Friday, April 30, 2010

Dah balik kursus

Selesai sudah saya mengikuti kursus Pengurusan Pembangunan Sekolah Untuk Guru Besar SK Dalam Progam Memperkasa Sekolah Kebangsaan di Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands. Alhamdulillah kursus berjalan lancar dan saya pun dah selamat sampai ke rumah. Peserta kursus terdiri daripada Guru Besar dan wakil Guru Besar (kebanyakannya Guru Penolong Kanan) dari sekolah-sekolah negeri Selangor dan Kuala Lumpur yang semuanya berjumlah 31 orang. Kepada rakan-rakan peserta kursus, selamat mempraktikkan apa yang telah kita pelajari ke dalam pengurusan sekolah masing-masing. Semoga kita bertemu lagi di kursus sekolah perkasa yang akan datang.
 Hostel IAB yang selesa
Hari ke-2 : Tn. Hj. Muhsin Hj. Marzuki - "Pembinaan Pasukan"
 Buat kumpulan 1 sen - 1 ringgit
Sedang mencari pasukan masing-masing
Sibuknya kak Milah mengambil gambar
Bersama member baik; Akmal dan cikgu Norhamshah
Pn. Hjh Rosnani Kamaruddin - sambung topik teamwork
Datang IAB dengan kak Samsidar
Senyuman manja....
Seronok jumpa kak Milah
En. Azami Ibrahim : "Tanggungjawab Teras Pengetua / Guru Besar". Banyak perkembangan terkini NKRA & SIP telah disampaikan kepada peserta
Malam : Turun Melawati dengan cikgu Yahaya, Wan dan kak Milah cari hadiah pensyarah. Singgah makan-makan
Hari ke-3 : Perbincangan kumpulan
Tekun membaca kajian kes
Senyum dalam serius
Khusyuk membincang bidang kompetensi
Pembentangan kumpulan 2 oleh cikgu Hamshah
Jadi pembentang kumpulan 3
Pengurus yang best : Pn. Nazhatul Shima Abd Aziz
Penghulu : cikgu Ibrahim Shahadan
Penghuluwati : kak Milah
Bendahari : Kayo den sokojap
 Peserta paling muda : cikgu Ahmad Huzaimi Mamat. Selalu kena buli dek pensyarah dan peserta
Suasana dalam kelas
Cantiknya lakaran nama kak Sa'diah ni
Kak Milah mengacara majlis penutup
Ucapan perasmian Ketua Jabatan, Jabatan Memperkasa Sekolah, IAB : En. Abdullah bin Seman
Kenangan bersama Pn. Nazhatul Shima, Pn. Meriam dan rakan-rakan peserta kursus
Sebelum balik, semua peserta diminta menjalani ujian oral MBMMBI dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Sebelum itu, kami juga telah diberi ujian dan soal selidik berkaitan program Memartabat B.Melayu Memperkasa B.Inggeris itu. Ok see you all soon...

Monday, April 26, 2010

Kursus IAB

Hari ini saya akan ke Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands untuk menghadiri Kursus Pembangunan Sekolah Perkasa iaitu pada 26 - 29 April 2010. Cadang pergi dengan kak Samsidar. Lama tak pi IAB, seronok rasanya. Dan paling teruja sebab nak jumpa kawan-kawan rapat yang dah lama tak ketemu; hanya berinteraksi melalui sms aje terutama Akmal dan kak Milah. Dengar cerita kak Kiah KL pun ada. Wan pun kebetulan berkursus PERMATApintar dalam tempoh yang sama. Balik nanti, saya akan abadikan gambar-gambar sepanjang kursus buat tatapan saya dan semua.

Saturday, April 24, 2010

Ujian PERMATApintar

1 Mac - 31 Mei 2010 adalah tempoh di mana pelajar-pelajar dari Tahun 2 (8 tahun) - Tingkatan 3 (15 tahun) boleh menduduki ujian IQ UKM 1 PERMATApintar secara online http://www.permatapintar.edu.my. Ujian ini tidak dikenakan apa-apa bayaran dan banyak faedahnya pada masa depan. Pihak sekolah diminta membantu menyediakan data sekolah seperti kod sekolah, nama sekolah, alamat sekolah dan lain-lain bagi membantu murid mengambil ujian ini. Murid perlu dipastikan mengambil sendiri ujian ini kerana ketidakjujuran akan dapat dikesan jika mereka terpilih menyertai mana-mana program kelak.
   Selain kem PERMATApintar, murid-murid yang layak juga berpeluang menyertai kem PERMATAinsan, PERMATAseni koir dan PERMATAseni muzik.
   Tahun lepas, penyertaan di kalangan murid-murid SKKW kurang memberangsangkan kerana masalah komputer di sekolah; schoolnet tidak stabil, masalah server dan macam-macam lagi. Jadi, sekolah telah meminta murid-murid mengambilnya di rumah atau di mana- mana saja di luar sekolah. 
   Tapi Alhamdulillah, tahun ini sekolah telah dapat memberi peluang yang luas kepada ramai murid. Ini disebabkan makmal komputer ke-2 sekolah telah dibekalkan dengan pc dan kemudahan yang lengkap sejak cuti sekolah hujung tahun lepas dan masalah server serta bekalan elektrik telah dipulihkan sejak kehadiran En. Rosli. Pihak sekolah telah mengatur jadual untuk murid-murid masuk ke makmal komputer untuk mengambil ujian tersebut. Setakat ini, hampir 200 orang murid telah mendudukinya. Minggu depan sambung lagi untuk murid-murid Tahap 1 pula. Diharapkan akan adalah di antara murid-murid SKKW yang akan terpilih ke ujian IQ UKM 2 yang dijadualkan pada 1 Julai - 15 Ogos 2010 nanti (semakan kelayakan: pada 6 Jun 2010).
Murid-murid tekun menjawab
 Ramai dah siap jawab
 Murid-murid baru merasmikan makmal ni - tak sempat ceria lagi

Thursday, April 22, 2010

Hari Bumi

Tanggal 22 April merupakan tarikh di mana Hari Bumi disambut di seluruh dunia pada setiap tahun. SKKW juga tidak ketinggalan untuk menyambutnya. Hari ini sekolah telah mengadakan sambutan Hari Bumi dengan tujuan untuk meningkatkan kesedaran dan penghargaan kepada alam sekitar.
   Diharapkan sambutan ini akan mewujudkan kesedaran di kalangan penduduk bumi bagi memastikan bumi yang merupakan tempat tinggal kita ini sihat dan selamat. Hari ini genaplah 40 tahun Sambutan Hari Bumi diraikan di seluruh dunia. Happy Earth Day!
 Happy Earth Day
Senyum
Pewaris bumi
Buah hati SKKW
Ustazah mana paling baik - Norina, Liza, Asiah
Senyuman siapa paling manis - Roszila, Zira, Inda
Cikgu mana paling cute - Fizah, Rusnah, Rosmah
Cikgu mana paling besar - Milah, Fairuz, Maria, Shikin, Guru Besar
Farah Alyssa mengacara majlis
Ucapan GB berkait Hari Bumi
Akhir ucapan : nyanyi lagu 'Hijau' Zainal Abidin
Aiman mempersembahkan poem
 Adlin Sofea menyampaikan syarahan dan diakhiri dengan kuiz
Pemenang kuiz Hari Bumi
Ustazah Aida pun terima hadiah juga sebab dapat jawab soalan kuiz
Koir 6 Rasional - Heal The World
Penyanyi latar
GB menerima kad Hari Bumi
Murid-murid bersama kad ciptaan sendiri
Sambutan Hari Bumi peringkat sekolah dirasmikan - 1, 2, picit
Persembahan selingan dari penyanyi klon Zainal Abidin - ustaz Amir
Mendapat sambutan hangat
Amir menerima pasuan bunga daripada peminat

   Begitulah simboliknya sambutan Hari Bumi SKKW. Semoga murid-murid dan seluruh warga sekolah akan lebih prihatin terhadap penjagaan alam sekitar dan sentiasa bersikap mesra alam walau di mana jua kita berada.
   Pada sebelah tengah hari, beberapa orang guru mengemas bilik Pengawas yang baru diambilalih daripada stor.
Azizi mengecat bilik Pengawas
Rak-rak yang dikeluarkan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...