Friday, September 4, 2009

Program Help Desk UPSR

Dalam mesyuarat AJK PIBG ke-5 pada 14 Ogos 2009 yang lalu, YDP PIBG sekolah saya telah mencadangkan diadakan program yang diberi nama "Program Help Desk UPSR". Ianya merupakan seakan-akan sistem Kaunter Pertanyaan di mana guru-guru Tahun 6 secara bergilir-gilir membuka kaunter selepas waktu persekolahan menjelang UPSR bagi membolehkan murid-murid yang menghadapi masalah pembelajaran untuk datang ke sekolah bertanya dan mendapatkan khidmat nasihat guru yang bertugas.
Program ini hanya dapat dijalankan selepas cuti persekolahan yang lepas iaitu pada 1 hingga 4 September 2009. Kaunter tersebut telah dibuka di dewan terbuka sekolah. Sambutan tidaklah begitu menggalakkan, setiap hari adalah sekitar 10 orang yang hadir bertemu dengan 2 orang guru bertugas berkenaan. Inilah yang dinamakan program inovasi selain program rutin yang tetap dijalankan seperti Majlis Restu Ilmu, Solat Hajat dan Bacaan Yaasin II serta Ceramah Motivasi yang telah diadakan pada sebelah pagi 4 September 2009..... Syabas kepada guru-guru dan murid-murid yang telah memberikan kerjasama.

Cikgu Fakhrudin sedang melayan murid-muridnya. Cikgu Siti Aminah belum sampai lagi masa tu.

2 comments:

  1. tahniah!, suatu program yg menarik...

    ReplyDelete
  2. Program inovasi macam tu memang elok dicuba. Tapi program-program biasa seperti kelas tambahan, gerak gempur, kem motivasi dll tak boleh diketepikan. Peranannya sangat penting.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...