Sunday, March 17, 2019

Menunaikan Umrah

Alhamdulillah syukur kerana saya dan keluarga telah diberi hidayah dan dipilih oleh Allah SWT untuk menunaikan umrah pada 5 - 16 Mac 2019. Saya mengerjakan umrah bersama suami dan 3 orang anak; Alang Rose Emilda, Acik Rohisyam dan Edy Rozaidi. Kami bertolak dari KLIA ke Madinah dan setelah 5 hari berada di Madinah, kami berangkat ke Mekah.
   Syukur ya Allah atas segala kemudahan buat kami beribadah dan mengerjakan umrah dengan lancar dan selesa. Semoga kami dikurniakan umrah yang mabrur & makbul, diterima & diberikan pahala oleh Allah SWT. Aamiinn..






























Thursday, March 7, 2019

Tahniah SKTPP : Johan APPSC Negeri Selangor 2018

Ketika berada di Madinah, saya menerima berita gembira dari tanahair...
Syukur alhamdulillah atas kejayaan yang dianugerahkan ini. Allahuakbar... Terima kasih ya Allah. Tahniah buat semua guru, murid, staf, PIBG, ibu bapa dan seluruh warga SKTPP atas kejayaan selaku Johan Anugerah Pengurusan Pusat Sumber Cemerlang (APPSC) Negeri Selangor 2018. Anugerah telah diserahkan kepada PK 1; Pn. Azizah binti Mokhlas dan Guru Perpustakaan & Media; Pn. Arnny Yusnita binti Md. Enarji.
Doaku di bumi Madinah penuh barokah ini agar dipermudahkan urusan kami untuk bertanding di peringkat kebangsaan pada bulan Julai 2019 nanti.. Aamiin..









Sunday, March 3, 2019

Live Interview @ SPM TV1 : Hari Nilam Selangor (HaNIS)

Promosi Hari Nilam Selangor (HaNIS) Peringkat Daerah Sepang disiarkan dalam siaran Selamat Pagi Malaysia TV1. Jom tengok temubual live pengacara cantik SPM bersama saya...


Monday, December 17, 2018

Percutian di New Zealand

Alhamdulillah dapat menikmati keindahan ciptaan Allah Yang Maha Kuasa semasa percutian di New Zealand : pemandangan yang menakjubkan dengan kecantikan bunga-bunga flora yang mengasyikkan...














Wednesday, December 5, 2018

Happy Birthday To Me..

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah SWT atas usia yang dipinjamkan. Semoga diberkati sepanjang hayatku. Terima kasih buat seluruh keluarga, rakan taulan yang mendoakan dan meraikan hari bersejarahku ini. Semoga kita semua dalam lindungan rahmatNya..




Thursday, September 6, 2018

Di Konti Selangor FM - Memori Manis & Bersejarah

Pengalaman manis ditemubual dj Shela di konti Selangor FM, Angkasapuri penuh sejarah dan mengujakan.... Slot Aspirasi Negeriku : Melentur Buluh Biarlah Dari Rebung - Program Pendidikan Pencegahan Dadah di Peringkat Sekolah bersama Timbalan Pengarah (Pencegahan) AADK Negeri Selangor; Pn. Siti Azura Mohd. Saad. Terima kasih buat Pn. Farrah Fadhia, mantan Ketua AADK Daerah Sepang yang mengundang saya. Terima kasih juga buat En. Mohd Idrus Arifin dan Tn. Hj. Mohd Ghazali Hj. Anuar; pegawai-pegawai PPDa JPS yang sangat menyokong. Semoga akan bertambah rancak, meluas dan bertenaga program-program PPDa dilaksanakan di sekolah-sekolah seluruh negeri dan negara demi melahirkan generasi bebas dadah. Mohon maaf jika ada kekurangan di pihak saya...

Jom bersiaran...

Sampai di Angkasapuri

Bersama penerbit; Ida

Bersama dj Selangor FM; Shela

Bersama rakan tetamu Pn. Siti Azura

Selfie


Di konti... on air

Selesai temubual... selfie bersama


Kami Benci Dadah



Terima kasih AADK
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...