Monday, December 16, 2013

Jejak Kasih

Sebagai mengisi peluang bercuti, saya telah melaksanakan misi menjejak kasih teman-teman lama. Meski pertemuan hanya seketika, sangat besar maknanya buat diri ini dalam menyemai semula kenangan lalu sambil menghilangkan rindu..
1. Bertemu Wan Fauzilah (teman Form 6 SMC 1981) di Mahkota Parade, Melaka pada 13.12.2013

2. Bertemu Zainab (teman UPSI 2007) di Tg. Bidara, Melaka pada 14.12.2013

3. Bertemu Asnah (teman Form 6 SMC 1981) di Jaya Jusco, Seremban pada 15.12.2013
Nah berkenankan beg saya - itu namanya "chemistry"

Sunday, December 15, 2013

Cuti-cuti balik kampung

Walaupun saya lahir di Kuala Lipis, Pahang tapi kampung saya di Melaka. Emak saya di Kesang Tua, Jasin dan adik-beradik, kaum kerabat boleh dikatakan semuanya orang Melaka. So, kira saya ni orang Melakalah. 
   Selaku Guru Besar, saya tidak dapat cuti automatik sebagaimana guru-guru biasa yang lain dalam masa cuti sekolah ini. Kami Pengetua dan Guru Besar kena mohon cuti tahunan. Untuk itu, saya telah merancang untuk bercuti selama seminggu mulai 12 - 18.12.2013. Mengisi tempoh cuti tersebut, saya mengajak Acik dan Edy balik kampung...
   Bersama adik Ita dan adik Ella melawat adik Jaja masuk wad Hospital Pantai
 Petik rambutan nenek
 Bawa mak lawat Jaja
 Mat Oren
 Kat kedai Mydin baharu di Jasin
 Macam acara wajib Acik & Edy - kena main bowling di Ayer Keroh
 Main ping-pong pulak
 Makan pizza hut Mak Lang belanja
 Dengan nenek rasmi kedai baru saudara di Kesang
 Menu : roti canai & burger
 Ada wifi free lagi
 Jumpa Along di kampung
 Masa balik singgah Hentian Sebelah
Singgah Jaya Jusco Seremban jumpa Nah

Thursday, December 12, 2013

Bondaku Ariyah

Mengambil peluang cuti tahunan selama seminggu, saya telah pulang ke kampung di Kesang Jaya, Jasin bersama Acik dan Edy. Seronok dapat menemani emak yang kian uzur akibat lelah sambil membawa emak menziarahi adik-beradik dan saudara-mara. Semoga emak diberi kesihatan yang berterusan...
 Bersama emak di rumah Cu Semabok

Saturday, December 7, 2013

Walimah anak Kak Milah

Hari ini giliran kak Jamilah Abd. Rahman (GB SK Taman Bukit Indah, Gombak) pula menerima menantu. Majlis diadakan di lereng bukit Tiara Heights yang tersergam indah itu. Memang cantik pemandangan daripada kejauhan. Tambahan dikelilingi rumah-rumah yang elit lagi eksklusif. Tahniah kak Milah!
 Bersama kak Milah
 She's Next - Ayu
 
Menarik idea bahan-bahan fotografi ini

Thursday, December 5, 2013

Pencetus Ummah

Kalau nak dikatakan hadiah hari jadi, ya juga kot. Saya merasa sangat bertuah bila ditawarkan oleh kakak ipar yang bertugas di Astro pass untuk menjadi penonton program paling hot ketika ini iaitu Pencetus Ummah episod ke-3. Bestlah sangat - pengalaman manis lagi berharga. Yang lagi best tatkala rakan-rakan seluruh negara menghubungi saya apabila wajah saya muncul di kaca televisyen. Glamor U!!
 
 Bersama suami dan Angah
 Awal sampai
 Petugas Astro sedang sibuk membuat persiapan terakhir
 
 Pas untuk hari ini je
 Penonton sebelah kerusi
 Sikit lagi nak mula
 Sebenarnya kecil je auditoriumnya
 Para murabbi dan juri duduk kat belakang
 Dah selesai, ambil peluang bersama Kak Ngah, Angah bergambar dengan Imam Muda
 
 Sesi fotografi di sana-sini
Kak Bed nak pinjam tudung saya minggu depan ~ ada-ada je gurau-sendanya
Program PU memang best - 5 bintang!!

Wan berhijrah sekolah

Kenangan bersama Wan Nor Fadriah - teman yang akan bertukar ke SK Datuk Abu Bakar Baginda, Sepang. Selamat Berhijrah, kita masih satu daerah..
 Empat serangkai teman sejati

Hadiah hari jadi

Hadiah hari jadi paling special tahun ini...
 
 
 
 
Thank you Ayu

Wednesday, December 4, 2013

My birthday cake

Lain macam birthday saya tahun ini. Actually esok tarikhnya, tapi semalam wall facebook saya dah mula dihujani dengan ucapan dan wish birthday yang bertalu-talu. Alhamdulillah itu tandanya saya banyak peminat (a.k.a pengikut?). Agaknya kalau saya friend dengan anak-anak murid, lagi lebat wall saya (hmmm perasan). Apapun terima kasih buat semua teman yang telah memberikan ucapan Selamat Hari Lahir awal buat saya. Kepada beberapa orang teman yang bertanya tu, sememangnya hari jadi saya belum sampai lagi. Barangkali kawan-kawan dan guru-guru ni tak ada kerja dalam masa cuti sekolah ni hehe..
   Terima kasih buat staf-staf sokongan saya yang bersama-sama saya bekerja dalam masa cuti ni kerana mengejutkan saya dengan kek hari jadi yang sangat awesome lagi sedap sebentar tadi....
 Awal sehari tau...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...