Saturday, September 26, 2009
Friday, September 18, 2009
Pemantauan Calon Guru Cemerlang
Dalam sibuk mood raya, nak cerita sikit pasal perkembangan cikgu kat SKKW. Masa ni sekolah sudah ada 2 orang Guru Cemerlang; Mohd Fakhruddin Mohd Yusoff (Sains) dan Azira Ibrahim (Kajian Tempatan). 4 orang calon guru cemerlang telah dihubungi oleh Nazir dan Guru Cemerlang senior untuk dipantau naik cuti raya nanti. Mereka adalah:
1) Farahdiba Abdul Hamid (Prasekolah) pada 1.10.2009, dan
2) Nordiana Mohd Mohayaddin (B.Melayu) pada 2.10.2009
3) Farizul Karimi Ibrahim (Muzik) pada 2.10.2009
4) Aida Abdullah (Pendidikan Islam) pada 8.10.2009 - terkini
Saya doakan mereka dapat memberi yang terbaik semasa pemantauan tersebut. Semoga mereka berjaya dinobatkan sebagai Guru Cemerlang yang sekaligus akan memantapkan pendidikan di sekolah ini.

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1430H
Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin buat semua kenalan dan saudara mara jauh dan dekat. Mohon diampunkan segala dosa dan kesalahan. Ada masa, jemputlah datang ke rumah saya di Kota Warisan. Semoga kita berjumpa lagi di Ramadan dan Syawal tahun depan.....
Sunday, September 13, 2009
Ayah dalam kenangan
UPSR dah selesai, tak lama lagi Hari Raya Aidilfitri akan menjelma. Semua momentum dah ke arah menyambut perayaan tersebut. Tahun ni giliran beraya pertama di kampung saya di Melaka. Raya keempat baru kami beraya di Pahang pulak. Tahun ini juga, pertama kali kami beraya tanpa ayah. Alangkah sayunya hati. Arwah telah meninggalkan kami pada 17 Februari 2009 yang lalu. Kami 9 beradik bersama emak akan bersama-sama ke pusara ayah pada pagi raya nanti. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya. Hanya gambar yang tinggal menggamit kenangan bersama ayah.......
"Mohd Isa (adik-beradik kami yang ke-4), di manakah dikau?? Semoga bertemu di hari raya."
"Mohd Isa (adik-beradik kami yang ke-4), di manakah dikau?? Semoga bertemu di hari raya."
Monday, September 7, 2009
UPSR
Selamat menduduki UPSR kepada semua murid Tahun 6 SKKW. Tips menghadapi UPSR di bulan Ramadan :
1. Bangun tidur awal 30 minit sebelum imsak atau lebih awal (bersih diri, ambil peluang lakukan solat sunat hajat)
2. Melewatkan bersahur : ketika bersahur makan seperti biasa, utamakan mengambil makan berkhasiat, jangan lupa makan kurma dulu sebelum makan nasi. Jangan tidur lepas bersahur
3. Solat Fardu Subuh, berdoa. Jangan tidur lepas solat
4. Baca Al Quran mengikut kadar yang sesuai.
5. Ambil peluang buat ulangkaji secara; melihat-lihat sambil lalu, santai, lihat gambarajah, kata kunci, peta minda, rumus dan tips pesanan guru
6. Bersiap untuk ke sekolah. Pastikan kelengkapan peperiksaan telah dibawa
7. Mohon restu ibu bapa
8. Baca doa keluar rumah. Ke sekolah jangan terlalu awal dan terlalu lewat - ikut nasihat guru
9. Sampai sekolah tak perlu berbincang, perlu bertenang, banyakkan berdoa / selawat
10. Elakkan bergurau / bercakap yang tidak berkaitan
11. Sentiasa memberi perhatian arahan guru
12. Ikut aktiviti yang telah disusun oleh guru, duduk baca doa
13. Isikan masa terluang dengan mengimbas, melihat, menyemak nota (jika ada)
14. Letakkan nota / bahan yang dibawa di tempat yang sesuai
15. Teruskan bertenang
16. Beratur di luar dewan setelah diarahkan
17. Bertawakkal dengan bersungguh-sungguh kepada ALLAH
18. Bisikkan kepada diri, "Insya Allah aku akan dapat menjawab soalan dengan baik dan mengikut kehendak soalan"
19. Melangkah masuk ke dewan peperiksaan didahului kaki kanan dan penuh tenang..............

Sunday, September 6, 2009
Sakit di mata, sakit lagi di hati
Petang tadi, semasa saya nak ke Bazar Ramadan Kota Warisan, tiba-tiba mata saya terpandang sesuatu yang sangat mencurigakan di luar pagar sekolah. Saya hampiri dan turun dari kereta. Ada suatu garisan putih di papan tanda SKKW. Apa itu ya? Saya cuba kesat, manalah tau bekas-bekas asap bunga api budak-budak. Tapi....... aduh, tak boleh hilang. Rupa-rupanya kesan cat yang disembur secara melintang oleh orang yang tidak bertanggungjawab. Siapalah yang punya angkara ini? Kalau dapat kutangkaplah samseng yang buat kerja ni, mau aje kulaporkan ke balai polis.
Friday, September 4, 2009
Program Help Desk UPSR
Dalam mesyuarat AJK PIBG ke-5 pada 14 Ogos 2009 yang lalu, YDP PIBG sekolah saya telah mencadangkan diadakan program yang diberi nama "Program Help Desk UPSR". Ianya merupakan seakan-akan sistem Kaunter Pertanyaan di mana guru-guru Tahun 6 secara bergilir-gilir membuka kaunter selepas waktu persekolahan menjelang UPSR bagi membolehkan murid-murid yang menghadapi masalah pembelajaran untuk datang ke sekolah bertanya dan mendapatkan khidmat nasihat guru yang bertugas.
Program ini hanya dapat dijalankan selepas cuti persekolahan yang lepas iaitu pada 1 hingga 4 September 2009. Kaunter tersebut telah dibuka di dewan terbuka sekolah. Sambutan tidaklah begitu menggalakkan, setiap hari adalah sekitar 10 orang yang hadir bertemu dengan 2 orang guru bertugas berkenaan. Inilah yang dinamakan program inovasi selain program rutin yang tetap dijalankan seperti Majlis Restu Ilmu, Solat Hajat dan Bacaan Yaasin II serta Ceramah Motivasi yang telah diadakan pada sebelah pagi 4 September 2009..... Syabas kepada guru-guru dan murid-murid yang telah memberikan kerjasama.
Cikgu Fakhrudin sedang melayan murid-muridnya. Cikgu Siti Aminah belum sampai lagi masa tu.

Thursday, September 3, 2009
Persediaan Dewan UPSR
Minggu depan 8 - 10 September 2009, UPSR akan dijalankan. Dewan peperiksaan telah disusun. Cikgu doakan agar semua murid dapat menjawab setiap soalan dengan tenang. Semoga kejayaan cemerlang akan mengiringi usaha putera puteriku selama ini. Tahniah juga kepada semua guru yang telah mendidik dan mencurahkan ilmu dengan penuh tanggungjawab dan keikhlasan. Berdoa dan bertawakkallah kita kepadaNya.
Staf Sokongan SKKW
Nak kenal staf-staf sokongan SKKW? Inilah dia wajah-wajah staf saya yang cantik bergaya, sentiasa ceria, asyik gelak ketawa dan rajin bekerja.
Kelas Prasekolah baru
Tadi masa nak pergi mesyuarat di PPD, jumpa En. Rodzi. Dia kata sekolah saya termasuk dalam program peluasan prasekolah 2010. Maknanya sekolah saya akan dapat sebuah lagi kelas prasekolah. Sekolah saya dah ada 3 buah kelas. Kalau dapat sebuah lagi, akan jadi 4. Bagus juga, tak perlulah kami berjawab-jawab dengan ibu bapa yang merayu nak juga masuk kelas pra bila kita menolak. Dulu memang saya ada suarakan kepada PPD tentang masalah ini. Alhamdulillah, harap masalah ini dapat diselesaikan. Kat taman perumahan ni memang penduduknya muda-muda dan produktif, ramai anak kecil. Tak ada masalah nak dapatkan murid pra. Tapi termasuk murid 5 tahunlah! Terima kasih kepada KPM kerana memilih SKKW untuk program peluasan tersebut.
Subscribe to:
Posts (Atom)