Friday, June 25, 2010

Khidmat CSR Petronas

Hasil cadangan ustaz Irwan; salah seorang AJK PIBG, SKKW telah dipilih oleh Petronas Dagangan Berhad untuk projek CSR (Corporate Social Responsibilty) mereka. SKKW merasa sangat bertuah dan amat berterima kasih atas pemilihan tersebut.
   Perbincangan di antara pihak sekolah dengan Petronas Dagangan Berhad (PDB) telah bermula seawal bulan Februari 2010 lagi. Mengikut perancangan, PDB akan menyumbang beberapa program dan bahan untuk murid-murid dan warga sekolah ini. Antara lain;
1. Mengadakan dan menaja program motivasi untuk semua murid Tahun 6 selama 2 hari pada 26 dan 27 Jun 2010
2. Menyumbang buku-buku bacaan dan mewujudkan Perpustakaan Mini di  PSS
3. Menaja lawatan 1 bas murid Tahun 6 ke KLIA pada 1 Julai 2010
   Hari ini, pihak PDB telah datang ke sekolah mengadakan taklimat ringkas pada sebelah pagi dengan pihak pentadbir dan guru-guru Tahun 6 sebagai persediaan mengadakan program Motivasi esok. Pada sebelah petangnya, mereka telah membuat persiapan intensif dari segi tempat, peralatan LDK, banner dan sebagainya. 
   Lebih 20 orang tenaga fasilitator akan berkampung di sekolah selama 2 hari tersebut. Mereka terdiri daripada pegawai-pegawai PDB dari seluruh negara termasuk KLCC K.Lumpur, P.Pinang, Pahang, Johor, Sabah dan Sarawak. Wow jauh tu - terasa istimewa betul kami ni. Bahkan mereka bertugas di pelbagai unit - pemasaran, kewangan, IT dll. Pihak sekolah ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak PDB kerana sudi memberi sumbangan dan menjalankan khidmat sosial di sekolah kami. Hanya Allah jua yang akan membalas budi baik tuan/puan itu. 
 Mini library Petronas dalam pembikinan
Tak sangka dapat sumbangan komputer juga dari PDB
Pc untuk kegunaan PSS. Terima kasih!
Kotak-kotak komputer dan sebahagian buku PSS
Bilik Muzik jadi port fasilitator PDB menyediakan bahan-bahan kem motivasi esok
Ceria
 Bekerjasama
 Bersama 'penghulu' fasi - En. M.Khir bin  Amir Hamzah
Bergambar kenangan dengan tenaga penggerak program
Kerja-kerja menggantung banner

   Program ini akan turut dibantu oleh guru-guru Tahun 6 pada 2 hari tersebut. Insya Allah saya akan merasmikan acara pembukaan esok dan YDP PIBG akan hadir untuk upacara penutup pada hari Ahad bersama pegawai-pegawai atasan dari Petronas Dagangan Berhad. Saya mohon maaf tak dapat turut serta pada hari Ahad kerana perlu ke Ipoh...... Saya harap GPK dan guru-guru dapat memastikan segala-galanya berjalan lancar.

Hari Guru Daerah Sepang

Semalam telah diadakan Majlis Sambutan Hari Guru Daerah Sepang di Sekolah Seri Puteri (SSP). Kali ini berbeza sikit dari segi kedudukan. Guru-Guru Besar dan YDP PIBG diletakkan di meja yang sama dengan  guru sekolah masing-masing. (Tak dapatlah nak sembang dengan member-member GB yang lain). 
   Majlis telah dirasmikan oleh YB Dato' Dr. Hj. Karim bin Mansor, ADUN Tanjung Sepat. Majlis hi tea  ini telah menyaksikan pelbagai persembahan serta penyampaian hadiah dan anugerah kepada warga guru daerah Sepang. Kemuncak adalah penyampaian Anugerah Tokoh Guru Daerah Sepang 2010. Tn. Hj. Hisamuddin bin Hj. Husnin (mantan Pengetua SMK BBST) dan En. Avadiar a/l Paraman (mantan Guru Besar SJKT BBST) telah dinobatkan sebagai Tokoh Guru tahun ini. Setinggi-tinggi penghargaan buat mereka berdua dan semua yang telah mengungguli kecemerlangan pendidikan daerah Sepang. Syabas jua kepada semua AJK Sambutan Hari Guru Daerah Sepang tahun ini. "Guru Pembina Negara Bangsa".
SKKW meja no. 20
 VIP yang hadir : Tn. Hj. Azizan Sidin YDP Majlis Perbandaran Sepang,  Tn. Hj. A. Rahman Hj. Ngit PPD Sepang, Dato' Dr. Hj. Karim Mansor ADUN Kaw. Tg. Sepat, En. Amin Ahya Pegawai Daerah Sepang dan En. Mohd. Amin Sulaiman Timbalan PPD Sepang
 Dipanggil duduk kat meja VIP2 mewakili Pengerusi MGB yang tak dapat hadir
Rakan semeja : Tn. Hj. Muskamal Pengerusi PKPSM dan pegawai-pegawai PPD - Hj. Mutalib dan En. Zuhaimi
Persembahan tarian murid-murid SK Pulau Meranti - Johan Kebangsaan 2X berturut-turut. Syabas!
Ucapan perasmian YB Dato' Dr. Hj. Karim Mansor
 Persembahan koir guru-guru Sekolah Seri Puteri
 Sama-sama menyanyi lagu Guru Malaysia
Bacaan Ikrar Guru diketuai oleh En. Awaluddin
GB SK Dengkil; Wan menerima anugerah Pencapaian Kualiti UPSR 2009. Tahniah!
Persembahan angklung dan gamelan SSP
Dikir Barat SSP yang sangat menghiburkan
Perarakan masuk Tokoh-Tokoh Guru
Tokoh Guru 1 : Tn. Hj. Hisamuddin bin Hj. Husnin
Tokoh Guru 2 : En. Avadiar a/l Paraman
Tn. Hj. Hisamuddin menerima anugerah daripada YB. Dato Dr. Hj. Karim
Mr. Aviadar terkenal periang
 VIP bergambar bersama Tokoh-Tokoh Guru Daerah Sepang 2010
Bersama Ziela; wartawan akhbar Sinar Harian
Gembira jumpa Siti Hanim; GPK HEM sekolah lama saya (SJS2 - 2001). Kini PK Petang SK Taman Putra Perdana
Bersama Zahari; pegawai PPD Sepang Unit Sekolah Rendah. Member lama masa di SK LKTP Jengka 23 (1986)
Tumpang pegang hadiah Wan. Jadi le

Sunday, June 20, 2010

Jom ke sekolah

Esok sekolah akan dibuka semula. Jangan lupa bangun pagi esok. Baju sekolah dah siap? Buku-buku dah susun? Harap semuanya beres. Mesti ramai yang teruja nak pi sekolah esok. Nak jumpa kawan, cikgu dan Guru Besar hehe..... Mesti ada kawan baru, cikgu baru. Malam ni tidur awal, jangan berjaga lagi. Walaupun macam payah je musim-musim demam bola ni kan. Okay see you tomorrow.
 

Wednesday, June 16, 2010

Malisha tempat ke-5

Ingat lagi tak anak murid saya; Malisha Nur Kamaliah binti Mustaffa Kamal yang mewakili Selangor ke MSSM pada bulan Mei yang lalu? Ceritanya klik di sini. Sebenarnya ibu Malisha dah lama bagi saya beberapa keping gambar penyertaan Malisha dalam kejohanan kebangsaan tersebut sebagaimana yang saya minta. Cuma saya tak berkesempatan nak scan dan kongsikan bersama di blog ini. Hari ni barulah ada masa.
   Untuk pengetahuan semua, Malisha bukan sahaja bertanding untuk acara Lompat Jauh P12 bahkan mewakili negeri dalam acara 4 X 200 meter P12. Lebih membanggakan lagi, dalam kedua-dua acara tersebut, Malisha mendapat tempat ke-5. Tahniah dan setingi-tinggi penghargaan buat Malisha. Kejayaan yang sangat cemerlang bagi beliau dan sekolah ini!
   Setelah kembali ke sekolah, kini Malisha bersama murid-murid Tahun 6 yang lain sedang bertungkus-lumus bersedia untuk menduduki UPSR yang akan berlangsung pada bulan September nanti. Semoga Malisha berjaya mengharumkan nama sekolah dan keluarganya sepertimana yang dilakukan dalam bidang sukan yang diminatinya itu. Insya Allah dengan kejayaan dalam bidang akademik ditambah pencapaian kokurikulum hebatnya itu, Malisha akan dapat menempatkan dirinya di mana-mana sekolah ternama kelak. Kita doakan bersama-sama.
Malisha (kanan) bersama Ain (Hulu Langat); rakan sepasukan 4X200m P12 bersiap dari Hotel New York, Johor Bharu ke Stadium Larkin
Bersedia untuk lompat jauh P12. Mendapat tempat ke-5 daripada 14 negeri
Bersedia untuk acara akhir 4 X 200m P12. Malisha lane 1. Dapat tempat ke-5 daripada 12 negeri

Tuesday, June 15, 2010

Akur

Tak tahu selama mana dan berapa lama lagi saya akan berada di kerusi ini??? Saya akur......

Sunday, June 13, 2010

Bercuti di PD

Cuti sekolah dah seminggu, baru dapat peluang bercuti bersama keluarga. Kami ke Tiara Beach Resort, Port Dickson. Singgah jap kat Pedas rumah adik ipar; Ella yang dah bersalin 2 bulan lepas. Tahniah dapat anak yang ke-5. Diam-diam rupanya Ella ni peminat blog saya dan Ayu. Thank U Ella. 
   Kami pergi dengan menaiki 2 buah kereta. Saya, suami dan Edy sekereta. Along, Angah (Ayu), Alang dan Acik naik kereta MyVi Along.
Alang Rose Emilda
Angah Rose Idayu
Acik Rohisyam
Along Rohaizzad
Nak turun mandi. Acik dan Edy dah turun dulu
Tunggu lif
Masuk kolam
Jumpa anak murid - Irfan
Kakak Irfan - Afrina dan adiknya
Bersama emak Irfan - Pn. Zurin
Tengok magic show jap
Badut kaki panjang
Edy dan Acik
Saksikan aksi-aksi mereka......
Jadi camerawoman aje
Kenangan bersama keluarga Irfan dan Afrina
 Air terjun yang indah
Ramainya orang
Edy demam sebenarnya tapi gagah juga
 Nak balik dah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...