Selamat Hari Guru kepada seluruh warga pendidik di Malaysia.
Berguru Demi Ilmu
Bina Generasi Baharu
Terima kasih cikgu...
Selamat Hari Guru kepada seluruh warga pendidik di Malaysia.
Berguru Demi Ilmu
Bina Generasi Baharu
Terima kasih cikgu...
Alhamdulillah syukur kehadrat Allah swt.. hari ini 1 April 2021 genaplah 20 tahun saya menjawat jawatan Guru Besar. Terima kasih Zaki atas pimpinan doa selamat sempena ulangtahun ini. Semoga dipermudahkan segala urusan dan dikurniakan kesihatan untuk saya meneruskan perkhidmatan bersama warga sekolah yang dikasihi...
Selasa (2.3.2021) PPD memaklumkan tentang pencalonan ini, Jumaat dah kena hantar... Dalam kesuntukan masa, kesibukan pembukaan sekolah dan masalah penyuraian murid yang sedang hangat, alhamdulillah anak-anak buah gigih membantu siang dan malam. Terima kasih banyak buat Syahirah, Azwane, Arnny, Nurul, Wan Faizol serta guru-guru lain yang telah menghasilkan dokumentasi awesome ini. Doakan ada rezeki kami.. Insyaa Allah..
Selamat Kembali Ke Sekolah buat semua anak murid.. Semoga dipermudahkan urusan kita semua hendaknya. Insyaa Allah... aamiin..
Rakaman kenangan bersama sebahagian anugerah dan sijil penghargaan yang saya terima sepanjang menjadi Guru Besar di SK Taman Putra Perdana, Sepang. Syukur alhamdulillah atas kurniaan Allah Yang Maha Esa ini. Semoga saya akan terus bersemangat dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diberi. Amanah ini hadir bersama keikhlasan, lantas segala kejayaan amat disyukuri. Semoga memberi inspirasi kepada anak-anak buah saya agar sentiasa menjalankan tugas dengan penuh dedikasi. Kemenjadian murid teras kerjaya kita. Usaha tanpa jemu, tawakkal dan sabar sebagai bekalan.
Kolokium Kepimpinan Pendidikan Majlis Guru Besar Selangor, Mesyuarat Agung Perwakilan Kali Ke-26 dan Majlis Apresiasi Guru Besar Selangor telah diadakan di Institut Aminuddin Baki Cawangan Genting Highlands pada 8 hingga 10 September 2020.
Saya dan rakan-rakan mengambil peluang ini dengan bergambar merakam kenangan di sekitar IAB...
Pada hari ke-3 (10 September 2020), saya selaku salah seorang ahli panel telah membentangkan Best Practices bertajuk Kebitaraan PPDa, kriket & Pusat Sumber Sekolah (PSS).
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada pihak MGB Selangor, MGB Sepang, JPN Selangor dan PPD Sepang atas penghargaan yang diberi. Terima kasih banyak buat seluruh warga SKTPP; guru-guru, anak-anak murid, ibu bapa, PIBG serta masyarakat setempat atas sokongan serta kerjasama mantap kepada kami selama ini. Didoakan agar SKTPP akan terus maju jaya dan sukses pada masa depan...