Wednesday, April 21, 2010

Free Inspection

Hari ini, Kelab Guru dan Kakitangan telah mengadakan satu program Pemeriksaan Percuma Kenderaan bersama Institut Kemahiran dan Latihan AADK Sepang (IKHLAS). Seramai 4 orang pelatih IKHLAS bersama 5 orang pegawai dan 2 orang tenaga pengajar serta seorang staf Ruzi  Auto telah menjayakan program tersebut. Tujuan program adalah untuk;
1. Mendekatkan pelatih AADK dengan masyarakat
2. Memberi latihan praktikal  kepada pelatih berkaitan kemahiran yang dipelajari
3. Membuka minda yang lebih positif kepada pelatih
   Lebih 20 buah kereta telah diperiksa dan tuan punya kereta telah diberikan senarai semak berkaitan hasil pemeriksaan untuk diambil tindakan selanjutnya. Banyak juga persoalan dan permasalahan berkenaan kenderaan telah diajukan oleh guru-guru kepada mereka.
Pemeriksaan sedang dilakukan
 Dibimbing oleh staf Ruzi Auto
 Check lampu brake
Ketua Unit Keselamatan IKHLAS; En. Zaidi Hassan datang memantau
Guru-guru menunggu kereta mereka diperiksa
Bergambar bersama pegawai, penyelia dan jurulatih IKHLAS
Bukan paham sangat pun pasal kereta ni

   Apapun terima kasih banyaklah kepada IKHLAS atas khidmat masyarakat mereka tu. Kepada guru-guru yang tak pandai buka bonet tu, belajar jangan tak belajar.
   Ni nak war-warkan perubahan sekolah sejak kehadiran En. Rosli; mantan Penyelaras PKG Salak. Bertuah sekolah kami, jangan jealous....
Pasang kabel internet kat pejabat - ni bilik GPK 1
Baiki masalah-masalah komputer - apa hal dengan ink printer Zanie ni?
GB dah boleh surf internet - sibuk dengan SIP NKRA

8 comments:

  1. salam buat kak aida..
    best aaa dapat servis keter....

    ReplyDelete
  2. Salam paklong. Silap tu. Bukan servis tapi periksa je. Lepas tu pergilah servis kat mana-mana.

    ReplyDelete
  3. periksa pun tak apa , kurang kurang tahulah apa yg tak kena

    ReplyDelete
  4. Betul tu ssibu. Kereta saya kurang minyak hitam, kurang minyak brake dan kurang minyak power stereng. Tak boleh jadi ni, kena buat sesuatu. Minggu depan nak jalan jauh.

    ReplyDelete
  5. salam..
    rezeki jangan di tolak
    kalu di luar mau kena dalam rm30
    upah periksa sahaja..

    ReplyDelete
  6. Gitu ke Zul? Kira savelah juga program hari tu. Tkasih daun keladilah IKHLAS ya.

    ReplyDelete
  7. Semoga warga SKKW bersedia ke arah Pembestarian Sekolah. InsyaAllah.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...