Tuesday, June 20, 2017

Anugerah Kepimpinan Pengurusan PPDa Terbaik Negeri Selangor 2016 / 2017

Alhamdulilah syukur ke hadrat Illahi atas kurniaanNya yang tak terkira buat diri ini. Hari ini saya telah naik ke pentas MSU menerima Anugerah Kepimpinan Pengurusan PPDa Terbaik Negeri Selangor. Terima kasih buat pihak JPN Selangor atas penghargaan ini. Terima kasih juga buat para guru, staf dan murid-murid serta PIBG, ibu bapa, komuniti setempat dan pihak-pihak yang banyak membantu saya dan sekolah dalam melaksanakan pengurusan pembangunan PPDa khususnya pihak AADK Daerah Sepang dan Negeri Selangor.
   Semoga perjuangan membanteras dadah dan DARVIH akan memberikan impak yang mendalam buat anak-anak kita selaku pewaris kepimpinan negara masa depan. Semoga setiakawan kita akan berlanjutan demi sebuah Generasi Bebas DARVIH yang kita hasratkan..

















Lagi laporan dalam blog sekolah di sini.

Thursday, May 4, 2017

Konvensyen MGB Selangor

Konvensyen MGB Negeri Selangor kali ke-6 dan Mesyuarat Agung Perwakilan MGB Selangor ke-22 tahun 2017 telah diadakan pada 2 - 4 Mei 2017 di Hotel New York, Johor Bahru. Ramailah kawan-kawan lama dan baru bertemu semula. Tahniah buat MGB Selangor atas penganjuran majlis yang yang sangat gemilang....














Wednesday, April 12, 2017

Terima APC

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurniaNya maka tahun ini saya telah tersenarai sebagai salah seorang daripada penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2016 yang diadakan di JPN Selangor. Sesungguhnya anugerah ini amat besar maknanya buat seorang penjawat awam seperti saya.
   Terima kasih banyak buat Tuan PPD Sepang; Tn. Hj. Khairi b. Bidin serta pegawai-pegawai PPD yang telah memberi kepercayaan kepada saya untuk menerima penghargaan ini. Semoga anugerah ini akan dapat menyuntik semangat dan motivasi buat saya untuk mencurahkan khidmat bakti yang lebih cemerlang pada masa depan.
  Tidak lupa sedalam-dalam terima kasih juga buat guru-guru serta staf yang saya sayangi. Saya beruntung kerana mendapat anak buah yang rajin, tekun dan sangat berpotensi dalam pelbagai bidang sehingga melonjakkan diri saya dan sekolah ke kedudukan yang cemerlang. Semoga kita akan terus bersatu hati tanpa jemu, saling hormat menghormati dan berusaha dengan gigih bagi melaksanakan segala tugasan dan tanggungjawab yang diberi agar mencapai matlamat dan KPI yang telah ditetapkan.
   Buat anak-anak murid cikgu, teruskan mencipta kejayaan demi masa depan diri dan sekolah yang kita sayangi. APC ini cikgu dedikasikan buat anak-anak murid SKTPP yang cikgu kasihi sekalian. Semoga kita akan bersama-sama mendaki kegemilangan yang kita impikan..
Terima kasih semua..










Saturday, March 4, 2017

Persidangan Pendidikan GB Sepang

Persidangan Pendidikan Guru-Guru Besar dan Mesyuarat Agung Tahunan Majlis Guru Besar (MGB) Daerah Sepang telah diadakan di Langkawi pada 28 Februari 2017 - 3 Mac 2017. Semoga program tahunan ini dapat memberi ruang kepada para pemimpin sekolah-sekolah SK, SJKC dan SJKT seluruh daerah Sepang bertukar- tukar fikiran hasil atur cara program yang disusun rapi. Terima kasih dan tahniah buat para AJK MGB Sepang atas usaha yang dilakukan. Terima kasih juga buat PPD Sepang atas restu yang diberi...







Mengabadi kenangan di De Baron Resort yang cantik



Lawatan penanda arasan di SK Seri Negeri


Lawatan ke SJK (C) Chung Hwa

Ceramah Pentadbiran ICT

Ceramah First Aid

Friday, January 6, 2017

Ikon Inspirasi Kepimpinan PPD

Salam. Maaf lama tak bersiaran. Sibuk mengemaskini blog sekolah dan sub-subnya yang berderet tu. Hari ini saya nak berkongsi pencapaian yang saya terima iaitu "Ikon Inspirasi Kepimpinan Sekolah". Anugerah ini diterima semasa Perhimpunan Bulanan PPD Sepang bagi bulan November dan Disember hari ini.
   Terima kasih banyak buat PPD. Tahniah buat guru-guru dan warga SKTPP yang komited sehingga membolehkan saya dipilih sebagai penerima pertama ikon tersebut. Semoga anugerah ini dapat menyuntik semangat yang lebih kental buat saya berbakti dan memimpin dengan ikhlas dan cemerlang. Komitmen terhadap PPDa diharap akan terus menjadi minat dan prioriti saya. Demi generasi masa depan yang lebih gemilang...











Monday, September 5, 2016

Masuk MHI Lagi

Tuah badan. Hari ini SKTPP masuk Malaysia Hari Ini (MHI) TV3 lagi. Kali ini berkaitan persediaan menghadapi UPSR. Bilik Sumber PPDa turut ikut menyelit. (Siaran MHI yang lalu sila klik di sini)
Jom tonton siarannya...




Monday, July 4, 2016

Salam Aidilfitri

Dari hati yang suci, saya ingin menyusun jari sepuluh mohon diampun segala dosa dan keterlanjuran sepanjang klita berkembara di dunia maya ini. Maaf zahir dan batin, Selamat Hari Raya Aidilfitri..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...