKW 2012

Tahun ni sekali lagi Jamuan Akhir Tahun guru-guru dan staf SKKW diadakan di Cyberview Resort & Spa, Cyberjaya pada 2.11.2012 (Jumaat malam Sabtu). Tema tahun ini ialah etnik kreatif. Jom tengok saya bersama guru-guru dan staf sekolah melaram...
 
 
 
 
 En. Suami bersama YDP PIBG - En. Nor Aziz
 Ayu dan Alang
 Acik dan Along Ana
 Ucapan penghargaan buat semua
 Bersama PK Koku - Mimi dan PK HEM - Pn. Asnah
 Menerima hadah hari jadi dari Pn. Asnah
 
 Menyampaikan hadiah cabutan bertuah
 
 
 
 
 En. Suami menerima hadiah ahli keluarga paling ramai hadir
 Pemenang hadiah pakaian cantik - 1. Nor Mi Aw. Nik
 2. Azira
 3. Zanie
 4. Zahrulhuda
 5. Mariatul Kabtia
6. Mahalecthumy
7. Rosmawati 
 8. Rusnah
 9. Maz Azlee
10. Tak sangka terpilih juga 
 Cenderamata tunai untuk Farizul buat tambang berulang-alik Kelantan Selangor
 Kesemua 10 pemenang bergambar kenangan
 
 
 
Jumpa lagi tahun depan dengan tema yang lebih mengancam...

Friday, October 26, 2012

Solat sunat Aidiladha

Hari ini Hari Raya Aidiladha. Saya sekeluarga mengerjakan solat sunat Aidiladha di tingkat atas Surau Al-Hijrah Kota Warisan. Memang bangga sangat dengan surau merangkap masjid kesayangan kami ini - berdiri megah, hebat dan tersangatlah cantik binaannya. Sebahagian besar kos pembinaannya adalah hasil sumbangan orang ramai. Selamat Hari Raya Haji buat semua, maaf zahir batin.
 Ayu & Alang
Jumpa Yan dan anak-anak
Pemandangan menarik di pagi raya
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...