Thursday, October 15, 2009

Tension!!!!

Siang tadi saya ke Real Sports Arena, Telok Gadong, Klang ke pertandingan bola jaring dan futsal pendidikan khas peringkat negeri Selangor selaku ketua kontingen daerah Sepang. Ada ke patut pasukan Murid Bermasalah Pembelajaran Senior kami di'walkover' (kalah percuma) kepada Gombak sebab lewat 2 minit! Puas cikgu-cikgu saya rayu. Dahlah announcement lambat, katanya refree dah panggil tapi diorang tak dengarpun walhal mereka ada kat gelanggang sebelah je. Tak adapun panggilan pasukan yang tak muncul. Tak kesian ke budak-budak kami dah tunggu kat tepi arena nak bermain, diorang kan dah daftar. Masa insiden tu, saya sedang borak dengan cikgu Aziz GB SK Subang Bestari; ketua kontingen Petaling Perdana (PPGB UPSI Kohort 5B). Bila saya dimaklumkan, saya cuba minta tolong cikgu Aziz, dia call pegawai JPN yang incharge. Cikgu Aziz tak mau campur. Kami berbincang tapi pegawai tu kata tak boleh buat apa kecuali tanya refree dan Gombak yang dah menang percuma kalau-kalau diorang nak main. Lepas perbincangan, for sure Gombak tak nak main (nak mampus - kalau kalah mau wakil dia tu kena hentam ngan kawan-kawan dia!) Saya cuba mengadu dengan pegawai JPN yang lebih atas, depa kata nanti dia bincang dengan pegawai yang lebih atasan. Alahai masa tu baru pukul 1.00, kalau nak bagi main boleh aje, lambat lagi malam.
Kalau pegawai-pegawai tu strict sangat pasal masa, pasukan bola jaring pemulihan khas kami sebelum tu tunggu dekat 15 minit bila pasukan Petaling Perdana tak muncul-muncul. Pasukan b/jaring pemulihan khas yang bertanding tempat ke-3 dan 4 yang dah bersedia pukul 1.45 selepas pengumuman, terpaksa akur bila diumumkan pertandingan ditangguh ke pukul 2.30. So penganjur tak payah cakaplah pasal pematuhan masa kalau pengurusan masa mereka pun boleh dipersoalkan.
Saya rasa kami ada asas yang kukuh kalau saya nak buat aduan rasmi. Di manakah budi bicara dan tolak ansur tuan-tuan dalam mengendali murid-murid pendidikan khas ini? Apa sangatlah peraturan kalau dibandingkan dengan penyertaan anak-anak ini! Ini sebenarnya kejohanan penganjur ke kejohanan pengadil?? Sampai tuan-tuan boleh bagi alasan, "Kami dah serah kepada pengadil". Dalam berkira-kira nak buat surat, keputusan hari ini menyebabkan amarah kami jadi sejuk. Pasukan bola jaring pemulihan khas kami berjaya menjadi johan (3 murid SKKW terlibat) dan pasukan futsal pemulihan khas pun dinobatkan sebagai johan negeri (3 murid SKKW jadi pemain). Syukur.... Pegawai pendidikan khas daerah yang tidak dapat turut serta kerana berkursus telah menyatakan kepada saya bahawa beliau akan timbulkan perkara ini dalam mesyuarat jabatan. Tapi saya tetap hantar mesej kepada pegawai JPN tu menyatakan yang saya akan buat surat aduan. Bengang juga bila difikir-fikirkan.
(Dalam masa yang sama, hari ini juga sekolah saya menjadi pengerusi Majlis Khatam Al-Quran peringkat negeri di Masjid KLIA. Saya dah empowermentkan kepada GPK 1 saya. Menjeritlah juga dia bila dia tau dia kena berucap. Skrip ada cikgu yang sediakan. Menurut makluman guru P.Islam saya, majlis itu juga berjalan lancar - Alhamdulillah)

Apapun tahniah kepada semua cikgu sekolah saya dan sekolah-sekolah Sepang yang begitu komited.
Bersama cikgu Aziz GB SK Subang Bestari; ketua kontingen Petaling Perdana.
(Nama bapa cikgu Aziz ni sama dengan nama bapa saya. Kira adik-beradiklah kami )


Pasukan b/jaring pemulihan khas Sepang - johan negeri Selangor

Wan Nur Aina Fatin Wan Hamidi SKKW - pemain terbaik b/jaring pemulihan khas

Pasukan futsal pemulihan khas Sepang - johan negeri Selangor

2 comments:

  1. makin montel en aziz tu, senang hati sbb dah abis belajar kot.... adik beradik sepusat sepusing ye? emak lain2 bapak asing2, hehehe....

    ReplyDelete
  2. Banyak ilmu dan pengalaman berguna borak dengan cikgu Aziz tu.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...