Thursday, October 29, 2009

Berita terkini SPP & BSM

Semalam saya tanya member di JPN bila agak-agak majlis penyerahan surat pelantikan DG41 nak diadakan. Kata Allan, mungkin pertengahan November. Hari ni saya cuba-cuba call SPP dan BSM untuk mengetahui tentang perkembangan pelantikan DG41. Pada sebelah pagi saya call SPP, saya diberitahu SPP telah menerima surat dari KPM bertarikh 12.10.2009 yang antara lain berbunyi; "Pindaan tarikh pelantikan guru PJJ drp 3.2.2009 ke 31.12.2008........"
Pada sebelah petang pula saya call BSM, kata pegawai berkenaan pelantikan 31.12.2008 tu tidak melibatkan PJJ PPGB. Kalau ada GB yang menerima surat pelantikan pada 31.12.2008, sila abaikan. Tulis surat maklumkan kepada BSM dan abaikan. Senarai nama yang diberi kepada JPN tu silap sebab SPP tak update dan PPGB yang ada dalam senarai ditulis KIV. Sorong papan tarik papan......

Kem 1 Msia yg kontroversi

Sejak berlaku tragedi jambatan runtuh di Perak tu, ramai orang memperkatakan tentang Kem 1 Malaysia ni. Program yang sama di SKKW juga tersangkut-paut. Yalah kan murid-murid tu sedang berkhemah 4 hari 3 malam di sekolah. Tapi sebenarnya, peserta kem selamat dan sihat (ada juga yang demam dan dibenarkan balik). Pendek kata mereka enjoy. Memang tepatlah keputusan JPN Selangor buat program secara 'school base'.
Kem ni pula bukan sebarang kem; dapat 2 tshirt, seluar trek, beg dan topi yang dibekalkan oleh KPM. Pengisian program termasuk lawatan semua ditaja. Kira mewahlah budak-budak tu. Ni saya baru balik dari sekolah tengok persembahan kebudayaan. Siap kena jadi hakim lagi! Persembahan murid perempuan memang menyeronokkan tapi persembahan murid lelaki semacam je : bertumbuk, bergaduh. Malulah katakan. Esok pagi akan diadakan Majlis Perasmian Penutup yang akan dirasmikan oleh YDP PIBG; Dr. Mohd Rushdan.

Persembahan dikir barat

Murid lelaki berlawan tepuk dengan murid perempuan

Murid perempuan yang sporting

Persembahan selingan 'chicken dance' oleh guru-guru

Wednesday, October 28, 2009

Menghitung hari PTK

Tak berapa hari lagi nak pergi PTK ni. Tak ada mood betul nak buat persediaan. Presentation sempoi je. Nak buat berapa projek ya? Ada kata 2 / 3, ada kata cukup 1. Bahan bukti tulis kat buku panduan ni maksimum 3. Tapi macam sikit sangat. Member yang pergi PTK sesi lepas kata buat lebih projek lagi baik, bawa lebih bahan bukti tak pe. Aduhai, macamana ni? Semalam saya call pegawai di Bahagian Pembangunan dan Penilaian Kompetensi (BPPK) yang memang saya kenal. Ini tips dia yang boleh diguna untuk PTK DGA34 dan 38 di mana formatnya sama;
1. Bahan bukti jangan lebih drp 3 (dia kata tahun lepas ada yang bawa 1 beg)
2. Projek 1 cukup, sebab presentation 10 minit je
3. Terkini tak ada dah open book test (ada pekeliling terbaru). Bawa buku hanya untuk dibaca dan persediaan untuk penilaian dalam kumpulan
Menurutnya lagi, kalau bawa lebih bahan bukti, nanti kena potong markah sebab tidak mematuhi arahan. Gitu pulak! Saya cakap kat dia, kenapalah saya lambat call dia. Sebab memang pun saya keliru. Sebenarnya saya dah siap 2 projek dan lebih 15 bahan bukti yang terdiri drp dokumen-dokumen yang saya fotostat dari fail. Belum lagi baca dan tanda dengan sticker buku-buku yang hendak dibawa. Haaa.... selesai masalah; buat 1 projek, cari 3 bahan bukti dan tak payah susah-susah baca buku. Bukan ada masa pun. Kat sana nanti, nasiblah. Guna pengalaman yang ada seoptimum mungkin. Alamak tengok balik presentation, macam tak best je. Macamana ni?? Biak pilah.

Lawatan dari Bangkok

Hari ini rombongan 2 bas mengandungi 85 orang pelajar program Sarjana Pendidikan dari Universiti Bangkok ThonBuri, Thailand telah mengadakan lawatan benchmarking ke SKKW. Mereka tiba pada jam 12.30 tengah hari dalam keadaan hujan renyai. Rombongan telah disambut dengan paluan kompang, bunga manggar dan barisan pengawas yang beratur panjang. Pihak JPN dan PPD tidak dapat menghantar wakil tetapi telah menghubungi melalui telefon bertanya tentang persiapan. Menurut agen yang mengurus lawatan tersebut, selepas ini mereka akan ke Genting Highlands, Johor Bharu dan seterusnya ke Singapura. Rombongan telah dibawa ke bilik mesyuarat untuk mendengar ucapan dan menonton persembahan multimedia sebelum melawat ke sekitar sekolah. Rombongan telah meninggalkan sekolah lebih kurang pukul 2.45 petang. Semoga lawatan ini akan merapatkan lagi hubungan dua negara. Sawadikap!
 Murid-murid menyambut ahli rombongan dari Thailand
Pelawat-pelawat sibuk mengambil gambar
Jamuan disediakan di bilik Kemahiran Hidup
Cikgu Razak GB SK Cyberjaya turut sama meraikan pelawat, terima kasih Jak
Mendengar taklimat di bilik mesyuaratWakil Universiti Bangkok; Mr. Somsak memberikan ucapan dalam Bahasa Siam. Selesai, jurubahasa menterjemahkan isi ucapannya dalam B.Inggeris 
Cenderamata dari SKKW buat tetamuCenderamata dari PPD Sepang
Bergambar ramai di dewan terbuka
Wakil rombongan menyampaikan cenderamata kpd sekolah. TQ.
Bergambar dengan sebilangan murid KAFA sebelah petang

Bergambar bersama cikgu Nor Mi dan agen syarikat Annie Tour. Hari ni murid Kem 1 Malaysia pergi lawatan ke KL, tinggal khemah je kat padang tu.

Monday, October 26, 2009

Kak Rubi accident

Menjelang petang, cikgu Abu memaklumkan kepada saya yang kak Rubi @ Pn. Rabiyah; pengusaha kedai buku sekolah telah terlibat dengan kemalangan jalan raya pada pukul 1.30 petang tadi di Putrajaya. Kak Rubi selamat, cuma patah kaki. Tapi...... menurut cikgu Abu, kereta yang satu lagi 4 sekeluarga meninggal dunia. Semoga keluarga Pn. Rubi tabah menerima ujian Allah ini.

Kem 1 Malaysia

Mulai hari ini, 26 hingga 29 Oktober 2009, sekolah dengan kerjasama Pusat Kokurikulum Negeri telah menganjurkan Kem 1 Malaysia. Ia melibatkan 60 orang murid Tahun 6 SKKW, beberapa orang guru SKKW dan Jurulatih Utama Pusat Koku. Selamat berkhemah...






Cerita signboard lagi

Hari ni 2 kerja melibatkan signboard nama sekolah telah dilakukan.

1) Menaikkan label nama sekolah di pintu masuk utama. Selama ni, label yang sedia ada itu terlalu rendah. Selalu pokok bunga yang ditanam itu terpaksa dipotong oleh pekerja kerana menghalang alamat sekolah. Dah tinggi ni, senang sikit. Tapi kenalah trim juga pokok bunga tu, kan Wak.

2) Meletakkan papan tanda arah sekolah di jalan besar. Tak adalah pelawat tercari-cari di mana sekolah; nak ke kiri ke, ke kanan? Oooppss sorry ada awan larat lagi. Janji jelas.

Partition bilik j-QAF

Dah 2 kali bilik j-QAF berpindah. Bilik pertama diambilalih oleh kelas 1 Setia. Tahun lepas, pindah ke tingkat 3 blok C, tinggilah sangat, susah murid nak naik. Tambahan murid semakin ramai, lambat laun kelas tu akan digunakan sebagai bilik darjah juga. Tahun depan cadang pindah lagi ke bilik peperiksaan yang besar tu. Bersebelahan bilik guru di tingkat 1. Harap-harap kekallah buat selama-lamanya. Minggu lepas buat partition : bilik j-QAF 2 bay, bilik peperiksaan 1 bay. Terima kasih guru-guru PI dan j-QAF(terutama Taty) yang mencari sponsor. Siap cat hijau lagi... Insya Allah tahun depan menang pertandingan bilik j-QAF daerah pulak mengikut jejak langkah surau SKKW yang tersohor tu.

Pemandangan dari luar bilik peperiksaan dan bilik j-QAF yang telah dicat hijau

Bilik peperiksaan tinggal 1 bay, cukuplah kot


Bilik j-QAF yang mempunyai 2 bilik kecil di dalamnya

Friday, October 23, 2009

Berita suspen + gembira

Hari ni kerani saya menerima satu surat. Odie tak cakap apa-apa pun, terus buka surat yang dialamatkan kepada GB tu tanpa beritau saya. Saya cuma terdengar dia cakap, "Suspen". Rupa-rupanya surat dari Pejabat Audit. Alhamdulillah, tahun ni kami dapat Laporan Audit 2008 : Sijil Tanpa Teguran (Memuaskan). Dah dua tahun dapat sijil berteguran, lega banyak rasanya. Saya kena belanja ramai orang nampaknya sebab saya dah niat begitu. Tak pe, janji lepas beban berat yang ditanggung selama ini.
Menjelang petang saya dapat tau ada 2 sekolah yang sebelum ini Tanpa Teguran tahun ni dapat Berteguran. Begitulah pusingan roda kehidupan, sekejap di atas sekejap di bawah. Sepatutnya kita kena buang sikap dan tanggapan bahawa sekolah yang dapat audit bersyarat tu rendah kastanya. Jangan dihukum keseluruhan pengurusan sekolah hanya semata-mata dapat audit berteguran. Walhal kesalahan berteguran tu pun kecil berbanding menyeleweng wang; hanya kesilapan teknik dan amalan bertahun-tahun yang sebelum ni tak pernah pun ditegur oleh mana-mana pihak pun. Mana boleh samakan prestasi kewangan dengan pencapaian akademik, sahsiah dan pentadbiran yang lain. Ibarat menyamakan buah epal dengan buah anggur. Kan lain-lain ciri dua-dua tu. Harap boss-boss kat atas tu faham tentang konsep ini.
Sekolah saya dapat 'Memuaskan' tupun sebenarnya saya tak berapa puashati sebab 2 penemuan audit tupun terlalu kecil. Memang strict betullah semakan audit sejak 4, 5 tahun ni berbanding sebelumnya. Sekali lagi syukur..... memang layaklah kerani saya dapat APC baru-baru ini. Ini pun berkat kerjasama seluruh warga SKKW juga. Keep it up!

Berita menarik & pelik

Pagi tadi Allan yang bertugas di Unit SR JPNS tel kata ada surat dari BPSM iaitu surat pelantikan DG41 bagi 520 guru PJJ. JPN akan mengadakan majlis penyerahan surat-surat tersebut pada satu tarikh yang belum ditetapkan. Antara nama-nama tersebut ialah Allan, Pah dan saya. Tarikh pelantikan : 31.12.2008! Apa cerita? Kalau dah tau surat pelantikan kami dah siap, kenapa BPSM masih melayan rayuan permohonan kami minta dilantik pada 3.2.2009 sebagaimana yang diperolehi oleh Rosli?? Keliru saya. Apapun, kita kena redha. Begitulah kusut masainya sistem yang sepatutnya lebih canggih sejak e-permohonan diperkenalkan. Keluar surat, kita ambil. Jangan sampai keluar surat kedua bagi kita tarikh 3.2.2009 pulak. Itu susah mau citer.

Wednesday, October 21, 2009

Rombongan SK Tasik Damai

Hari ini sekolah dikunjungi oleh rombongan satu bas murid-murid dan guru-guru SK Tasik Damai, Ipoh, Perak yang tumpang menginap di SKKW dalam sesi lawatan mereka ke KL dan Putrajaya. Mereka sampai di sekolah pada jam 9.30 malam. Saya, ustaz Zul dan cikgu Reinna sudah sedia menunggu. Pagi esok, mereka akan meneruskan perjalanan ke Putrajaya.
Yang sebenarnya GB sekolah ini adalah kawan sepengajian saya semasa belajar dulu; cikgu Suhaimi. Tapi Suhaimi tak ikut serta. Terima kasihlah kerana sudi berkunjung ke sekolah kami. Semoga kalian berpuashati dengan layanan kami yang tak seberapa ini. Senang-senang, jenguk-jenguklah kami lagi di masa depan.

Murid dan guru perempuan SKTD tidur di bilik kesihatan


Murid dan guru lelaki SKTD tidur di surau

Ini gambar cikgu Suhaimi dengan member-member masa kat UPSI. Gambar ini diambil semasa aktiviti exploration learning di Pulau Pangkor

Tuesday, October 20, 2009

Kak Zah akan pergi haji

Kawan baik saya semasa di UPSI; kak Zaharah Shafee akan menunaikan fardu haji tahun ini. Semoga selamat berangkat dan dipermudahkan Allah segala urusan. Didoakan akak sekeluarga selamat dan sihat sepanjang mengerjakan haji seterusnya mendapat haji yang mabrur. Sampaikan salam kami di makam Rasullullah.

Kenangan bersama kak Zah semasa di Legend

Monday, October 19, 2009

Cc baru

Jumaat lepas, Ketua Pembantu Tadbir (KPT @ chief clerk @ cc) melapor diri. Namanya Pn. Nora bt. Mohd Nor. Beliau dulu bekerja di Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM), Putrajaya. Selamat datang ke SKKW, cc! Semoga kehadiran puan akan lebih memantapkan lagi pentadbiran sekolah kita dan bertambah meriahlah suasana pejabat.

Sunday, October 18, 2009

Family Day SKKW

Pada 17 dan 18 Oktober 2009, Kelab Guru dan Kakitangan SKKW telah menganjurkan Hari Keluarga SKKW buat julung-julung kalinya. Seramai 31 guru telah menyertai Family Day tersebut yang telah diadakan di Tiara Beach Resort, Port Dickson. Banyak acara telah dijalankan seperti Sukaneka Kanak-kanak, Makan malam, Cabutan Bertuah dan telematch. Kos perbelanjaan dibiayai sendiri oleh guru-guru tersebut serta sumbangan Kelab Guru. Syabas Pengerusi dan AJK Kelab Guru 2009, semoga acara ini dapat dijadikan acara tahunan dengan mendapat sumbangan dari pihak-pihak lain yang sudi. Saksikanlah gambar-gambar kenangan sewaktu di PD. Memang best giler, rugi siapa tak pergi. Jumpa lagi tahun depan......

Keluarga cikgu Mimi baru sampai

Cikgu-cikgu lelaki ni datang solo, tak aci betul

Acik dan Edy bergambar bersama maskot Tiara Beach Resort

Bersama orang kuat program; cikgu Mariatul dan Reinna

Ingatkan Amy Search, rupanya suami Zuana



Pemenang pertandingan pakaian paling glamor : cikgu Mariatul dan Zuanawati

Ayu dan Alang sempat berkaraoke lagi




Cikgu Rusnah pun tak ketinggalan join acara kutip gula-gula

Acara tiup belon

Lumba lari undur kanak-kanak

Telematch bermula dengan acara nona pakai payung kepit bola

Main menyusup gelung rotan - kumpulan lelaki kalah hehe

Syok game ni, kalau baling dadu ganjil kena undur sampai masuk dalam kolam

Cikgu Abu takut masuk dalam air....

Hah engkau, besarnya langkah bila dapat dadu bilangan genap....

Masuk air dalam boot

Pusing 8 pusingan sampai ada yang pening; lari lintang pukang

Bergambar kenangan selepas telematch
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...